6 Tanda anda telah dipergunakan pasangan

Setiap manusia diatas mukabumi ini sudah pasti tidak suka diri mereka untuk dipergunakan. Tetapi kadang-kadang mereka sendiri tidak menyedarinya kerana perasaan yang terlalu mendalam terhadap pasangan. Jadi untuk mengatasi masalah ini, apakah tanda-tanda yang perlu anda lihat untuk menyedari adakah diri anda sedang dipergunakan?

Terlalu mengharap sesuatu yang berbentuk materialistik - Pasangan yang menerima anda seadanya tidak akan sesekali mengharapkan sesuatu yang berbentuk materialistik semata-mata. Mereka akan menghargai setiap apa yang anda mampu berikan tanpa menilai barangan tersebut. Ini kerana , didalam perhubungan nilai sesuatu barang bukanlah menjadi keutamaan. Apa yang lebih penting adalah tentang bagaimana pasangan menunjukkan penghargaan terhadap diri anda.

Mereka tidak pernah menceritakan mengenai diri anda terhadap orang lain - Kehidupan adalah mengenai perkongsian hidup. Sekiranya kehadiran anda dalam hidup mereka tidak pernah dikongsikan bersama rakan terdekat, keluarga atau sebagainya, mungkin anda masih tidak memberi kesan dalam hidup mereka. Anda dinasihatkan untuk tidak terlalu mengharap.

Berat sebelah - Jika hanya sebelah pihak sahaja yang menerima faedah dan sebelah pihak lagi hanya perlu menanggung kesalahan, ia bukanlah dinamakan suatu perhubungan. Ini kerana perhubungan memerlukan situasi menang-menang antara kedua-dua belah pihak. Sekiranya hanya anda sahaja dipersalahkan setiap apa yang terjadi, ia adalah tanda bahawa anda sebenarnya telah digunakan.

Masa - Apabila mereka hanya mencari anda diwaktu kesusahan dan tidak pernah berkongsi kegembiraan bersama, ia juga merupakan tanda bahawa anda sedang dipergunakan. Seseorang yang betul-betul menghargai kehadiran anda sudah pasti akan berkongsi saat susah dan senang bersama.

Mereka tidak mahu diperkenalkan terhadap rakan/keluarga anda - Untuk masalah ini, mungkin ada sesetengah alasan yang kukuh boleh diterimapakai sekiranya mereka tidak mahu diri mereka dikenali terlebih dahulu. Tetapi sekiranya mereka tidak mampu memberi alasan yang kukuh mengapa mereka tidak mahu berbuat demikian, ia menunjukkan bahawa mereka sebenarnya cuba lari dari tanggungjawab yang lebih besar.

Dipukul - Adakah anda pernah dipukul oleh pasangan? Tanggungjawab hidup berpasangan adalah untuk melindungi antara satu sama lain dan bukannya untuk disakiti. Sekiranya perkara asas mereka tidak mampu lakukan, adakah anda merasakan mereka sedia untuk berkongsi hidup? Sumber | top5reason.com
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori INFO dengan judul 6 Tanda anda telah dipergunakan pasangan. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/08/6-tanda-anda-telah-dipergunakan-pasangan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "6 Tanda anda telah dipergunakan pasangan"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.