Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

6 Tanda anda telah dipergunakan pasangan

Setiap manusia diatas mukabumi ini sudah pasti tidak suka diri mereka untuk dipergunakan. Tetapi kadang-kadang mereka sendiri tidak menyedarinya kerana perasaan yang terlalu mendalam terhadap pasangan. Jadi untuk mengatasi masalah ini, apakah tanda-tanda yang perlu anda lihat untuk menyedari adakah diri anda sedang dipergunakan?

Terlalu mengharap sesuatu yang berbentuk materialistik - Pasangan yang menerima anda seadanya tidak akan sesekali mengharapkan sesuatu yang berbentuk materialistik semata-mata. Mereka akan menghargai setiap apa yang anda mampu berikan tanpa menilai barangan tersebut. Ini kerana , didalam perhubungan nilai sesuatu barang bukanlah menjadi keutamaan. Apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana pasangan menunjukkan penghargaan terhadap diri anda.

Mereka tidak pernah menceritakan mengenai diri anda terhadap orang lain - Kehidupan adalah mengenai perkongsian hidup. Sekiranya kehadiran anda dalam hidup mereka tidak pernah dikongsikan bersama rakan terdekat, keluarga atau sebagainya, mungkin anda masih tidak memberi kesan dalam hidup mereka. Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu mengharap.

Berat sebelah - Jika hanya sebelah pihak sahaja yang menerima faedah dan sebelah pihak lagi hanya perlu menanggung kesalahan, ia bukanlah dinamakan suatu perhubungan. Ini kerana perhubungan memerlukan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak. Sekiranya hanya anda sahaja dipersalahkan setiap apa yang terjadi, ia adalah tanda bahawa anda sebenarnya telah digunakan.

Masa - Apabila mereka hanya mencari anda diwaktu kesusahan dan tidak pernah berkongsi kegembiraan bersama, ia juga merupakan tanda bahawa anda sedang dipergunakan. Seseorang yang betul-betul menghargai kehadiran anda sudah pasti akan berkongsi saat susah dan senang bersama.

Mereka tidak mahu diperkenalkan terhadap rakan/keluarga anda - Untuk masalah ini, mungkin ada sesetengah alasan yang kukuh boleh diterimapakai sekiranya mereka tidak mahu diri mereka dikenali terlebih dahulu. Tetapi sekiranya mereka tidak mampu memberi alasan yang kukuh mengapa mereka tidak mahu berbuat demikian, ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya cuba lari dari tanggungjawab yang lebih besar.

Dipukul - Adakah anda pernah dipukul oleh pasangan? Tanggungjawab hidup berpasangan adalah untuk melindungi antara satu sama lain dan bukannya untuk disakiti. Sekiranya perkara asas mereka tidak mampu lakukan, adakah anda merasakan mereka sedia untuk berkongsi hidup? Sumber | top5reason.com
Unknown INFO

Isu Kayu Kokka: Penafian & Jawapan

Tiada dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu diperbuat daripada kayu Kokka, namun tiada juga dalil sahih yang mengatakan bahtera dan tongkat itu tidak diperbuat daripada kayu Kokka. Tiada juga dalil sahih yang menyatakan tongkat dan bahtera tersebut diperbuat daripada jenis kayu jati, cengal, berlian, balak dan sebagainya.

Di dalam sebuah artikel muka penuh Berita Harian bertarikh 31 Disember 2005 menyatakan, menurut fakta & sumber hasil kajian arkeologi bahawa Bahtera Nabi Nuh atau Noah Ark's itu diperbuat daripada kayu jenis Kokka (Gopher) yang sukar ditemui. Kayu tersebut juga menjadi bahan utama membuat bahtera dan ketahanannya menghadapi pelbagai keadaan cuaca dan alam semula jadi. Keputusan ujian makmal pada Jun 1987, membuktikan ia mengandungi logam & fosil (tinggalan tumbuhan atau haiwan dalam kerak bumi yang wujud semenjak dari zaman geologi lalu). Penemuan Dr Ronald Eldon Wyatt mendakwa menemui dan membuktikan kewujudan bahtera Nabi Nuh dengan menggunakan radar Geophysical Survey Systems Incoparated (GSSI).

