Showing posts with label KISAH INSAN AGUNG. Show all posts
Showing posts with label KISAH INSAN AGUNG. Show all posts

Misteri Binaan Piramid Dijawab Dalam Al-Quran


Ramai para saintis sibuk mengkaji bagaimana pada zaman Firaun dahulu mereka berjaya membina piramid yang begitu besar sedangkan teknologi pada ketika itu sanga terbatas.
Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telah pun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

P-=- Jelas ayat dari al-Quran sendiri telah menunjukkan bagaimana piramid itu dibina dengan menggunakan bahan dari tanah liat. Memang kita sendiri berasa pelik bagaimana zaman dahulu boleh mengangkat batu sehingga beratus-beratus kilogram sedangkan teknologi pada ketika itu jauh beza dengan zaman sekarang.

Jawapan Hukum Sujud Tilawah...


Sekiranya kita sedang membaca al-Quran dan terjumpa dengan ayat sajadah, kita boleh melakukan sujud tilawah. Hukum sujud tilawah adalah sunat muaakad dan boleh dilakukan dalam solat mahupun di luar solat.
Jika ada perasan, dalam mushaf al-Quran Rasm Uthmani akan terdapat satu simbol sujud tilawah berbentuk seperti kubah. Simbol ini banyak terdapat dalam surah-surah Al-Quran antaranya dalam surah As-Sajadah. Sujud tilawah ini adalah sunat mu’akkad, tidak mengapa ditinggalkan. Jika seseorang membaca ayat sajdah, baik dalam mushaf atau dalam hati, di dalam solat atau di luar solat, hendaklah ia sujud.

Sujud tilawah tidaklah wajib dan tidak pula berdosa bila tertinggal, sebab terdapat keterangan bahwa ketika Umar bin Khattab berada di atas mimbar, ia membaca ayat sajdah dalam surat al-Nahl, lalu ia turun dan sujud.

Tetapi pada Jum’at yang lainnya ia tidak sujud walau membaca ayat sajdah. Lantas ia berkata : “Sesungguhnya Allah tidak mewajibkan kita agar bersujud kecuali jika mahu“. Hal ini disampaikan di hadapan para sahabat.

Juga diterangkan bahwa Zaid bin Tsabit membacakan ayat sajdah dalam surat al-Najm di hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam namun ia tidak sujud, tentu Zaid akan disuruh sujud oleh Nabi jika hal itu wajib.

Dengan demikian, sujud tilawah adalah sunnat mu’akkad, iaitu jangan sampai ditinggalkan walau terjadi pada waktu yang dilarang, setelah Fajar umpamanya, atau ba’da Ashar, sebab sujud tilawah, termasuk sujud yang punya sebab, sama halnya dengan shalat tahiyyatul mesjid atau lainnya.

[Disalin dari buku Fatawa Syekh Muhammad Al-Shaleh Al-'Utsaimin, edisi Indonesia 257 Tanya Jawab, Fatwa-Fatwa Al-'Ustaimin, oelh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, terbitan Gema Risalah Pres, hal. 136-137,146-148 dan 158-159 alih bahasa Prof.Drs.KH Masdar Helmy]

P-- - Kebiasaannya imam masjid akan melakukan sujud tilawah/sajadah ketika waktu subuh di hari jumaat. Hal ini kerana mereka akan membacakan surah As-Sajadah pada waktu tersebut. Jika di luar solat pula, ketika membacanya, boleh terus bersujud menghadap kiblat.

Kisah wanita tua zaman Rasululah berulang...



Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW?

Seorang wanita tua selalu menyakiti Baginda dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas, Bagindai SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan merawati menunjukkan kasih sayang terhadapnya,dengan keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW,lalu terbukalah pintu hidayah lantas wanita tua tersebut memeluk Islam di tangan Baginda.

Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.

Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan itu ialah seorang wanita tua Yahudi.

Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tersebut. Tetapi wanita Yahudi itu mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tetapi keluarga warga Sudan itu terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.

Pada satu hari wanita tua Yahudi itu dirompak, lalu warga Sudan tersebut ternampak dan menyelamatkannya. Akibat kecederaan wanita tua Yahudi itu terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahinya, hanya warga Sudan itu sahaja. Tetapi wanita tua Yahudi itu masih tetap memarahinya.

Apabila sihat, wanita tua Yahudi itu kembali ke rumah, namun warga Sudan tersebut masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tua Yahudi itu tidak menyukainya.

Akhirnya wanita tua Yahudi tersebut jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital dan tiada sesiapa juga yang menziarahinya hanya warga Sudan dan isterinya sahaja. Dengan keperibadian Islam yang ada pada warga Sudan tersebut menarik perhatian wanita Yahudi itu, lalu bertanyalah kepada warga Sudan tersebut mengenai Islam, Akhirnya terbukalah pintu hidayah lalu wanita tua Yahudi itu memeluk Islam. Subhanallah….

Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua Yahudi itu tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.

Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi itu telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tersebut.
kisah wanita tua zaman Nabi berulang, kisah wanita tua, kisah 
wanita tua zaman Nabi, kisah pengajaran, cerita pengajaran, kisah 
tauladan, cerita tauladan, teladan, cerita ilmiah, kisah ilmiah
Siapakah Suhaib  layari laman web beliau http://www.suhaibwebb.com
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu dalam kebinasaan dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Baqarah: 195)

Islam menyeru umatnya berbuat baik sesama makhluk, baik berupa manfaat ilmu, harta benda dan juga yang berbetuk nasihat ke agamaan, sepertimana sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan atas setiap sesuatu.”

Wallahu’alam….

Kenapa Hawa tercipta saat Adam tertidur ?

Dikatakan bahawa seorang laki-laki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam 'alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Sumber | apecerite.blogspot.com

Kenapa susu dan arak?


dalam peristiwa isra’ dan mikraj itu, nabi saw dihidangkan dengan minuman sebanyak 2 kali, iaitu semasa di masjid al-aqsa dan kali kedua semasa nabi berada di baitul makmur... pada kali pertama, nabi dihidangkan dengan susu dan arak, manakala pada kali kedua nabi dihidangkan dengan susu, arak dan madu... namun nabi s.a.w. memilih meminum susu untuk kedua-dua kali tersebut... dengan meminum susu, malaikat jibrail menjelaskan umat muhammad berada pada jalan yang lurus ....

nabi s.a.w. meminum susu berdasarkan sifat semulajadi baginda saw, walhal pada ketika itu arak adalah minuman resmi bangsa arab yang paling popular... bahkan pada zaman moden ini juga, arak masih dihidangkan di majlis-majlis resmi... arak adalah lambang keagungan, kemegahan dan prestij. semakin lama arak itu diperam, semakin tinggi nilainya dan darjat peminumnya...

rasulullah saw tidak memilih arak yang menjadi kesukaan masyarakat jahiliah ketika itu kerana baginda sendiri tidak meminumnya, apatah lagi menyukainya... sekiranya baginda adalah peminum arak pasti baginda akan memilih arak kerana kita sedia maklum bahawa arak mampu membuat manusia ketagih nikmatnya... kita jarang dengar manusia ketagih susu atau madu.... bahkan dalam kamus perubatan, alcohol sinonim dengan ketagihan berbanding minuman lain....

arak adalah lambang kejahatan.... jika nabi memilih arak, maka ia menandakan agama islam cenderung kepada kejahatan, kerosakan dan kemaksiatan...

demikian juga dengan madu... madu adalah minuman kesihatan, bukan minuman rutin atau harian... tidak ada manusia yang hidup hanya dengan meminum madu... madu bukan makanan fitrah atau semula jadi manusia. manusia masih memerlukan air dan makanan ruji lain untuk hidup...

oleh kerana itu nabi memilih susu... ia petanda beliau memilih jalan yang lurus sesuai dengan penerimaan jasad manusia.. susu segar mempunyai kandungan air, mineral dan vitamin yang mencukupi untuk jasmani manusia... seorang kanak-kanak yang diberi minum susu ibunya sewaktu kecil akan sentiasa sihat, kuat dan daya immunisasi yang tinggi... berbanding dengan arak dan madu, susu boleh diterima oleh segenap lapisan bangsa, pada setiap masa dan keadaan....

jelaslah bahawa apabila nabi s.a.w. memilih susu, bermakna baginda memilih aturan kehidupan agama yang sesuai dengan fitrah manusia secara umum....

Keajaiban Salawat Nabi Saw..


1) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

2) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

3) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

4) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

5) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

6) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.

7) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

8) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

9) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

10) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

11) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

12) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

13) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

14) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

15) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

16) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

17) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani.

Firman ALLAH (Surah Al-Ahzab:56): “sesungguhnya ALLAH dan malaikat-malaikatNya berselawat untuk Nabi. Hai orang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”
Sabda Rasulullah S.A.W: “ barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya ALLAH S.W.T akan berselawat keatasnya sepuluh kali” [riwayat Imam Muslim drpd Abdullah bin Amru bin Al’Ass]

Sabda Rasulullah S.A.W: “sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku” [ riwayat Imam Tarmizi drpd Abdullah bin Mas’ud]

Insyaallah, sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya, menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.Sumber FB

Tapak Kaki Nabi Muhamad SAW

TAPAK KAKI RASULULLAH SAW YANG DISATUKAN DI DALAM BEKAS MINUMAN DI MASJID AL-KARIMIYYAH,SYRIA.SAPE PERNAH MINUM AIR DARINYA??? UNTUNG LAH.:-)

Kesan tapak kaki pada batu tersebut telah dibawa dari tanah hijaz ke Turki untuk dijaga oleh pihak kerajaan Turki Uthmaniah. Namun ketika perjalanan sampai di Halab, batu yang dibawa telah dicuri dan kemudian ada yang menemui batu tersebut lalu ditempatkan di kawasan Masjid Karimiyyah. Wallahualam....UstazCambodia

Kehidupan Berkeluarga Nabi Contoh Terbaik

SATU aspek sangat baik dicontohi daripada akhlak Rasulullah SAW ialah kehidupan berkeluarga memandangkan masyarakat hari ini yang berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti perceraian suami isteri, sumbang mahram serta penderaan.

