Sumber pengambilan atau rujukan ilmu tauhid adalah daripada Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Di samping itu, hujah akal digunakan sebagai pembantu bagi memenuhi tuntutan fitrah manusia yang dianugerahkan Allah SWT, kekuatan akal dan logik adalah untuk kesempurnaan kehidupan manusia.
Dalil Al-Quran
Firman Allah SWT :
“Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (An-Nisa : 136)
Firman Allah SWT :
“Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain dari Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Baqarah : 163)
Firman Allah SWT :
“Katakanlah (Wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa, Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat, Ia tiada beranak, dan ia pula tidak diperanakkan, dan tidak ada sesiapapun Yang serupa denganNya.” (Al-Ikhlas : 1-4)
Firman Allah SWT :
“Rasul-rasul mereka bertanya: "Patutkah berlakunya sebarang keraguan tentang wujudnya Allah, Yang menciptakan langit dan bumi” (Ibrahim : 10)
Dalil Hadis
Daripada Abi Amar Sufian Bin Abdullah ra ia berkata : Aku bertanya wahai Rasulullah :
“Katakanlah kepada aku satu kenyataan dalam Islam yang tidak perlu lagi aku bertanya orang lain? Jawab Rasulullah : Katakanlah aku beriman dengan Allah, kemudian tetapkan diatas keadaan demikian.” (Riwayat Muslim)
Sabda Rasulullah SAW :
“Manusia yang paling bahagia yang memperolehi syafa’at ku pada hari kiamat nanti ialah orang yang berkata : Tiada tuhan melainkan Allah.”. (Riwayat Bukhari)
Daripada Saidina Umar Bin Al-Khattab ra ketika Jibril dating kepada Rasulullah SAW menyerupai seorang Arab bertanya mengenai Islam, Iman dan Ihsan. Rasulullah SAW menjawab mengenai iman melalui sabdanya :
“Beriman dengan Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat dan beriman dengan takdir baik dan jahat.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori AQIDAH
dengan judul Sumber pengambilan atau rujukan ilmu tauhid. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/03/sumber-pengambilan-atau-rujukan-ilmu.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Sumber pengambilan atau rujukan ilmu tauhid"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.