Ramai telah menggunakan kayu Kokka dan merasai keberkesanannya. Ada segelintir yang menggunakan kayu Kokka dan tidak merasai keberkesanannya. Ada juga yang menggunakan kayu Kokka namun tidak menyedari keberkesanannya. Ada dikalangan mereka yang tidak menggunakan kayu Kokka kerana tidak tahu mengenainya. Samada ia berkesan atau tidak, semua bergantung kepada amalan individu tersebut disertai keizinan dari Allah SWT dan bukan kerana kepercayaan bahawa kayu Kokka itu berkhasiat semata-mata. Ini semua telah terbukti menurut pengalaman si pemakai.

Nabi Musa as. memiliki mukjizat dan tongkat beliau juga adalah mukjizat disebabkan beliau adalah seorang Rasul. Bagi manusia biasa, kita mempercayai bahawa kayu Kokka mempunyai kelebihan yakni bukanlah mukjizat. Kita juga sedia maklum bahawa manusia biasa tidak memiliki mukjizat namun dengan amalan kita dan gandingan kelebihan yang ada pada kayu Kokka disertai dengan keizinan Allah SWT yang akan membuahkan keberkesanannya.
Allah SWT jualah Pemilik kuasa yang mutlak di atas segalanya.

Adalah wajar jika penjualan kayu Kokka yang berleluasa pada masa kini dikawal. Tidak dinafikan ada peniaga mengambil kesempatan dengan mengada-adakan cerita yang tidak boleh diterima akal mengenai kelebihan kayu Kokka. Ianya boleh menyebabkan ramai orang keliru dan tertipu serta menyebabkan penyelewengan aqidah kerana tidak mendapat penerangan dan pemahaman yang jelas tentang definisi penggunaannya.Sumber

Ketahui Sikap Wanita Melalui Cara Berjalan

 

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.
Unknown INFO, tahukah anda

Ikhwan Kecam Peledakan Bom di Manshurah


Manshura . Beberapa pimpinan Ikhwanul Muslimin menyatakan mengecam aksi letupan di pejabat polis yang terjadi pada Selasa ( 24/12/2013 ) awal hari tadi . Letupan besar ini mengakibatkan kejatuhan 14 orang mangsa meninggal dunia , dan kira-kira 200 orang lain terluka .

Di antara pimpinan yang memberikan kenyataan adalah Dr . Yusri Hani . Beliau menyatakan , " Kejadian ini adalah sebuah aksi kejahatan yang tidak diredai dalam ajaran Islam . Kami sangat mengecam tindakan ini , dan menuntut agar segera dicari siapa yang terlibat di dalamnya . Letupan ini adalah perbuatan orang yang penakut .

Tidak ada seorang pun yang mencintai negara ini menyetujuinya . Kejadian ini menunjukkan adanya pihak - pihak yang melakukan khianat kepada Mesir , ingin Mesir masuk ke dalam keadaan perang , kemusnahan , dan kekerasan . Hanya kepada Allah swt . kita meminta agar Mesir dijaga dari kejahatan orang - orang yang khianat . "

Sementara itu , Dr . Saifuddin Abdul Fattah , guru besar ilmu politik Universiti Kaherah , menyatakan bahawa sangat aneh jika Ikhwanul Muslimin yang dituduh dalam aksi letupan bom ini . Kerana di dalam pejabat ini terdapat 50 orang tahanan demonstran Ikhwanul Muslimin . Tidak mungkin Ikhwan tega membunuh saudara - saudaranya sendiri . ( msa / dakwatuna / klmty )
Redaktur: Moh Sofwan Abbas
Unknown INFO, ISU UMUM, KELEBIHAN

Faedah Buah Pisang

Buah pisang adalah buah yang mungkin tiap hari anda makan. Pisang mengandung kandungan gula yang lengkap yaitu glukosa, sukrosa dan fruktosa. Kandungan kalori pisang sekitar 90 kalori, nilai ini termasuk tinggi untuk kategori buah buahan. Banyak olahragawan menjadikan pisang sebagai buah favorit.

