ingat 5 perkara ini sebelum terlambat



Kawan-kawan, Ingatlah 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara:
1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

Penjelasan:

1. Sihat sebelum sakit – banyakkanlah amal ibadat dimasa anda sihat, berbanyakanlah kebaikan dimasa anda masih sihat, dan Lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kepada diri anda dan orang-orang disekeliling anda semasa anda masih sihat. ( didunia ini takde sesuatu nikmat yang lebih besar nilainya dari kesihatan )

2. Muda sebelum tua – Waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kesenangan hidup mengikut jalan yang diredhai allah,  disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta,  ( buangkan perkataan nanti dah berumur baru beramal, berapa ramai orang muda hari yang pasti hidup sampai tua?? cuba kita lihat disekeliling kita dalam sebulan berapa orang muda mati dan berapa orang tua mati?? paling ramai mmeninggal dunia pada hari orang muda, sebab apa?? macam-macam ada.

3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta masa itulah anda ada kemampuan boleh menolong orang yang lebih susah daripada anda kerana, banyakan berbuat kebaikan sedaya upaya kita semasa kita kaya, amalan sedakah sangat banyak kelebihan nya, dan sedekah yang ikhlas akan jadi bekalan anda pasa hari yang anda memerlukan nya.

4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai untuk melakukan ibadat / taat perintah allah sebaik-baiknya, dan melakukan apa-apa yang berfaedah untuk diri kita dan keluarga, anda boleh mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.

5. Hidup sebelum mati – Dalam masa kita hidup ini ambillah peluang untuk melakukan ketaatan kepada allah, masa yang diberikan allah untuk kita hidup 40/50 tahun hanya 25 minit akhirat saja, kenapa beri masa kita pendek?? ya! memang pendek kenapa?? kerana dunia ini hanyalah tempat UJIAN, ada tak orang buat sesuatu ujian sampai 40 tahun??

kita belajar memang bertahun-tahun, tapi masa ujian / peperiksaan mengambil masa hanya 30/40 minit saja,  oleh itu gunakanlah 25 minit yang allah berikan pada kita dengan baik, sekiranya kita lulus maka kita akan bahagia selama-lamanya, DAN sekiranya 25 minit ujian ini kita gagal MAKA sengsaralah kita selama-lamanya.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Nasihat dengan judul ingat 5 perkara ini sebelum terlambat. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/03/ingat-5-perkara-ini-sebelum-terlambat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "ingat 5 perkara ini sebelum terlambat"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.