Sebagai manusia biasa Rasulullah SAW pernah menjadi anak, suami, bapa, mentua dan datuk. Baginda menunjukkan contoh terbaik dalam memenuhi setiap tanggungjawab yang boleh diikuti semua ahli keluarga.


Firman Allah bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah (dalam masa susah dan senang).” (Surah al-Ahzab, ayat 21)


Sebagai suami, Baginda SAW begitu menghargai isterinya dengan menunjukkan sifat mulia seperti kasih sayang, bertimbang rasa, hormat serta sabar tanpa pernah sekalipun mengasari mereka bahkan menghadapi kerenah isteri dengan penuh pengertian dan kemaafan. 

Baginda SAW juga tidak keberatan membantu melakukan kerja rumah. Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah meriwayatkan katanya: “Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.” (Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban)

Sikap baik Rasulullah SAW terhadap isteri ini diakui sendiri oleh isteri Baginda Aisyah yang meriwayatkan: “Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.” (Hadis riwayat Bukhari)


Apabila hendak memulakan suatu perjalanan, Baginda akan memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam keadaan selesa dan Anas pernah mengatakan bahawa Baginda akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta. 

Dalam kehidupan berpoligami juga, Baginda adalah contoh terbaik melaksanakan prinsip keadilan walaupun tidak dapat dinafikan bahawa perasaan kasih sayang tidak boleh dibahagikan sama rata.

Namun, sebagai suami seboleh-bolehnya mestilah pandai memainkan peranan supaya jangan ada di kalangan isteri yang tersinggung lantaran sikap suami yang pilih kasih.


Pernah berlaku dalam rumah tangga Rasulullah SAW, suatu hari isteri-isteri Baginda datang menemui Baginda, Aishah yang mewakili mereka terus bertanya, “Wahai Rasulullah, di antara isteri-isteri Rasulullah, yang manakah paling Rasulullah sayangi? Rasulullah tersenyum mendengar pertanyaan itu. Baginda tidak terus menjawabnya. Bahkan Baginda menyuruh semua isterinya pulang dulu dan berjanji akan memberikan jawapannya kemudian.


Selepas itu, seperti biasa Rasulullah SAW bermalam di rumah isteri-isteri Baginda mengikut giliran dan sebelum Baginda meninggalkan rumah isterinya, setiap seorang dihadiahkan cincin dan berpesan supaya tidak memberitahu hal itu kepada isteri yang lain.


Kemudian Rasulullah SAW menyuruh isteri-isteri Baginda berkumpul kerana Baginda hendak memberi jawapan kepada persoalan dikemukakan. Rasulullah SAW berkata, “Isteri yang paling disayangi ialah mereka yang diberi cincin kepadanya.” Maka tersenyumlah isteri-isteri Rasulullah kerana setiap seorang menyangka bahawa dia saja yang menerima cincin itu.


Rasulullah SAW adalah bapa penyayang. Acap kali apabila Baginda melihat Fatimah masuk ke rumahnya, Baginda terus menyambut dan berdiri, kemudian mencium kepala dan tangan.


Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW apakah sebab Baginda amat sayang kepada Fatimah. Baginda menegaskan, “Wahai Aisyah, jika engkau tahu apa yang aku ketahui mengenai Fatimah nescaya engkau akan mencintainya seperti aku mencintainya. Fatimah adalah darah dagingku. Ia tumpah darahku. Sesiapa yang membencinya, maka ia membenciku, dan sesiapa yang membahagiakannya, maka ia telah membahagiakanku.”


Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW mengatakan bahawa Fatimah adalah orang yang paling mirip dengan Rasulullah dalam ucapan dan fikirannya. Selaku anak, Fatimah mencintai ayahandanya lebih daripada cintanya kepada sesiapa pun.


Selepas ibunya Khadijah meninggal dunia, dia yang baru berusia enam tahun yang merawat Rasulullah SAW. Beliau sentiasa berusaha menggantikan peranan ibunya.


Justeru, Rasulullah memanggilnya dengan jolokan Ummu Abiha, iaitu ibu bagi ayahnya, kerana kasih sayang dan pengorbanan mulia yang dicurahkan kepada ayahandanya.


Memiliki sebuah keluarga harmoni memerlukan ikatan yang mesra bukan saja dengan anak dan isteri, malah menantu juga. Demikianlah ditunjukkan Rasulullah SAW. Contoh paling baik ialah melalui kehidupan Ali sebagai menantu Baginda.


Ali sebagai menantu Rasulullah SAW turut sama menyingsing lengan membantu Fatimah menggiling tepung di dapur. Usaha sekecil itu, di celah kesibukan sudah cukup bermakna dalam mengambil hati seorang isteri yang saban hari bertungkus-lumus menguruskan rumah tangga.