Manfaat pisang sangat banyak. Tahukah Anda bahwa buah pisang, buah yang mungkin tiap hari Anda makan, mempunyai khasiat yang sangat banyak. Khasiat pisang mulai dari mengatasi anemia, mengatasi sembelit, mengurangi morning sickness, mengurangi efek mabuk, menurunkan tekanan darah bagi penderita darah tinggi serta masih banyak lagi manfaat buah pisang ini.

Buah pisang sangat cocok sekali untuk penderita hipertensi / tekanan darah tinggi. Penderita hipertensi dianjurkan untuk mengurangi makanan berkadar garam tinggi. Pisang sangat cocok bagi penderita hipertensi karena pisang sangat minim sekali kandungan garamnya.
Pisang kaya akan kalium, kandungan kalium yang tinggi ini juga bagus bagi penderita tekanan darah tinggi. Kombinasi kalium yang tinggi dan garam yang sangat rendah menjadikan pisan buah yang bermanfaat bagi penderita darah tinggi.
Badan yang berwenang memberikan izin terhadap kelayakan makanan di amerika (FDA) telah mengakui akan manfaat pisang sehingga mengizinkan produsen buah ini mengklaim bahwa manfaat pisang dapat menurunkan resiko akan tekananan darah dan stroke.link http://manfaat.org
Unknown INFO, tahukah anda

Fakta Menarik Buah Epal Merah..

buah ini mengandung banyak serat yang berfungsi sebagai antidepresan yang tentunya sangat baik untuk kesehatan tubuh kita, buah ini ternyata memiliki banyak khasiat dan manfat yang mungkin dari kita belum mengetahuinya.

Zat besi yang terkandung dalam apel juga terbukti dapat menyembuhkan anemia. bukan hanya itu, mengosumsi apel juga dapat memberikan tenaga pada diri Kita meskipun Kita dalam keadaan lemah.

Manfaat Apel Merah untuk kecantikan
Saat ini banyak yang menggunakan buah apel untuk kosmetik dan lain sebagainya, Buah apel juga sangat digemari oleh para wanita. mengonsumsi apel ditambah dengan madu atau apel ditambah dengan susu terbukti ampuh untuk membuat kulit bersinar secara berkala.

Sedang pada wanita dengan masalah berat badan, apel juga sering dijadikan menu utama diet mereka. Apel juga sering dijadikan sebagai detoxifikasi tubuh.

Manfaat Apel Merah untuk mulut
Manfaat pada mulut juga sangat memerlukan bantuan apel untuk membersihkan gigi dan gusi sehingga mengurangi resiko gigi berlubang. Serat yang dikandung apel berfungsi sebagai pembersih kuman, sedang sifat antivirus berfungsi untuk mengusir bakteri dan virus pergi dari mulut. Penelitian terbaru juga mengungkapkan bahwa apel memiliki bahan kimia seperti flavonoid dan polifenol yang dapat membantu melawan kanker.

Manfaat Apel Merah untuk jantung
selain untuk kesehatan ternyata manfaat buah apel merah dapat untuk kesehatan jantung, yang dimana peredaran darah kita akan menjadi lebih lancar karena dengan kita mengkonsumsi apel minimal dua kali sehari

Manfaat Apel Merah untuk batuk
Dan manfaat buah apel merah yang terakhir adalah sebagai obat batuk, menurut penelitian yang telah dilakukan Manfaat Apel Merah bisa untuk mengurangi batuk dan dapat digunakan sebagai obat batuk
Unknown INFO, tahukah anda

7 Faedah Hubungan Intim Untuk kesihatan



Selain mengeluarkan hasrat terpendam, hubungan intim suami isteri juga baik bagi tubuh dan jiwa. Salah satunya, meningkatkan hormon kortisol dan adrenalin serta merangsang aktiviti jasmani. 

Genius Beauty menyenarai tujuh kebaikan mengapa berhubungan intim menyihatkan. 

