Showing posts with label EKONOMI. Show all posts
Showing posts with label EKONOMI. Show all posts

Ijazah Palsu Popular Dimalaysia Untuk Dapat Pekerjaan?


PETALING JAYA – Dengan pasaran pekerjaan menjadi begitu kompetitif pada hari ini, kebanyakan pemohon menggunakan sijil diploma dan ijazah palsu selain berbohong untuk mendapatkan pekerjaan.

Sebuah syarikat khusus dalam pemeriksaan pra-pekerjaan mengesan purata lima permohonan dengan ijazah atau sijil palsu setiap minggu.

Manakala sebuah firma penyiasatan penipuan mendapati kira-kira 10% hingga 15% permohonan yang diteliti menggunakan kelayakan palsu, sebahagian daripadanya dikeluarkan oleh universiti yang tidak wujud.

Pengarah Urusan Verity Intelligence Sdn Bhd, Mark Leow Boon Kuan berkata, kebanyakan dokumen dipalsukan dengan bijak dan boleh memperdayakan sesiapa saja.

“Kira-kira 2,000 permohonan yang kami teliti setiap bulan, 20 daripadanya ditemui menggunakan ijazah dan sijil palsu. Kami berjaya mengesan 130 dokumen palsu setakat ini untuk tahun ini.

“Sebilangan besar kes melibatkan diploma dan ijazah palsu tetapi kami turut menemui sarjana dan PhD palsu. Kebanyakan pemalsuan itu dilakukan sendiri oleh pemohon,” katanya.

Leow teringat kes seorang lelaki yang memalsukan Sijil Pelajaran Malaysianya (SPM).

“Ia amat lucu kerana di dalam sijilnya menyatakan dia dari sekolah perempuan,” katanya.

Leow juga berkata, kira-kira 50% pemohon menipu mengenai sesuatu perkara dalam resume mereka.

Presiden Persatuan Pemeriksa Penipuan Bertauliah Malaysia, Akhbar Satar turut mendapati pemohon pekerjaan menipu dalam resume mereka mengenai kelayakan, pengalaman kerja dan gaji terdahulu.

Beberapa majikan menggunakan pengesan penipuan untuk memeriksa pekerja yang berpotensi dan pada masa mengesan pemalsuan di kalangan kakitangan sedia ada.

Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, beberapa kes penipuan telah dibongkar apabila pekerja tersebut gagal mempamerkan kemahiran berdasarkan kelayakan sepatutnya.

Beliau berkata, pemeriksaan ijazah perlu melibatkan proses saringan lebih besar merangkumi rujukan daripada majikan terdahulu.

Sementara itu, Ketua MyStarJob.com Serm Teck Choon berkata, syarikat tersebut sedang memantau situasi itu dengan lebih dekat walaupun belum menerima sebarang aduan daripada majikan yang berdaftar dengan mereka.

“Kita menyedari isu ini dan akan bekerjasama lebih dekat dengan majikan. Kami turut mengkaji pendekatan jangka panjang untuk mengatasi isu ini,” katanya.

Pengurus Negara JobStreet Malaysia, Chook Yuh Yng berkata, syarikat tersebut sedang bekerjasama dengan beberapa universiti untuk mengatasi masalah pemalsuan ijazah dan mengesahkan kelayakan pemohon pekerjaan.

Seorang pengurus jabatan sumber manusia di sebuah syarikat berkaitan kerajaan terkemuka berkata, amalan standard adalah untuk merujuk ijazah dengan kolej swasta dan universiti antarabangsa dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menjamin ketulenannya. -MStar
Unknown BERITA, EKONOMI, JENAYAH

Wang RM Baru Dilengkapi Teknologi Terkini...




KUALA LUMPUR: Wang kertas siri baru, yang akan berada dalam edaran mulai Isnin, dilengkapi dengan teknologi wang kertas terkini untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan, kata Bank Negara hari ini.

Teknologi baru itu akan termasuk imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini. Bertema “Keunikan Malaysia”, wang kertas terbaru itu diinspirasikan daripada kepelbagaian budaya, warisan dan alam semulajadi negara, katanya.

Bank itu berkata, mereka yang cacat penglihatan juga boleh menggunakan ciri-ciri spesifik seperti pengenalan sentuhan untuk mengenalpasti dan membezakan denominasi berlainan.

