ULASAN: bacaan alquran pahala sampai mayat? (3)

 ULASAN: bacaan alquran pahala sampai mayat bahgian 2  klik disini:

“Sebagaimana dosa seseorang tidak boleh dipikulkan oleh orang lain, demikian pulalah pahala, seseorang tidak akan memperoleh pahala melainkan daripada usahanya sendiri. Dan menerusi ayat tersebut Imam Al-Syafi’i RHM berkesimpulan bahawa pahala bacaan (Al-Qur’an) tidak sampai atau diserahkan kepada orang yang telah mati, kerana itu bukan amalan atau hasil usahanya.”

Sheikh Ibnul Qoyyim telahpun memberikan jawapan tentang hal ini di dalam kitabnya Al-Ruh. Demikianlah kata-kata dan pendapatnya:

فأخبر تعالى أنه لا يملك إلا سعيه

“Allah SWT memberitahu bahawa seseorang itu tiada memiliki sesuatu kecuali dari hasil usahanya sendiri.”

Kemudian Sheikh Ibnul Qoyyim melanjutkan pembicaraannya:

وأما سعى غيره فهو ملك لساعيه فإن شاء أن يبذله لغيره وإن شاء أن يبقيه لنفسه وهو سبحانه لم يقل لا ينتفع إلا بما سعى وكان شيخنا يختار هذه الطريقة ويرجحها.

“Adapun usaha orang lain, maka itu hak orang yang mengerjakannya. Jika dia suka hendak memberikannya kepada orang lain terserah kepadanya sendiri, kalau tidak maka hak itu adalah kepunyaannya sendiri yang disimpannya untuk dirinya sendiri. Allah Ta'ala tiada mengatakan tidak boleh dimanfaatkan kecuali apa yang diusahakannya semata. Dan tuan guru kami yakni Ibnu Taimiyah, telah memilih cara ini dan memberatkannya (menguatkannya).”

Lihatlah jawapan Ibnul Qoyyim ini! Bukankah ianya benar? Cubalah anda memahami dengan baik akan surah an-Najm ayat 39 dengan pendapat Imam Al-Syafi’i dan disertai penjelasan Imam Ibnul Qoyyim. Anda dapat lihat bahawa kata-kata Imam Al-Syafi’i tadi “…tidak sampai atau diserahkan kepada orang yang telah mati, kerana itu bukan amalan atau hasil usahanya.” Telah dijawab oleh Ibnul Qoyyim bahawa memang itu bukan usaha orang yang telah mati, sebab itu tidak sampai. Tetapi, pahala bacaan al-Qur’an tadi kepunyaan pembuat amal yang masih hidup, dan pembuat amal berhak untuk memberikan pahala tersebut kepada orang yang telah mati.

Pernah seseorang bertanya kepada saya,  mengapa saya berpendapat pahala bacaan al-Qur’an boleh sampai kepada orang yang telah mati padahal al-Qur’an menyebutkan bahawa seseorang tidak akan memperoleh melainkan atas usahanya sendiri? Berikut ini adalah jawapan saya:

“Kita kena faham bahawa ayat Al-Qur’an merupakan sesuatu yang benar dan menunjukkan sesuatu yang PASTI. Memang merupakan sesuatu yang PASTI bahawa kita akan mendapat kebaikan atas usaha atau amalan kita sendiri. Adapun hadiah pahala daripada orang lain adalah bentuk yang TIDAK PASTI, dan kita tidak tahu sama ada orang lain akan memberikan pahalanya kepada kita ataupun tidak. Kita tidak tahu, mungkin sahaja setelah kematian kita nanti, kita menyangka ada orang ingin hadiahkan pahalanya kepada kita padahal realitinya belum tentu dan ianya merupakan BENTUK YANG TIDAK PASTI. Jadi, adakah kita perlu mengharapkan sesuatu yang BELUM PASTI? Maka, oleh sebab itu kita perlu memperbanyakkan amal sendiri dan tidak bergantung atau terlalu mengharapkan belas kasihan orang lain. Ini kerana apabila kita sendiri beramal, maka kita memperoleh sesuatu balasan amal yang PASTI. Nah, oleh sebab itu Al-Qur’an hanya menyebutkan sesuatu yang PASTI. Supaya kita memperbanyakkan amal sendiri ketika hidup di dunia ini. Sungguhpun begitu, jika memang ada orang lain menghadiahkan pahalanya kepada kita, maka kita akan memperoleh hadiah pahala itu. sambung bahgian 4
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori ULASAN dengan judul ULASAN: bacaan alquran pahala sampai mayat? (3). Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/03/ulasan-bacaan-alquran-pahala-sampai_30.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "ULASAN: bacaan alquran pahala sampai mayat? (3)"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.