1. Bermanfaat untuk kesihatan wanita 
Para doktor meyakinkan bahawa hubungan secara intim suami isteri diperlukan bukan saja untuk mendapatkan kepuasan malah sangat baik untuk kesihatan. Seks meningkatkan "hormon kebahagiaan" sehingga menunda menopause dan menghilangkan kedutan pada wajah. Ia juga  mencegah wanita dari terkena diabetes.
2. Menguatkan sistem kekebalan tubuh 
Telah terbukti bahawa sistem kekebalan tubuh secara langsung berhubung kait dengan keadaan emosi kita. Hubungan intim suami isteri meningkatkan jumlah hormon serotonin yang memperkuat sistem kekebalan tubuh. Selain itu, bercinta juga melahirkan hormon oksitosin yang melindungi terhadap kanser payudara.

3. Hubungan secara teratur mencegah serangan jantung 

Mereka yang aktif melakukan hubungan intim secara langsung dapat meningkatkan peredaran darah, melatih otot jantung, dan meningkatkan nada tubuh secara keseluruhan. 

4. Kesihatan wanita tergantung pada seks 

Seks juga merupakan ubat yang sangat baik untuk stagnasi [tekanan] darah pada bahagian panggul [pinggul,pangkal paha], penis pasangan bertindak seperti urutan yang menyebabkan dinding vagina dan rahim untuk berkontraksi. 

5. Sebagai ubat penghilang rasa sakit 

Berhubungan intim, anda akan melupakan tentang ubat penghilang rasa sakit. Seks malam adalah ubat tidur terbaik. Sebaliknya, seks pagi hari memungkinkan anda untuk merasakan ledakan energi sepanjang hari. Akhirnya, seks memiliki efek detoks. Semsa hubungan seksual, darah mulai mengalir lebih cepat dan menghilangkan racun. 

6. Menurunkan berat badan  
Pakar pemakanan telah memperkirakan kalori banyak dikeluarkan saat berhubungan seks. Dengan demikian, perempuan kehilangan 112 kilokalori selama orgasme. 

7. Bermanfaat untuk kesihatan bagi lelaki

Tidak diragukan lagi, kehidupan seks sihat [suami isteri] yang aktif adalah pencegahan terbaik prostatitis dan tumor prostat. Penyakit prostat sering menghantui bagi kaum lelaki berusia 40 tahun dan ke atas.

Bahaya Membunyikan Sendi-Sendi Jemari..

kesan menyembunyikan jari, sendi, saraf, sebab, punca, robot, bahaya, salah, tua, tulang

Menurut Brian Cassaza, MD, dari Universiti California, Amerika, kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari bila salah satu urat saraf tersepit di antara tulang ekor leher. Maka, kesannya boleh bemacam-macam, bergantung kepada rangkaian saraf itu menuju ke mana. Tapi, pada umumnya, akan mengakibatkan organ tubuh seperti kaki dan tangan sukar diarah oleh otak.

Orang yang mengalami hal tersebut, biasanya berjalan seperti robot, kerana, otak gagal memberi arahan kepada organ-organ tubuh untuk melakukan apa yang diiinginkan.

Sama halnya dengan membunyikan tulang leher, gerakan membunyikan sendi di jarijuga merupakan kebiasaan yang salah kerana menyalahi peraturan sendi biasanya dan boleh menghancurkan tulang-tulang rawan di dalamnya. Jika kebiasaan ini dilakukan terus menerus maka dapat menimbulkan penyakit sendi yang kronik di kemudian hari.

Para saintis bioperubatan telah mempelajari Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari apa yang sebenarnya berlaku ketika kita menekuk tulang sendi jari dengan menggunakan mikrofon yang sensitif.

Di dalam ruang sendi antara tulang-tulang terdapat cecair dan ikatan sendi (ligamen) di setiap sisi ruang sendi yang menyatukan tulang.

Saat anda menarik jari, hal ini membuat ruang sendi makin besar. Akibatnya, tekanan dalam ruang sendi makin menurun. Maka, ikatan sendi tersedut ke dalam. Ketika tekanan menurun, muncullah gelembong (karbon dioksida), hanya dalam satu per ribuan saat. Gas inilah yang menimbulkan bunyi letupan yang merupakan suara pertama.