Siri wang kertas baru itu adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.
Wang kertas RM20 diperkenalkan semula dalam siri baru ini dan substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

“Wang RM50 yang digunakan sekarang telah dikeluarkan semenjak Disember 2007 dan akan kekal dalam edaran,” katanya.

Bank Negara menggesa pihak berkaitan untuk mempercepatkan penentukuran mesin mereka untuk menerima wang kertas siri baharu ini untuk kemudahan orang ramai.
Wang kertas siri baharu ini akan berada dalam edaran bersama-sama wang kertas sedia ada yang kekal sah. – BERNAMA

Islam haramkan CUKAI..?

Kerajaan sasar kutipan cukai RM97 bilion tahun ini - LHDN

SEREMBAN 21 Jun – Kerajaan menyasarkan kutipan cukai yang disemak semula sebanyak RM97 bilion pada tahun ini berbanding sasaran awal RM91 bilion, kata Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Abdul Aziz Hashim.

Katanya, sasaran baharu itu disemak semula oleh Kementerian Kewangan. "Sasaran ini, bagaimana pun tidak tetap, yang bergantung dengan keadaan ekonomi semasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Operasi Mesra Hasil peringkat nasional di sini hari ini. Kutipan setakat ini menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan, katanya, sambil menyatakan kutipan cukai pada tahun lepas ialah RM86 bilion. Selain itu, katanya, sebanyak 320 kes bilangan notis tuntutan tunggakan hasil yang melibatkan jumlah tunggakan lebih RM10 juta. Daripada bilangan itu, menurutnya, 250 kes melibatkan individu dengan tunggakan hasil RM6 juta, manakala 70 kes melibatkan syarikat, dengan tunggakan RM4 juta. – Bernama

Sumber : Utusan Online, 21/06/2011


Cukai Haram Di sisi Islam
Cukai..oh cukai. Buat negara kapitalis seperti Malaysia, ia merupakan nadi bagi kerajaan. Negara sering berdalih dengan mengatakan, hanya dengan cukailah negara akan ada pendapatan dan dengan pendapatan daripada cukai itulah negara dapat dibangunkan dan kebajikan rakyat dapat dijaga. Apakah ini benar di sisi Islam? Bukankah Rasulullah telah mencela pengutip cukai dengan celaan yang amat keras seperti sabdanya :

“Sesungguhnya tidak akan masuk syurga orang yang memungut cukai (mukus)” (HR Ahmad, Abu Daud & Hakim)
“Sesungguhnya pemungut cukai itu berada dalam neraka” (HR Ahmad)

Hadis ini dengan jelas menyatakan keharaman memungut cukai sebagai pendapatan negara, malah ia juga menyatakan bahawa pemungut cukai seperti pemerintah kapitalis sekarang ini bakal dicampakkan ke dalam neraka! Nauzubillahu min dzalik! Islam telah menetapkan bahawa adalah haram bagi pemerintah untuk mengutip cukai, baik ia berupa cukai pendapatan, harta, perniagaan dan lain- lain yang nyata merupakan satu aktiviti memeras keringat yang telah dikeluarkan oleh rakyat. Dalam Islam, telah digariskan beberapa sumber pendapatan negara seperti Ghanimah, Fai’, Kharaj, ‘Usyur, Khumus, Rikaz, Jizyah dan lain-lain. Sumber- sumber ini sekiranya di uruskan dengan penuh amanah, insyaAllah ia akan memberi kesejahteraan kepada seluruh umat. Ini belum dikira lagi dengan kepemilikan umum seperti petroleum serta galian yang amat banyak di perut bumi negeri umat Islam, yang hasilnya akan dikembalikan kepada umat bagai memastikan kesejahteraannya.

Dalam keadaan umat semakin tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, taraf kesihatan yang semakin menurun, kes-kes jenayah yang semakin membimbangkan, kerajaan pula berasa amat bangga dengan kutipan cukai yang semakin bertambah saban tahun. Apa yang diperlukan oleh rakyat adalah jaminan atas kebajikan dan keperluan mereka oleh negara, berlandaskan peraturan yang telah diturunkan oleh Allah, bukannya disogok dengan berita jumlah kutipan cukai yang bertambah saban tahun! Hakikatnya, berita seperti ini adalah gambaran bertambahnya jumlah rompakan usaha dan keringat rakyat oleh para pemerintah kapitalis! Wallahu a’lam.
Sumber | anwarsuran.com

Gambar Basikal Yang Tidak Mempunyai Rantai


Seorang pereka dari Italian Design House yang dikenali sebagai Albeto Del Biondi telah mencipta satu reka bentuk basikal yang unik. Basikal ini digerakkan tanpa menggunakan rantai. 

