“Oleh itu, Rasulullah SAW tidak menganjurkan hal tersebut kepada umatnya dan tidak menggalakkan mereka untuk melakukannya, dan tidak pula memberikan petunjuk kepada mereka sama ada daripada nas atau isyarat.”
Maksud pernyataan di atas ialah Rasulullah SAW tidak menganjurkan membaca al-Qur’an kepada orang yang telah mati. Dan tiada dalil yang menunjukkan bahawa dianjurkan membaca Al-Qur’an kepada orang yang telah mati.
Para ulama telah berusaha menjawab tentang hal ini dengan dalil-dalil yang baik. Namun, dalil ini telah mendapat kritikan daripada sebahagian pihak, tetapi disokong oleh sebahagian pihak yang lain. Maka, dalam hal ini sikap berlapang dada patut diutamakan.
وَعَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( اقْرَءُوا عَلَى مَوْتَاكُمْ يس ).
Ertinya:
Daripada Ma’qil bin Yasar bahawasanya Nabi SAW bersabda: Bacakanlah ke atas orang yang telah meninggal dunia surah Yasin!
(Riwayat Abu Daud dan lain-lain)
Hadis ini telah dinilai Daif oleh Imam Ad-Daruqutni. Namun, Imam Abu Daud tidak menilainya Daif. Dan ianya telah dinilai Sahih oleh Imam Ibnu Hibban. Berkata sebahagian ulama bahawa hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan membaca Surah Yasin kepada orang yang sedang nazak, bukan kepada orang yang telah mati.
Tentang masalah itu telah dijawab oleh Dr. Abd Malik Abd Rahman As-Sa’di di dalam kitabnya, Al-Bid’ah fi al-Mafhum Al-Islami Al-Daqiq:
“Lafaz mayyit disebut secara hakikat ke atas seorang yang telah keluar rohnya daripada jasad. Dan digunakan secara majaz ke atas orang yang sedang nazak. Ini bererti dia masih lagi hidup dan bukannya telah mati. Kalau dilihat di dalam Kaedah Usuliyyah, diharuskan menggunakan satu lafaz secara hakikat atau majaz, maka tidaklah menjadi tegahan sekiranya digunakan mawtakum ke atas seorang yang sedang nazak dan seorang yang telah mati dengan sebenarnya, kerana pahala bacaan tetap sampai kepadanya dan dia merasa senang sebagaimana seorang yang nazak merasa senang terhadap bacaan surah tersebut. Mereka menafsirkannya kepada makna majaz semata-mata kerana mengkiaskannya dengan hadis Rasulullah SAW yang lain:
Ajarkanlah orang-orang yang hampir mati di kalangan kamu dengan kalimah La ilaha illallah. Yang dimaksudkan dengan mawtakum di sini ialah mereka yang hampir mati, bukannya seorang yang benar-benar telah mati. Dijawab ke atas hujah di atas: Perkataan yang bererti: Ajarkanlah(لقنوا) , sudah cukup menjadi bukti yang mengubahnya daripada hakikat ke majaz, kerana apabila diminta ‘Ajarkan’ supaya seorang yang hampir mati itu dapat mengucapkannya sebelum rohnya keluar, bukan selepas keluar roh. Lebih-lebih lagi terdapat sebuah hadis lain yang menyatakan maksudnya ‘Sesiapa yang perkataannya di dunia diakhiri dengan kalimah La ilaha illallah, nescaya akan masuk syurga’. Di atas dasar ini tidak ada faedah diajarkannya selepas keluar roh atau selepas kematiannya. Manakala hadis Yasin menggunakan lafaz yang bererti: Bacakanlah ( اقْرَءُوا) ia! Perkataan ini sesuai untuk seorang yang hampir mati dan seorang yang telah mati, kerana kedua-duanya merasa senang dengan surah tersebut, di samping pahalanya tetap sampai sekiranya dia telah mati. Inilah yang diperkatakan oleh Al-Muhib At-Tabari dan lain-lain.”
Sebenarnya terdapat hadis lain yang menyokong hadis tadi iaitu:
لِمَا رَوَى أَنَسٌ مَرْفُوعًا قَالَ: مَنْ دَخَلَ الْمَقَابِرَ فَقَرَأَ فِيهَا يس خُفِّفَ عَنْهُمْ يَوْمَئِذٍ وَكَانَ لَهُ بِعَدَدِهِمْ حَسَنَاتٌ
Ertinya:
Daripada Anas RA secara marfu’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca surah Yasin, nescaya diringankan azab daripada mereka (ahli kubur) pada hari tersebut dan diberikan kebaikan yang banyak mengikut bilangan ahli kubur kepada si pembaca tadi.
(Diriwayatkan oleh Sohibul Khilal dengan sanad beliau, telah disebutkan demikian itu oleh Ibnu Qudamah dalam al-Mughni juga disebutkan oleh pengarang kitab Tuhfatul Al-Ahwazi. Menurut Dr. Ali Jum'ah dengan hadis inilah Imam Hanbali berhujah).
Hadis lain:
عَنْ عَلِيٍّ مَرْفُوعًا { مَنْ مَرَّ عَلَى الْمَقَابِرِ وَقَرَأَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ إحْدَى عَشْرَةَ مَرَّةً ، ثُمَّ وَهَبَ أَجْرَهُ لِلْأَمْوَاتِ ؛ أُعْطِي مِنْ الْأَجْرِ بِعَدَدِ الْأَمْوَاتِ }
Ertinya:
Daripada Ali RA secara marfu’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan, kemudian ia membaca Surah al-Ikhlas 11 kali dengan niat menghadiahkan pahalanya kepada para penghuni kubur, ia sendiri akan memperoleh sebanyak yang diperoleh semua penghuni kubur itu.
(Diriwayatkan oleh Ar-Rafi’i dan As-Samarqandi. Juga disebutkan di dalam kitab Tazkirah al-Qurtubi)
Hadis lain:
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ دَخَلَ الْمَقَابِرَ ثُمَّ قَرَأَ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ ، وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، وَأَلْهَاكُمْ التَّكَاثُرُ ، ثُمَّ قَالَ : إنِّي جَعَلْتُ ثَوَابَ مَا قَرَأْتُ مِنْ كَلَامِكَ لِأَهْلِ الْمَقَابِرِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ؛ كَانُوا شُفَعَاءَ لَهُ إلَى اللَّهِ تَعَالَى }
Ertinya:
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang memasuki kawasan perkuburan kemudian ia membaca Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan At-Takatsur, lalu berdoa: Ya Allah, ku hadiahkan pahala bacaan firman-Mu ini kepada ahli kubur yang terdiri dari kalangan Mukminin dan Mukminat. Maka mereka akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat.
(Mathalib Syarh Ghoyatul Muntaha)
Berkata Sheikh AlHamid AlHusaini:
“Hadis-hadis tersebut di atas dijadikan dalil yang kuat oleh para ulama”
Pertanyaannya: “Mungkinkah Imam Al-Syafi’i belum sempat bertemu dengan hadis-hadis ini?” Wallahu a'lam, Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Ayuh, kita lanjutkan kepada analisis seterusnya

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori ULASAN
dengan judul ULASAN: bacaan alquran pahala sampai mayat? (4). Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/03/ulasan-bacaan-alquran-pahala-sampai_2067.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "ULASAN: bacaan alquran pahala sampai mayat? (4)"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.