Gelembong itu mengisi 15% ruang sendi yang sekarang menjadi lebih besar. Kerana ruang sendi diisi oleh gelembong, cairannya tiba-tiba mendorong ikatan sendi dan menolaknya ke posisi semula. Pada saat ligamen “didorong kembali” muncullah bunyi kedua.

Tenaga yang hilang dalam sendi sangat rendah, hanya sekitar 7% daripada yang diperlukan untuk merosakkan tulang. Tetapi, bila terlalu sering melakukannya, boleh dikira sendiri dan hasilnya tentu sangat berbahaya.

Sebuah penelitian melibatkan 300 orang yang telah membunyikan buku jarinya selama 35 tahun. Kesan Membunyikan Sendi-Sendi Jemari Memang, hasilnya tidak ada kes artritis pada tangan mereka. Namun, kesan lain adalah mereka mempunyai sendi yang membesar, tangan mereka menjadi lebih lemah, berkurang satu perempat dari kekuatan tangan yang seharusanya.

Jadi, membunyikan buku jari tangan dan sendi tulang yang lain akan terasa saat kita tua nanti, 35 hingga 40 tahun akan datang.
sumber ... UstazCambodia

Cara Berpuasa Bagi Orang Sakit

SAYA menghidap gastrik yang serius. Saya tidak dapat menggantikan puasa disebabkan penyakit yang dihidapi itu. Bolehkah saya ganti dengan membayar fidyah saja?
ALIN,
Johor

BERPUASA Ramadan mempunyai pelbagai hikmah termasuk dari sudut kesihatan.
Tujuan utama puasa adalah untuk mencapai ketakwaan kepada Allah.

Kita hendaklah melaksanakan kewajipan berpuasa itu dengan sedaya upaya. Namun Islam mengharuskan berbuka puasa bagi mereka yang sakit dan dalam musafir.

Tetapi mereka diwajib menggantikan puasa yang tertinggal itu. Dalam Surah al-Baqarah, ayat 184: “(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya, dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah, kalau kamu mengetahui.”

Sekiranya tidak dapat menggantikannya kerana tidak berupaya langsung seperti sakit kuat dan sangat tua, wajib memberi fidyah makanan kepada seorang miskin setiap hari.

Puasa tidak perlu diganti manakala bagi penyakit gastrik, pesakit masih boleh berpuasa sekiranya penyakit itu tidak menyebabkan perubahan tabiat kepada kerosakan.

Menurut pembacaan umum saya, mereka yang ada penyakit gastrik masih lagi boleh berpuasa tanpa masalah jika mengamalkan kaedah pemakanan yang betul seperti dianjurkan Islam dan pakar pemakanan.

Di antaranya melambatkan bersahur, segera berbuka puasa dan makan secara sederhana iaitu sedikit demi sedikit (lihat http:// annehashim.com/gastrikboleh-puasa/).

Bagaimanapun, apabila puasa membawa mudarat kepada diri bolehlah berbuka.
Sekiranya tidak dapat menggantikannya, bolehlah membayar fidyah seperti di atas.

Sebaiknya, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan sebelum mengambil tindakan untuk tidak melaksanakan fardu puasa Ramadan.

Itulah keindahan Islam yang sentiasa meraikan maslahat seseorang Muslim...Hmetro
Unknown FIQAH, INFO, tahukah anda

Buah Delima ada Banyak Khasiat

Buah Delima terkenal dengan nama 'superfruit' mengandungi antioksidan yang tinggi,terdiri dari asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan buah delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk. Kajian keatas tikus makmal juga membuktikan delima mampu merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat. Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima mampu menstabilkan aras PSA.

Pengambilan buah delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras kolesterol jahat dan meningkatkan aras kolesterol baik. Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan buah delima boleh mencegah penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer setelah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas tercedera.