Rasanya belum pernah ada lagi basikal yang dijual tidak menggunakan rantai. Rata-rata masih lagi menggunakan rantai. Kini terdapat sebuah basikal tanpa rantai yang telah direka oleh Italian design house, Albeto Del Biondi. Ia bukanlah teknologi terbaru,tetapi disebabkan ia kurang praktikal berbanding basikal berantai, ia kurang mendapat perhatian. Apa-apa pun, basikal di bawah ni tetap cool! Boleh lihat gambar di bawah ini.
P -- Memang jelas nampak kreatif reka bentuk basikal ini. Uniknya ia tidak menggunakan rantai. Namun nyata ia tidak praktikal kerana secara normalnya kita mengayuh di bahagian tengah dan menggunakan rantai. Mungkin ada cara lain untuk basikal ini dikomersialkan.Melayukini.net

Koleksi Gambar Proton Preve Sapphire...

Proton Preve Sapphire Dipamerkan

Proton Preve adalah kereta keluaran Proton yang paling baik sekali. Baru-baru ni, Proton telah memberi gimik dengan memperkenalkanProton Preve Sapphire yang dilengkapkan dengan bodykit sporty.Sportrim bersaiz 18 inci jenama Lenso digunakan bersama brek Lotus. Bagi menyerlahkan Proton Preve Sapphire, warna gun-metal matte digunakan bersama bumbung hitam berkilat. BagaimanapunProton Preve Sapphire ini masih belum dilancarkan secara rasmi dan harga juga tidak diketahui, sama-sama kita nantikan. Jom kita tengok gambar Proton Preve Sapphire baru di bawah ini~melayukini.net



.
Pesal buat nama susah-susah nak sebut?Sapphire,xder nama melayu pulak tu..kalau nak kata nama english..pun x sedap langsung.
Unknown BERITA, EKONOMI, ISU UMUM

Tahukah Seramai 5,983 Pegawai Awam Disiasat Kes Rasuah..?


KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bagi tempoh 2005 hingga 2011, sejumlah 5,983 pegawai awam sudah disiasat berhubung kes rasuah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, daripada jumlah itu, 816 telah dituduh di mahkamah, 324 disabit kesalahan, manaka 69 dilepas tanpa dibebas dan 298 didapati tidak bersalah.

Sebanyak 20 kes ditarik balik manakala 105 kes lagi masih dalam proses perbicaraan atau rayuan, katanya menjawab soalan Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mengenai jumlah pegawai awam yang disiasat dan keputusannya di sini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dakwaan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki akaun bernilai RM3 bilion, Liew berkata SPRM tidak pilih kasih dalam menyiasat perkara berkaitan rasuah.

“Kalau perlu, akan dituduh. Tetapi yang penting mesti ada bukti yang mencukupi supaya tidak buang masa. SPRM boleh siasat kalau ada aduan, bahan bukti dan isu-isu yang mereka rasa perlu disiasat.

“Bagi kes melibatkan pegawai awam, kadang-kadang hanya melibatkan pelanggaran peraturan dan hanya perlu diambil tindakan tatatertib. Semua pihak kena faham yang SPRM perlu ada bukti kukuh untuk tuduh orang di mahkamah,” katanya. – BERNAMA
Unknown BERITA, EKONOMI, JENAYAH

Gambar Proton Evolusi G –Berbentuk macam Lamborghini

TAGS : AUTOMOTIF, GAMBAR KERETA PRORON LAMBORGHINI, GAMBAR PROTON EVOLUSI, GAMBAR PROTON EVOLUSI LAMBORGHINI, KERETA PROTON LAMBORGHINI, KERETE PROTON YANG DIUBAHSUAI, KOS KERETA, MEREPEK AYAM, MODEL PROTON EVOLUSI G, PROTON, REKA BENTUK PRORON EVOLUSI G, REKAAN PROTON LAMBORGHINI, SUPER CAR LAMBORGHINI, UBAHSUAI MODEL GEN2

Seperti yang kita sedia maklum, pihak proton baru sahaja mengeluarkan kereta terbarunya iaitu Proton Preve. Kini terdapat lagi sebuah kereta tetapi bukan untuk dipasarkan. Kereta ini dikenali sebagai Proton Evolusi G yang mana rekaannyaberbentuk seperti kereta Lamborghini. Dikatakan kereta ini juga diubah suai dari model Proton Gen-2 dan menelan kos sebanyak RM8000 sahaja. Memang menarik dan kreatif. Seperti super car lamborghini. 

