SAYA menghidap gastrik yang serius. Saya tidak dapat menggantikan puasa disebabkan penyakit yang dihidapi itu. Bolehkah saya ganti dengan membayar fidyah saja?
ALIN,
Johor
Johor
BERPUASA Ramadan mempunyai pelbagai hikmah termasuk dari sudut kesihatan.
Tujuan utama puasa adalah untuk mencapai ketakwaan kepada Allah.
Tujuan utama puasa adalah untuk mencapai ketakwaan kepada Allah.
Kita hendaklah melaksanakan kewajipan berpuasa itu dengan sedaya upaya. Namun Islam mengharuskan berbuka puasa bagi mereka yang sakit dan dalam musafir.
Tetapi mereka diwajib menggantikan puasa yang tertinggal itu. Dalam Surah al-Baqarah, ayat 184: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.
Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya, dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahui.”
Sekiranya tidak dapat menggantikannya kerana tidak berupaya langsung seperti sakit kuat dan sangat tua, wajib memberi fidyah makanan kepada seorang miskin setiap hari.
Puasa tidak perlu diganti manakala bagi penyakit gastrik, pesakit masih boleh berpuasa sekiranya penyakit itu tidak menyebabkan perubahan tabiat kepada kerosakan.
Menurut pembacaan umum saya, mereka yang ada penyakit gastrik masih lagi boleh berpuasa tanpa masalah jika mengamalkan kaedah pemakanan yang betul seperti dianjurkan Islam dan pakar pemakanan.
Di antaranya melambatkan bersahur, segera berbuka puasa dan makan secara sederhana iaitu sedikit demi sedikit (lihat http:// annehashim.com/gastrikboleh-puasa/).
Bagaimanapun, apabila puasa membawa mudarat kepada diri bolehlah berbuka.
Sekiranya tidak dapat menggantikannya, bolehlah membayar fidyah seperti di atas.
Sebaiknya, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan sebelum mengambil tindakan untuk tidak melaksanakan fardu puasa Ramadan.
Itulah keindahan Islam yang sentiasa meraikan maslahat seseorang Muslim...Hmetro
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori FIQAH /
INFO /
tahukah anda
dengan judul Cara Berpuasa Bagi Orang Sakit. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/08/cara-berpuasa-bagi-orang-sakit.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Cara Berpuasa Bagi Orang Sakit"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.