Penceritaan Buah Delima di dalam Al Quran

Di antara potongan ayat yang terdapat di dalam al quran seperti berikut:,
"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima," [Surah al Rahman ayat 68].

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Sudah tentu jawapannya buah delima mempunyai pelbagai khasiat. Sumber
Unknown INFO, tahukah anda

Asal Usul Perubatan Dengan Air Ludah


Menurut orang tua-tua Melayu dahulu, terdapat beberapa petua tentang penggunaan ludah sebagai ubat. Dikatakan, sekiranya bayi yang baru lahir panas suhu badannya, si ibu atau ayah disuruh menjilat ubun-ubun bayi, telapak tangan kedua tangan dan telapak tangan kedua kaki. Menjilat harus dimulai dengan anggota yang kiri dahulu. Panas tubuh bayi itu akan serta merta beransur turun.

Petua menggunakan ludah untuk mengubat luka kecil juga sering disyorkan oleh orang tua-tua. Sekiranya jari terluka atau terhiris, kita disuruh cepat-cepat masukkan ke dalam mulut. Dikatakan darah akan berhenti mengalir dan luka cepat sembuh. Sekiranya bahagian lain yang luka, ambil sedikit air ludah sendiri dengan satu jari. Selepas itu, baca selawat sebanyak 7 kali. Selepas membaca selawat, sapu di bahagian yang luka. Nescaya cepat sembuh.

Sekiranya seorang kanak-kanak masih lambat bercakap walau sudah berusia 3 tahun ke atas, petuanya mudah. Lidah kanak-kanak itu perlu ditarik keluar lalu dikerik dengan cincin. Menurut orang tua-tua, supaya ludahnya keluar sempurna, tidak bertakung di dalam mulut lantas dapat menggalakkan kanak-kanak itu segera bercakap.

Kajian Saintifik tentang Ludah

Menurut satu kajian saintifik Belanda, zat dalam air ludah dapat menyembuhkan luka. Saintis mendapati bahawa protein kecil di dalam air ludah yang sebelum ini dipercayai hanya dapat membunuh bakteria, berguna juga untuk menyembuhkan luka.

Sebab itulah, luka pada gusi yang baru dicabut giginya cepat pulih berbanding dengan luka di bahagian anggota tubuh yang lain. Saintis juga menjangka, air ludah boleh menjadi ubat kepada penderita penyakit kencing manis yang buruk kakinya atau mereka yang mengalami kelecuran atau kebakaran pada kulit......sumber

Tip Menjadi Wanita Solehah


Memang semua wanita bercita-cita untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Antara amalam-amalan yang boleh dipraktikan untuk menjadi wanita solehah:

1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.


2. Menjaga solatnya.
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah-lengahkannya.


3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.


4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.


5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.


6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.


7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.


8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.


Begitulah serba sedikit amalan-amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat kita semua yg bercita-cita menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

Apakah Hukum Minum Kopi Luwak?


Kopi luwak terkenal kerana harganya yang tinggi dan sumber untuk mendapatkannya. Ia dihasilkan menggunakan biji kopi daripada najis musang luwak. Nama saintifik musang ini ialah Paradoxurus hermaphroditus dan di Malaysia dikenal sebagai musang pulut. Apakah hukum minum kopi luwak?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Meminum Kopi Luwak (Musang). Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Allah SWT memerintahkan umatNya supaya memilih rezeki yang halal dan makan makanan yang baik sebagaimana firmanNya dalam Surah al-Baqarah, ayat 172 yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepadaNya."

Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah menetapkan bahawa: الأصل فى الأشياء الإباحة، ما لم يقم دليل معتبر على الحرمة iaitu hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagimana tidak ada dalil muktabar yang mengharamkannya. Ulama’-ulama’ fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Sehubungan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan-pandangan tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa biji kopi luwak (musang) adalah bersifat mutanajjis dan ia harus dijadikan bahan minuman dengan syarat:

biji kopi tersebut masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam; dan
biji kopi tersebut hendaklah disucikan terlebih dahulu daripada najis.


Muzakarah juga memutuskan supaya kopi luwak yang dihasilkan hendaklah mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.

