Selalu Mengingati Mati


Benarlah,mengingati mati itu menghilangkan rasa nikmatnya dunia dan sama-sama kita renungi cerita Saidina Umar.

Dia gagah,tegas dan ditakuti oleh orang kafir Quraisy malah iblis juga turut takut akan beliau, tetapi lihatnya hatinya saat mendengarkan amaran dari tuhan..

“Sesungguhnya azab tuhanmu pasti terjadi. Tidak ada seorangpun yang dapat menolaknya”
[At-Thur: 7-8]

Beliau terus jatuh tersungkur dan pengsan! Sedangkan pada waktu itu beliau hanyalah sedang berjalan-jalan, tetapi hatinya amat memahami ayat-ayat daripada Al-Quran yang didengarinya secara tidak sengaja itu. sebulan lamanya beliau terlantar di dalam rumah sehingga para sahabat berasa risau dan menyangka beliau sedang sakit teruk. sedangkan hakikatnya beliau tidak sakit apa-apa melainkan hatinya terlalu takut mengenangkan hari pembalasan yang pasti terjadi itu. itu Umar Al-Khattab,sahabat yang dijanjikan syurga, tetapi itu langsung tidak membuatkan beliau berasa selesa dan duduk bersenang-senang. Ahh..hebatnya imanmu wahai Umar!

Bagaimana pula dengan kita???Tepuk dada tanya iman…Sama2 kita muhasabah,agak-agak bila kematian datang menjemput,adakah kita sudah bersedia???
Allahu Rabbi…Astaghfirullahal azim…Allahumma anta rabbi lai lahailla anta subhaanaka inni kuntu minazzoolimin…

“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)”

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)...SumberIslam.Info
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori KELEBIHAN / Nasihat dengan judul Selalu Mengingati Mati. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/07/selalu-mengingati-mati.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Selalu Mengingati Mati"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.