Bukan Sayidina Ali tidak mahu menyediakan pembantu untuk isterinya itu, namun beliau tidak mampu berbuat demikian. Fatimah amat memahami keadaan suaminya dan beliau sentiasa berusaha membahagiakan suaminya.


Contoh kasih sayang datuk terhadap cucunya boleh dilihat daripada cara Baginda SAW melayani kedua-dua cucu kesayangan iaitu Hassan dan Hussin, anak Siti Fatimah dan suaminya Saidina Ali.


Rasulullah SAW bukan saja sentiasa membelai dan mencium kedua cucunya itu, malah apabila cucu Baginda menghampiri Baginda, Baginda terus mendukungnya. Baginda juga apabila keluar rumah, selalu membawa cucunya bersama.


Baginda selalu meriba mereka. Pernah ketika Baginda sedang sujud dalam solat, cucu Baginda duduk di atas belakang Baginda sehinggakan Baginda sujud agak lama. Baginda juga selalu bermain kuda-kuda dengan cucunya.

Kisah Abu Lahap Musuh Besar Nabi SAW



Abu Lahap adalah musuh utama Nabi saw semasa baginda mula menyampaikan ajaran Islam. Pelbagai aniaya dan kejahatan telah dilakukan oleh Abu Lahab keatas Nabi saw dan sesiapa yang mengikuti ajaran Islam. Abu Lahap sungguh-sungguh bermusuhan dengan Nabi saw sehingga berusaha agar Nabi saw dibunuh.

Firman Allah, “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka). Dan (begitu pula isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.” (Al-Lahab: 1 – 5).

Abu Lahap adalah bapa saudara Nabi saw. Nama sebenar Abu Lahap ialah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib. Abu Lahab adalah abang kepada ayahanda Nabi saw, Abdullah bin Abdul Mutalib.


Diriwayatkan bahwa Abbas bin Abdul Mutalib bermimpi bertemu Abu Lahab dan Abbas bertanya padanya, “bagaimana keadaan mu?”, Abu Lahab menjawab, “aku sedang disiksa, tetapi pada setiap hari isnin siksaan ke atas aku diringankan kerana pada hari kelahiran Muhammad saw., aku telah membebaskan hambaku Tsuwaibah kerana sangat gembira dengan kelahirannya”. (Sahih Bukhari no.4813)

Manusia yang zalim pun diberi keringanan siksaan kerana pernah gembira dengan kelahiran Nabi saw.

Kisah Mangkuk Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Kisah Wanita Pertama Penghuni Syurga

Suatu hari puteri Nabi SAW. Fatimah Az Zahra ra. bertanya kepada Rasulullah SAW., siapakah wanita pertama yang memasuki syurga setelah Ummahatul Mukminin setelah isteri-isteri Nabi SAW.? Rasulullah bersabda: Dialah Mutiah.

Berhari-hari Fatimah Az Zahra berkeliling kota Madinah untuk mencari tahu kewujudan siapa Mutiah itu dan di mana wanita yang dikatakan oleh Nabi SAW. itu tinggal. Alhamdulillah dari maklumat yang diambil ilmunya, Fatimah mengetahui kewujudan dan tempat tinggal Mutiah di pinggiran kota Madinah.

Atas izin suaminya Ali bin Abi Talib, maka Fatimah Az Zahra dengan mengajak Hasan puteranya untuk bersilaturahmi ke rumah Mutiah pada pagi hari. Sesampainya di rumah Mutiah, maka Fatimah yang sudah tidak sabar akan mengetuk pintu rumah Mutiah dengan mengucapkan salam.

"Assalaamu'alaikum ya ahlil bait." Dari dalam rumah terdengar jawapan seorang wanita, "Wa'alaikassalaam ... siapakah diluar?" Lanjutnya bertanya. Fatimah menjawab, "Saya Fatimah putri Muhammad SAW." Mutiah menjawab, "Alhamdulillah, hari ini rumahku dikunjungi putri Nabi junjungan alam semesta."
Segera Mutiah membuka sedikit pintu rumahnya, dan ketika Mutiah melihat Fatimah membawa putra laki-lakinya yang masih kecil (dalam riwayat masih berumur 5 tahun). Maka Mutiah kembali menutup pintu rumahnya kembali, terkagetlah Fatimah dan bertanyalah putri Nabi SAW kepada Mutiah dari balik pintu.

"Ada apa gerangan wahai Mutiah? Kenapa engkau menutup kembali pintu rumahmu? Apakah engkau tidak mengizinkan aku untuk melawat dan bersilaturahim kepadamu? "

Mutiah dari balik pintu rumahnya menjawab, "Wahai putri Nabi, bukannya aku tidak mahu menerimamu di rumahku. Akan tetapi keberadaanmu bersama dengan anak laki-lakimu Hasan, yang menurut ajaran Rasulullah tidak membenarkan seorang isteri untuk memasukkan laki-laki ke rumahnya ketika suaminya tidak ada di rumah dan tanpa izin suaminya. Walaupun anakmu Hasan masih kecil, tetapi aku belum meminta izin kepada suami dan suami saat ini tidak berada di rumah. Kembalilah besok biar aku nanti meminta izin terlebih dahulu kepada suamiku. "

Tersentaklah Fatimah Az-Zahra mendengar kata-kata wanita mulia ini, bahawa hujah Mutiah memang benar seperti yang diajarkan ayahnya Rasulullah SAW. Akhirnya Fatimah pulang dengan hati yang bergejolak dan merancang akan kembali esok hari.