Jom lihat lagi gambar Proton Evolusi G di bawah:

Unknown BERITA, EKONOMI

7 Nombor Plat Kereta Yang Termahal Di Dunia...

adakah orang kaya suka membazir? cuba anda perhatikan barangan yang mereka gunakan berjuta-juta, kalau perkara itu mustahak takpe juga kan? apa pula pandangan anda?





Terbaru!! Mata wang Euro akan Hancur dalam Beberapa Bulan lagi?


Sepanyol telah memberi amaran bahawa jika pemimpin Eropah gagal untuk menunjukkan pasaran dalam beberapa minggu dimana euro harus dipertahankan dengan semua bayaran, maka mata wang perseorangan zon euro akan hancur.

Sumber terdekat dengan kerajaan Sepanyol mengatakan pada hari Rabu (6/6) lalu bahawa pertemuan terpenting di Brussels pada akhir bulan harus mencari penyelesaian dengan persetujuan untuk mendirikan perbankan zon euro dan kesatuan pendapatan negara, tanpa perjanjian itu euro akan hancur dalam masa beberapa bulan .

Eropah dilanda krisis kewangan yang serius pada tahun 2008 dan keadaan ini semakin meningkat dalam beberapa bulan terakhir.

Akibat daripada krisis kewangan dunia, ekonomi Sepanyol mengalami kemelesetan pada separuh kedua tahun 2008, mengakibatkan berjuta-juta pekerja menganggur.
Krisis hutang zon euro semakin buruk dengan peningkatan kos pembiayaan Sepanyol dan bertambah kebimbangan bahawa negara itu mungkin perlu mencari pertolongan Kesatuan Eropah, seperti Greece.

Sebelum pada hari itu, George Soros, pelabur jutawan AS, menyatakan, Eropah hanya mempunyai tiga bulan untuk menyelamatkan euro.

"Dalam penilaian saya, penguasa [Eropah] mempunyai tiga bulan di mana mereka boleh memperbaiki kesalahan mereka dan membalikkan keadaan ketika ini," katanya.

Soros menambah bahawa krisis kewangan zon euro akan mencapai kemuncak pada musim luruh tahun ini, ketika ini ekonomi Jerman juga akan menurun sehingga Canselor Jerman Angela Merkel "akan menjadi lebih sukar dari hari ini untuk memujuk orang awam Jerman bagi menerima Eropah sebagai tambahan tanggung jawabnya."
Unknown BERITA, EKONOMI

Gaji Baru Sektor Swasta RM800 - RM900 Sebulan

PUTRAJAYA: Gaji bulanan minimum bagi pekerja sektor swasta di Semenanjung ditetapkan pada RM900 dan RM800 bagi Sarawak, Sabah dan Labuan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin.

Ia meliputi pekerja dalam semua sektor ekonomi kecuali mereka yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan domestik, seperti pembantu rumah dan tukang kebun.

Ia berfungsi kepada RM4.33 sejam bagi para pekerja di Semenanjung manakala pekerja di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dibayar minimum RM3.85 sejam.

Akhirnya, terdapat hanya satu gaji minimum bagi negara ini, katanya, sambil menambah bahawa gaji minimum akan dikaji semula dari semasa ke semasa selaras dengan produktiviti negara, kemampuan dan daya saing.

Gaji minimum yang dijangkakan banyak pihak telah diumumkan oleh Najib pada perhimpunan khas dengan ribuan pekerja sektor swasta di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, malam Isnin.

“Ini merupakan hadiah khas daripada Kerajaan Persekutuan kepada pekerja seluruh negara yang dicintai," katanya.

Kadar gaji minimum itu akan berkuat kuasa enam bulan dari tarikh Perintah Gaji Minima diwartakan.