Sumber: Portal Rasmi Fatwa Malaysia

Pentingnya Solat Dalam Islam


Pengaruh atau kesan positif sembahyang kepada kehidupan umat Islam terlalu besar, terutama dalam membentuk jiwa, diri, akhlak mulia, sifat amanah, perpaduan, keberkatan hidup berkeluarga, bermasyarakat dan bernegara. Malah ibadah sembahyang berupaya menjadi benteng diri mencegah per-buatan keji dan mungkar. Betapa besar kepentingan dan pengaruh sembahyang kepada orang-orang Islam yang beriman, di antaranya ialah:

Sembahyang Untuk Menyembah dan Mengingati Allah S.W.T.

Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:
”Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(S. Thaha: 14).
Sembahyang adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Sekali gus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:


Yang bermaksud:
”Sesungguhnya Kami (Allah) telah mengurniakan kepada Mu nikmat yang melimpah ruah. Kerana itu, dirikanlah sembahyang dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu”. (S. Al-Kautsar: 1-2).

Hikmah Sembahyang Dalam Menghapus Dosa.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
”Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR Muslim).


Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembah-yang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (S. Al-Ankabuut: 45).
Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan sembahyang, ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala, bahawa sembahyang itu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.
Unknown INFO, KELEBIHAN, Nasihat

Adakah Daki dikira najis ?


SAYA ingin mengetahui cara mandi wajib dengan lebih lanjut. Adakah daki di seluruh badan perlu dibersihkan dahulu sebelum memulakan mandi wajib?
MAN,
Pulau Pinang

DAKI adalah kotoran yang melekat pada anggota badan, pakaian dan lain-lain.
Bagaimanapun, ia masih suci kerana tidak terkena najis. Ia kotoran bukan berasal daripada najis dan masih dianggap suci walaupun nampak tidak bersih. Jika kita membersihkan dan menghilangkan daki dan segala kotoran, itu dikira sunat dalam menjaga kebersihan.

Begitu juga dalam mandi wajib dan wuduk. Terdapat tiga peringkat dalam mandi wajib iaitu (1) berniat (2) menghi�langkan najis di badan sama ada najis aini
(yang boleh dilihat) atau hukmi (tidak nampak zatnya tetapi kesan atau bekas saja) dan (3) menyampaikan air ke seluruh badan termasuk bulu dan celah lipatan kulit badan.
Unknown FIQAH, INFO

Fakta; Kelebihan senyum

5 Kelebihan senyum, Hanya dengan senyuman sebenarnya mampu untuk membantu mengubah kehidupan seseorang. Senyuman juga adalah merupakan bahagian paling unik yang ada pada diri anda. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara rahsia disebalik senyuman adalah..  (1) Membantu memanjangkan hayat seseorang - Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.  (2) Mempengaruhi minda separa sedar - Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.  (3) Mempengaruhi orang lain - Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.  (4) Senyuman tulen dan senyuman palsu - Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu. Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.  (5) Rawatan muka - Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.
Hanya dengan senyuman sebenarnya mampu untuk membantu mengubah kehidupan seseorang. Senyuman juga adalah merupakan bahagian paling unik yang ada pada diri anda. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, antara rahsia disebalik senyuman adalah..

(1) Membantu memanjangkan hayat seseorang - Berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap 230 orang pemain baseball beberapa tahun yang lepas, penyelidik mendapati bahawa seorang yang mudah senyum kebiasaan hayatnya akan lebih panjang berbanding yang bermuka serius. Situasi ini pula dikaitkan dengan aura positif yang dikeluarkan apabila anda senyum untuk membantu menguatkan lagi fakta ini.

(2) Mempengaruhi minda separa sedar - Penyelidik juga mendapati bahawa dengan senyuman dapat membantu seseorang untuk menukar perkara negatif menjadi satu perkara yang positif. Proses ini berlaku kerana minda separa sedar mereka telah dipengaruhi. Sebagai contoh, satu tugasan yang sukar akan menjadi lebih mudah sekiranya ia cuba diselesaikan berserta senyuman.

