inilah dosanya siapa yang tinggalkan solat


Buat renungan kita bersama, barang siapa yang meninggalkan solat fardu dosanya sama seperti berikut:

Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.

Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.

Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.

Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.

Isyak:
Allah berseru kepada mereka, “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggal di bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat-Ku.” Segala gerak-gerinya seperti pakai, makan, tidur adalah berdosa kepada Allah.

didalam islam solatlah yang paling besar kewajipan nya, walau apa pun berlaku kita kena biasakan diri kita jangan sekali-kali tinggalkan solat itu, sebab jika sudah biasa tinggal sekali maka kita akan tinggal lagi sekali, dan lama kelamaan menjadi perkara biasa untuk meninggalkan solat.

satu soalan yang pernah ditanyakan kepada seorang ulama, soalanya bunyi bagini: dunia dan seisinya ini allah ciptakan untuk orang islam, kenapa allah tak beri orang islam kuasai dunia?? ya lah kan dunia sekarang dikuasai yahudi yang kafir.

apakah jawapan ulama itu?? ulama itu menjawap: seacra  ringkasny: sebab allah tak beri orang islam kuasai dunia /allah tak beri orang islam mendapat kemenangan kerana: orang islam pada zaman kita ini semuanya MAYAT, macam mana mayat boleh kuasai dunia? Macam mana mayat boleh mendapat kemenangan ? kenapa pula orang islam serupa mayat?? manusia apabila takde kapala manusia itu akan mati, apabila mati akan jadi mayat kan?? apa pula kaitannya?? Sabda Nabi muhamad pernah bersabda: Ertinya: kewajipan solat didalam ialah seperti kepala pada tubuh, apabila manusia tak solat maka manusia itu seperti takde kapala,dan apabila manusia tidak ada kapala maka manusia itu samalah dengan mayat,  itulah maksud ulama itu.
Hanya 5 waktu sehari orang islam tak boleh nak jaga / tak boleh nak kuasai, macam mana pula nak kuasai dunia? Sahabat-sahabat nabi mereka memang kuasai dunia pada masa itu, mereka sentiasa mendapat kemenangan kerana mereka bukan mayat seperti kita, mereka sangat mengambil berat tentang solat, mereka sangat berjaga tentang solat, sebab itu allah bantu mereka untuk mendapat kemenangan.

oleh itu marilah wahai saudara-saudariku sekalian kita kena buat berubahan, kalau kita pernah tinggalkan solat minta ampunlah, dan berniat/azam sekuat-kuatnya bahawa mulai hari jangan sekali-kali kita tinggalkan solat, moga-moga allah akan bantu kita seperti mana allah bantu para sahabat untuk mendapat kemenangan dunia dan akhirat. aamin
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Nasihat dengan judul inilah dosanya siapa yang tinggalkan solat. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/03/inilah-dosanya-siapa-yang-tinggalkan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "inilah dosanya siapa yang tinggalkan solat"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.