Pada hari berikutnya ketika Fatimah akan berangkat ke rumah Mutiah, Husein adik Hasan rewel tidak mahu ditinggal dan merengek minta ikut ibunya. Hingga akhirnya Fatimah mengajak kedua-dua anak lelakinya Hasan dan Husein. Dengan berfikir bahawa Mutiah sudah meminta izin kepada suaminya atas keberadaannya dengan membawa Hasan, sehingga kalau dia membawa Husein sekaligus maka hal itu sudah termasuk permit yang diberikan kepada Hasan kerana Husein berusia lebih kecil dan adik dari Hasan.

Namun ketika berada di depan rumah Mutiah, maka kejadian pada hari pertama berulang kembali. Mutiah mengatakan bahawa keizinan yang diberikan oleh suaminya hanya untuk Hasan, akan tetapi untuk Husein Mutiah belum meminta izin suaminya.

Semakin galau hati Fatimah, memikirkan begitu mulianya wanita ini menjunjung tinggi ajaran Rasulullah SAW. dan begitu tunduk dan tawaddu 'kepada suaminya.

Pada hari yang ketiga, kembali Fatimah bersama kedua-dua anaknya datang ke rumah Mutiah pada petang hari. Namun kembali Fatimah mendapati kejadian yang menakjubkan, dia terkagum. Mutiah didapati sedang berdandan sangat rapi dan menggunakan pakaian terbaik yang dipunyai dengan bau yang harum, sehingga Mutiah kelihatan sangat mempesona.

Dalam keadaan seperti itu, Mutiah berkata kepada Fatimah bahawa suaminya sebentar lagi akan pulang kerja dan dia sedang bersiap-siap menyambutnya. Subhanallah, kita merindukan isteri yang demikian. Iaitu ketika suami pulang kerja dia berusaha menyambutnya dengan keadaan sudah mandi, sudah berdandan, sudah memakai pakaian yang bagus, dan siap menyambut kedatangan suami di halaman rumah dengan senyuman terindah penuh kasih dan sayang. Ya Allah, jadikanlah isteri-isteri kami seperti Mutiah.

Akhirnya Fatimah pulang kembali dengan kekaguman yang tak terperi kepada Mutiah. Dan pada hari yang keempat, Fatimah datang kembali ke rumah Mutiah lebih petang dan berharap bahawa suaminya sudah berada di rumah atau sudah pulang dari kerja. Dan Alhamdulillah memang pada saat Fatimah datang, suami Mutiah baru saja sampai di rumah pulang dari kerja.

Fatimah dan kedua-dua anaknya Hasan dan Husein dipersilahkan masuk oleh Mutiah dan suaminya ke rumahnya. Fatimah melihat sebuah pemandangan yang jauh lebih mengesankan berbanding dengan yang dihadapinya sejak hari pertama. Mutiah sudah menyiapkan baju ganti yang bersih untuk suaminya, sambil menuntun suaminya ke bilik mandi. Mutiah kelihatan mula melepaskan baju suaminya, dan mereka berdua hilang masuk ke bilik bilik mandi. Dan yang dilakukan oleh Mutiah adalah memandikan suaminya. Subhanallah ... Tsumma Subhanallah.

Selesai memandikan suaminya, Fatimah menyaksikan Mutiah memimpin suaminya menuju ke tempat makan. Dan suaminya sudah disiapkan makanan dan minuman yang dimasaknya seharian. Sebelum memakan makanan yang sudah disiapkan, Mutiah masuk ke dalam rumah dan keluar dengan membawa cambuk sepanjang 2 meter dan diberikan kepada suaminya dengan berkata.

"Wahai suamiku, seharian aku telah membuat makanan dan minuman yang ada didepanmu. Sekiranya engkau tidak menyukai dan tidak berkenan atas masakan yang aku buat, maka cambuklah diriku. "

Tanpa bertanya apa-apa, Fatimah sudah memahami apa yang dikatakan oleh ayahnya Rasulullah SAW. tentang wanita pertama penghuni syurga setelah para isteri Nabi iaitu Mutiah.

Fatimah pulang menangis haru dan bahagia kerana sudah mendapat jawapan bagaimana isteri yang solehah. Seperti yang ada pada diri Mutiah, yang mendapatkan kehormatan sebagai wanita yang paling dahulu masuk syurga Allah SWT. Sumber islampos.com
 

Gambar Al-Quran Terbesar Di Dunia...


Sebuah Al-Quran telah berjaya dihasilkan di ibu Kota Afghanistan. Apa yang menariknya, Al-Quran yang dihasilkan tersebut merupakan ciptaan dikataan paling terbesar di dunia.