(3) Mempengaruhi orang lain - Senyuman bukan sahaja boleh memberi aura positif terhadap diri anda sahaja, malah ia turut mampu untuk mempengaruhi orang lain. Sebagai contoh yang biasa anda lalui, apabila anda senyum terhadap seseorang, kebiasaannya mereka juga akan turut membalas senyuman walaupun ketika itu mereka sedang berada dalam masalah. Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya telah berjaya dipengaruhi. Untuk beberapa saat ia mampu untuk mengalihkan pemikiran mereka daripada memikirkan mengenai masalah yang sedang dihadapi.

(4) Senyuman tulen dan senyuman palsu - Kebiasaannya, seseorang yang peka terhadap situasi pasti berjaya mengesan samaada senyuman yang diberikan samaada tulen atau palsu. Untuk mengesan senyuman palsu, anda perlu melihat reaksi terhadap matanya. Sekiranya merasakan ianya berlainan, mungkin ia adalah senyuman palsu. Ini berlaku kerana otak sukar untuk menafsirkan dua cas yang berlainan dalam satu masa yang sama. Sebagai contoh, pasti agak sukar untuk anda ketawa ketika anda sedang menangis. Ini berlaku kerana otak mengambil masa untuk menafsirkannya disebabkan oleh cas yang berlainan.

(5) Rawatan muka - Mungkin sudah ramai yang mengetahui bahawa senyuman adalah terapi terbaik untuk awet muda. Ia sememangnya benar dan juga terbukti secara saintifik. Ini berlaku kerana ketika seseorang senyum, ia akan menggerakkan beribu-ribu saraf muka yang dapat membantu untuk penegangan kulit. Ia dapat melambatkan lagi proses untuk kulit anda daripada mengecut atau berkedut.

Sumber : top5reason.com
Unknown INFO

5 Perkara yang lelaki suka dengar daripada wanita

perkara yang lelaki suka dengar daripada wanita, puji lelaki, panduan hidup, tips kehidupan seharian, tips untuk lebih yakin, rahsia kehidupan, teknik untuk lebih berjaya, panduan untuk lebih berjaya, cara-cara ingin berjaya, rahsia peribadi, rahsia personaliti diri
Sekiranya seseorang wanita suka mendengar pujian, suka diberitahu bahawa diri mereka disayangi atau sebagainya, bagaimana pula dengan lelaki? Apakah perkara yang lelaki suka dengan daripada mulut seorang wanita?

(1) Lelaki kebiasaannya akan berasa lebih tertekan di tempat kerja. Mungkin dalam sesetengah situasi yang melibatkan pekerjaan, mereka berasa amat kecewa terhadap hasil daripada tugasan yang telah mereka laksanakan. Jadi siapakah orang yang paling bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan kerja dengan baik? Tidak lain dan tidak bukan adalah seorang wanita.

(2) Didalam kehidupan seharian, seorang lelaki akan berusaha untuk melakukan sesuatu yang mungkin dapat membantu diri mereka, keluarga, rakan dan sebagainya. Mungkin sesuatu perkara yang mereka lakukan akan berhasil dan mungkin juga tidak. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu tetapi tidak berhasil, siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka telah melakukan perkara bijak dengan menagambil keputusan melakukannya berbanding berdiam diri? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.

(3) Lelaki pada masa kini amat menitikberatkan mengenai soal penampilan diri. Mereka berusaha untuk kelihatan segak di khalayak ramai. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka kelihatan kacak? tidak lain tidak bukan adalah wanita.

(4) Seorang lelaki sanggup menggadaikan nyawa mereka hanya untuk memberikan perlindungan terhadap orang yang memerlukan. Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang berani? Tidak lain tidak bukan adalah wanita.

(5) Sesuatu tugasan yang berat sering dikaitkan dengan lelaki. Ini adalah kerana tenaga seorang lelaki adalah lebih kuat berbanding daripada wanita, Jadi siapakah yang bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa mereka adalah seorang yang gagah atau kuat? tidak lain tidak bukan adalah wanita.

Sumber : top5reason.com
Unknown INFO, tahukah anda