MENGHORMATI dan memuliakan orang lain sesuatu yang dituntut Islam. Ini merangkumi pandangan atau pendapat, cita rasa dan hobi. Semua perlu dihormati kerana manusia adalah ciptaan Allah SWT yang penuh dengan keunikan.
Mereka diciptakan daripada sumber yang sama tetapi mempunyai pandangan, hobi dan cita rasa serta sikap yang berbeza.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentu dijadikan manusia sehaluan, tetapi mereka sentiasa berselisih. Kecuali mereka yang dirahmati dan itulah sebabnya mereka diciptakan.” (Surah Hud, ayat 118-119)
Adapun orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya (al-Quran) yang diturunkan kepadanya. Merekalah orang yang beruntung. - Surah Al-A’raf, Ayat 157
Penghormatan juga diberikan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah seperti dilakukan Nabi Ibrahim AS terhadap mereka yang datang dengan khabar gembira daripada kalangan malaikat. Diriwayatkan bahawa Nabi Ibrahim tidak pernah makan kecuali bersama tetamu.
Firman Allah SWT bermaksud yang bermaksud: “Dan para utusan kami datang kepada Ibrahim lalu masing-masing mengucapkan salam dan Ibrahim menghidangkan kambing yang dibakar.” (Surah Hud, ayat 69).
Baginda SAW juga pernah bersabda dengan maksud: “Sesiapa yang beriman dengan Allah SWT hendaklah memuliakan tetamunya.” (Hadis riwayat Muslim)
Begitu juga penghormatan dan kemuliaan yang diberikan kepada nabi, wali dan ulama kerana Al-Quran sendiri meraikan Nabi Zakaria dan Yahya dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya mereka selalu bersegera dalam melakukan kebajikan dan memohon doa dengan penuh pengharapan. Merekalah orang yang khusyuk kepada Kami.” (Surah al-Anbiya’, ayat 90)
Jika demikian, persoalannya adakah semua penghormatan yang diberikan kepada Baginda SAW serta keluarganya adalah dikira menyembah mereka sehingga ada yang mengharamkan sesiapa berbuat demikian?
Apa yang diketahui, segala penghormatan itu kerana mulianya kedudukan mereka di sisi Allah SWT. Ulama terdahulu juga pernah berbuat demikian, malah ada yang menjadikan ia sebagai satu ibadah Pengarang kitab Fathul Majid, Syekh Muhd Hamid Al-Faqy meletakkan maksud ibadah dan penghormatan dalam maksud yang sama.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Adapun orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya (al-Quran) yang diturunkan kepadanya. Merekalah orang yang beruntung.” (Surah Al-A’raf, ayat 157)
Begitu juga mengunjungi pusara anbiya’ serta orang salih atas tujuan memberi penghormatan dengan membaca al-Quran serta berdoa untuk kesejahteraan semua.
Allah SWT mengangkat martabat serta kedudukan Baginda SAW di sisinya dan diraikan kedudukan ini bagi mereka yang datang selepas kewafatan Baginda SAW. Anugerah inilah yang menjadikan sesiapa yang mentaati Muhammad seolah-olah mentaati Allah SWT.
Firman Allah SWT: “Taatlah kamu kepada Allah dan Rasulnya.” (Surah An-Nisa’, ayat 59) Dimasukkan nama Baginda SAW di sisi Allah SWT seolah-olah menyatakan bahawa Baginda berhak mendapat penghormatan.
Kesimpulannya, ketaatan kepada Allah SWT dapat dikembangkan dengan memberi perhatian kepada utusan-Nya serta mereka yang hampir kedudukan dengan Allah SWT.
Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Akulah penghulu sekalian manusia pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori KISAH TELADAN
dengan judul Nabi Ibrahim tidak pernah makan kecuali bersama tetamu. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/05/nabi-ibrahim-tidak-pernah-makan-kecuali.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Nabi Ibrahim tidak pernah makan kecuali bersama tetamu"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.