Sebuah kitab suci Al-Quran yang dikatakan terbesar di dunia telah berjaya dihasilkan di ibu kota Afghanistan, Kabul dengan kerjasama Syarikat Reverra Ltd. (Italy). Ia seberat 1,102 paun dan mempunyai 218 muka surat kain serta kertas yang terikat di dalam penutup kulit yang diperbuat daripada 21 ekor kambing. Ia dibiayai Alhaj Sayed Mansoor Naderi. Al-Quran tersebut menggabungkan skrip emas dengan berjuta-juta titik kecil yang berwarna-warni, yang membentuk hiasan sangat simbolik di sekitar muka surat gergasi itu.

Seperti yang kita ketahui, Al-Quran merupakan mukjizat terbesar yang diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad SAW melalui perantara Malaikat Jibrail. Al-Quran merupakan panduan hidup semua umat di atas muka bumi ini. Mari kita lihat gambar menarik naskah Al-Quran yang terbesar di dunia ini. Jom!
P-- Kagum kan? Belum pasti akan matlamat dan niat sebenar Al-Quran terbesar ini dihasilkan. Tetapi, harapnya bukanlah sekadar untuk bermegah-megah, mengejar rasa bangga dan  hanya untuk pameran sahaja. Wallahua’lam.. Semoga kecintaan kita kepada Al-Quran sentiasa bertambah. Melayukini.net

Hiburan yang hakiki adalah berhibur dengan Allah



Kalau seseorang itu terlalu banyak hiburannya, menunjukkan hiburannya di luar hatinya bukan di dalam hatinya. Hiburan yang sejati adalah hiburan yang di dalam hati. Hiburan di dalam hati itu ialah mengingati Allah.

Berhibur adalah tidak menjadi kesalahan, tetapi yang salahnya apabila salah dalam memilih hiburan hingga melupakan Allah dan RasulNya, lalai dari mengingati Allah dan tidak mengamalkan ajaran Islam yang  sebenarnya serta tidak mengikuti Sunnah Baginda Rasul SAW. Hiburan yang hakiki adalah berhibur dengan Allah Tuhan Yang Maha Penghibur.

Mari kita lihat bagaimana Tuhan itu Maha Penghibur. Sebagai contoh:
- Perkara biasa yang selalu kita tempuh tetapi kita tidak sedar, iaitu menyedut udara. Udara itu udara Tuhan. Kalau tidak ada udara, kita akan mati. Ertinya, dapat menyedut udara itu satu hiburan. Ia menghiburkan tapi kita tidak sedar. Kalau Tuhan cabut udara itu, kita terseksa bahkan kita mati. Ertinya kita tidak terhibur.

- Bumi yang kita pijak adalah ciptaan Tuhan. Bila mendongak ke langit biru; itu langit Tuhan; ia menghiburkan mata. Melihat pemandangan hijau dan indah, pergi ke pasar mencari lauk, ikan, daging, sayur-sayuran dan lain-lain, ini semua menghiburkan. Tapi kita tidak perasan dan tidak pernah kita ceritakan. Kita hanya pandang bersahaja.

- Bila kita bekerja menggunakan tenaga, kita jadi letih dan perlu rehat. Tuhan bagi kita rasa mengantuk. Kalau kita tidak mengantuk walaupun cuba tidur, kita tidak boleh tidur. Ertinya mengantuk itu menghiburkan. Bila tidur, ia dapat menyegarkan badan. Badan kita pun segar kembali. Itu hiburan dari Tuhan.

- Bertemu dengan manusia, kita dapat meluahkan perasaan dan dapat berkongsi rasa. Dia juga meluahkan perasaannya kepada kita. Apabila dapat meluahkan perasaan, lega rasanya. Itu pun hiburan dari Tuhan. Tuhan menghiburkan kita setiap masa.

- Apabila kita membuat sesuatu perkara yang baik, kita disuruh menyebut nama Tuhan. Tuhan suruh kita sebut:

Bismillahirrahmanirrahim (dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang).
Tuhan pilih dua nama-Nya dari 99 nama Allah, iaitu Ar Rahman dan Ar Rahim.
Dengan Ar Rahman, Tuhan beri kita segala macam nikmat.
Dengan Ar Rahim, Tuhan beri kita segala macam rahmat.

Cara itu Tuhan menghibur kita. Ertinya Tuhan kenalkan diri-Nya, ‘Akulah penghibur.’ Tuhan tidak suruh kita sebut: Bismillahijabbarulqahhar (dengan nama Allah yang Maha Gagah lagi Maha Perkasa). Selama ini kita tidak perasan dan kita tidak sedar.

Kita hanya tahu kalau sebut Bismillahirrahmanirrahim, kita dapat fadhilat. Kita tidak diajar bahawa Tuhan itu penghibur agung. Kita diajar fadhilat saja.

- Tuhan buat siang dan malam. Kejadian siang malam itu hiburan dari Tuhan. Kalau malam saja, ia menyusahkan kita. Demikian pula kalau siang saja. Siang untuk keperluan kerja. Malam untuk berehat iaitu dengan tidur. Bila bangun pagi, badan segar kembali dan penuh dengan tenaga yang baru. Tidak terhiburkah kita?

Kita tidak pernah diajar tauhid seperti ini. Tuhan itu penghibur agung, tidak ada penghibur seagung Tuhan. Sebab itulah Allah datangkan syariat, seolah-olah Tuhan berkata, “Kalau Aku menciptakan kamu, Aku adalah penghibur agung kamu. Sebab itu Aku buat syariat sebagai peraturan dan sistem hidup buat menghiburkan kamu.”

SYARIAT:  HIBURAN DARI TUHAN
Tuhan adalah penghibur agung. Didatangkan syariat itu sebagai hiburan kedua. Tetapi ramai manusia menganggap syariat itu menekan dan menyusahkan. Mereka kata syariat itu menghilangkan kebebasan.

Bagaimana syariat itu merupakan hiburan dari Tuhan? Antaranya ialah:
- Syariat mengajarkan kita bahawa kalau orang bersalah, kita maafkan. Tidak terhiburkah? Padahal kalau tidak dimaafkan, betapa sakit perasaan orang itu.

- Tuhan kata jiran mesti dijaga walaupun kafir, perlu dibuat macam keluarga sendiri. Tidak terhiburkah?

- Bila berkawan, mesti setia. Tidak terhiburkah?
- Bila ada orang menentang kita dalam berdakwah, kita doakan dia. Tidak terhiburkah?
Cuba baca sejarah orang yang paling kuat berjuang seperti para rasul yang tidak ada tandingannya. Baca sejarah Nabi Adam, Nabi Idris, Nabi Musa, Nabi Nuh, Nabi Daud. Mereka tidak pernah bunuh orang, kecuali Nabi Musa a.s. yang telah membunuh seorang lelaki Qibti sebelum baginda dilantik menjadi nabi. Itu pun secara tidak sengaja.

Rasulullah SAW menyertai peperangan sebanyak 27 kali tetapi tidak sekali pun membunuh orang, padahal peluang ada. Walaupun ada peluang, Rasulullah memilih untuk maafkan. Tidak terhiburkah hati orang?

- Tuhan datangkan Rasulullah untuk menghiburkan manusia. Baginda sangat berlemah lembut dengan musuh-musuhnya. Kalau mereka tidak mahu masuk Islam, Rasulullah biarkan dengan harapan satu hari nanti anak cucunya masuk Islam. Tidak terhiburkah?

Kenapakah sesetengah ulama atau pejuang-pejuang Islam hari ini bila mengajak untuk berjihad, mereka hendak bunuh orang? Hendak tembak dan bom orang. Dari mana mereka belajar? Para rasul tidak ada yang berbuat begitu. Akibatnya orang kafir takut dengan Islam dan pejuang Islam malah orang Islam pun jadi takut.

Jadi Tuhan minta kepada manusia untuk menghiburkan orang dengan mencontohi Tuhan sendiri yang Maha Penghibur. Tuhan juga datangkan orang-orang-Nya yang berjuang untuk menghiburkan manusia. Walaupun mereka susah, yang penting orang terhibur. Bagi orang-orang Tuhan seperti ini, kesusahan itu sendiri satu hiburan kepada mereka.

Kisah Diselamatkan oleh Malaikat Kerana Takut Berdosa




Daripada Usamah bin Zaid ra bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “ Aku tidak akan meninggalkan suatu fitnah yang paling bahaya sesudahku nanti kecuali fitnah yang dihadapi kaum 
lelaki dari sebab kaum wanita .” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dikalangan Bani Israil di zaman dahulu, ada seorang lelaki yang sangat tekun dan rajin mengerjakan ibadah. Ia mempunyai wajah yang kacak dan segak hingga ramailah wanita yang tertawan dengan ketampanannya. Namun rasa takutnya kepada Allah SWT menjadi pendinding utama dapat mengawalnya daripada berfoya-foya.

 Suatu masa, ketika sedang menjaja tas keranjang daun kurma buatannya sendiri, ia sampai di hadapan istana raja. Kebetulan salah seorang daripada dayang istana itu ternampak lelaki tersebut dan terpesona dengan ketampanannya. Dayang itu kemudiannya bercerita mengenai lelaki itu kepada permaisuri raja. Permaisuri begitu tertarik lalu timbul niat jahat di hatinya.

“Suruh orang muda itu masuk menghadap,” titahnya kepada dayang tersebut.
Apabila lelaki itu berada di hadapannya, permaisuri menyerahkan sepasang persalinan pakaian diraja dan berkata, “Letakkan semua tas keranjangmu itu dan pakailah pakaian ini.”
Kemudian permaisuri itu menyuruh dayangnya mengambil minyak wangi untuk dipakaikan kepada lelaki tersebut.

Tanpa mengesyaki apa-apa, lelaki itu melakukan segala suruhan permaisuri. Lalu permaisuri itu pun berkata, “Orang muda! Kamu jangan khuatir. Beta akan memenuhi segala keperluanmu asalkan kamu bersedia memenuhi nafsuku.”
Sebaik sahaja terdengar kata-kata yang tidak disangka-sangkanya itu, gementarlah lelaki itu lalu berkata, “Aku tidak akan melakukan perbuatan terkutuk itu!”

Permaisuri cuba juga memujuk lelaki itu berkali-kali, tetapi gagal mempengaruhinya. Akhimya dengan perasaan marah, ia berkata, “Baiklah! Kalau kamu enggan memenuhi hajatku, kamu tidak boleh keluar dari sini.” Kemudian permaisuri mengarahkan dayang-dayangnya menutup semua pintu dan tingkap istana.

Setelah semua jalan keluar ditutup,lelaki itu bertanya, ” Wahai permaisuri! Bolehkah bawakan saya ke tempat yang paling tinggi dalam istana.”
Dengan harapan hajatnya akan dipenuhi, permaisuri itu pun membenarkan lelaki itu naik ke menara istana.

Apabila telah berada di puncak istana, lelaki itu berkata kepada dirinya sendiri, “Wahai jiwa! Selama 70 tahun kamu beramal mencari keredhaan Allah, Tuhan yang Maha Pemurah, apakah kamu akan merosakkannya dalam beberapa saat semata-mata untuk memenuhi keinginan nafsu dan syaitan? Demi Allah! Kau mengkhianati dirimu sendiri jika engkau tunduk kepadanya!”
Dalam keadaan malu dan, takut untuk melakukan maksiat kepada Allah, lelaki itu pun terjun dan menara yang tinggi itu.

Lalu Allah SWT yang Maha Pemurah dan Pengasih itu pun berfirman: “Wahai Jibril! Hamba-Ku itu terjun lantaran takut kepada kemurkaan-Ku dan kedosaan. Hamparkan sayapmu untuk menyambutnya, jangan sampai ia binasa!”

Begitulah kisah yang boleh menjadi teladan kepada kita perihal seorang yang takutkan Allah hingga begitu takut melakukan dosa, maka Allah selamatkannya dari terlibat dengan dosa. Banyak Hadis Nabi menyebut tentang fitnah wanita antaranya:
Imam Muslim dalam shahihnya meriwayatkan sebuah hadis daripada Ibn Al-Zubair , bahawasanya Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “ Sesungguhnya wanita itu , ketika datang dari depan , dia datang dalam bentuk syaitan dan ketika pergi (membelakang tubuhnya) dia memperlihatkan bentuk syaitan pula .

Oleh sebab itu , jika salah seorang dari kamu melihat seorang wanita yang menarik perhatian , maka hendaklah segera mendapatkan isterinya , dengan itu dapat menolak (nafsu) yang ada di dalamnya .”
Syaitan itu membuat wanita kelihatan indah pada pandangan sebahagian besar orang yang melihatnya , agar mereka semakin banyak menimbulkan dosa-dosa dan orang warak akan melihat hal-hal yang diharamkan Allah swt

Imam Muslim juga meriwayatkan dalam shahihnya ,daripada Abu Said Al-khudri bahawa Rasulullah saw bersabda , maksudnya : “Hendaklah kalian takut terhadap (Godaan) dunia dan takutlah kalian terhadap (godaan) wanita .”

Ibnu Abbas mengatakan , “Tidak ada dalam kalangan orang terdahulu yang menjadi kafir , kecuali gara-gara wanita dan orang yang terkemudian pun kafir gara-gara wanita(juga) .”
Said Ibnu Al-Musayyab berkata ,” Setiap kali syaitan berputus asa menganggu seseorang ,maka ia akan melancarkan ganguannya melalui wanita .”
Marilah kita hayati Puisi di bawah ini tentang dosa untuk diambil pengajaran dan iktibar.

Nama Sahabat Yang Telah Dijamin Syurga



Sahabat nabi merupakan antara orang yang dijamin masuk syurga kerana keikhlasan mereka dalam memperjuangkan agama Islam bersama-sama baginda. Ketahui siapakah sahabat nabi yang dimaksudkan itu. 

Sahabat nabi merupakan orang yang hidup sezaman nabi dan pernah berjumpa dengan nabi. Di bawah ini terdapat seramai 10 orang sahabat yang telah dijamin oleh Allah SWT masuk ke dalamsyurga. Jaminan ini adalah disebabkan perngorbanan ikhlas mereka dalam memperjuangkan agama serta membantu nabi dalam menyampaikah dakwah kepada orang kafir. Berikut ini10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).

1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan lelaki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran.

(Surah At-Taubah ayat ke-40)
Sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.

2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada waktu kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

P-- Bagaimana dengan kita hari ini? Kita hidup sebagai umat akhir zaman yang penuh dengan segala kemewahan, berbanding pada zaman dahulu penuh dengan kekurangan. Tetapi mereka tidak menjadikan kekurangan itu sebagai satu penghalang dalam menegakkan agama Islam. Melayukini.net