Bagaimanapun, katanya, tarikh efektif bagi syarikat kecil atau perusahaan mikro dilanjutkan selama enam bulan lagi bagi memberi mereka ruang dan peluang untuk membuat persediaan supaya perniagaan mereka tidak akan terjejas.

Najib berkata, tempoh 12 bulan tidak meliputi firma profesional seperti klinik pergigian dan perubatan, perundangan, arkitek dan perunding.

Beliau berkata, walaupun mereka mempunyai lima orang pekerja atau kurang, mereka dikehendaki melaksanakan gaji minimum dalam tempoh enam bulan selepas Perintah itu diwartakan.

Beliau menambah, tempoh yang diberikan itu adalah mencukupi untuk majikan menstruktur semula gaji dan operasi perniagaan mereka.

"Kerajaan menyediakan satu mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya mereka yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh merayu untuk ditangguhkan.

"Kami juga menyediakan satu mekanisme di mana beberapa elaun atau bayaran tunai tetap dibenarkan untuk diserap dalam pengiraan bagi gaji minimum.

"Ini adalah untuk memastikan bahawa pelaksanaannya tidak membebankan majikan dan tidak akan kehilangan pekerja," katanya.

Sementara itu, Najib berkata, Kerajaan menyedari pekerja menuntut gaji minimum antara RM1,200 dan RM1,500, namun ia tidak dapat dilaksanakan.

Berdasarkan syor Majlis Perundingan Gaji Kebangsaan dan kajian Bank Dunia, gaji minimum tidak boleh ditetapkan terlalu tinggi.

"Jika ia melepasi paras RM900 (gaji pokok), ia akan menjejaskan ekonomi, pasaran buruh dan kemasukan pekerja asing.

"Jika ia berlaku, industri tidak boleh beroperasi dengan sewajarnya dan ramai akan kehilangan kerja mereka dan Kerajaan tidak mahu membiarkan perkara ini berlaku kerana ia akan menjejaskan kebajikan pekerja dan kepentingan negara," katanya.

Selepas beberapa siri perbincangan, satu keputusan telah dicapai oleh Majlis itu bahawa gaji minimum akan ditetapkan berdasarkan keperluan asas keluarga pekerja, keupayaan majikan untuk membayar gaji, produktiviti, peningkatan dalam kos sara hidup dan keadaan pasaran buruh.

Beliau berkata, Majlis mengemukakan syornya dan Kerajaan bersetuju dengan pelarasan.

Najib juga menjelaskan perbezaan kadar gaji minimum antara Semenanjung dan Sarawak, Sabah dan Labuan adalah disebabkan perubahan dalam struktur gaji dan kos yang ketara di kawasan itu.

Bagaimanapun, Kerajaan berharap dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang, gaji minimum untuk Sabah, Sarawak dan Labuan boleh diselaraskan dengan Semenanjung.

- mStar
Unknown EKONOMI

PENDAHULUAN ( ekonomi )


Sejak manusia bergaul atau bermu’amalah, timbullah suatu masalah yang harus diselesaikan bersama-sama; bagaimana caranya memenuhi kebutuhan hidup masing-masing. Kebutuhan seseorang tidak mungkin dapat dipenuhi sendiri tanpa hubungan dengan yang lainnya. Semakin luas pergaulan, semakin bertambah pula ketergantungannya satu sama lain untuk memenuhi kebutuhan itu.

Peribahasa Yunani mengatakan, bahwa manusia itu makhluk yang suka bergaul atau zoon politikon. Peribahasa itu menggambarkan bagaimana eratnya hubungan antara sesamanya dalam memenuhi kebutuhan hidupnya.

Kebutuhan manusia itu, bukan hanya untuk kepentingan pribadi atau individual, tetapi juga kebutuhan hidup bersama, kebutuhan masyarakat, kebutuhan negara (nasional) dan akhirnya kebutuhan internasional, yang meliputi manusia sedunia. Dengan berkat kemajuan alat-alat transportasi yang mutakhir atau modern, pertukaran barang kebutuhan antara manusia itu berjalan dengan sangat cepat, yang tidak pernah dapat digambarkan oleh otak manusia sebelumnya. Kebutuhan hidup manusia, memenuhi, menghasilkan dan membagi-bagikannya, adalah dinamakan ‘ekonomi’. Perubahan besar yang sangat meggoncangkan dunia telah berlaku dalam ekonomi, sejak terjadinya revolusi industri di Eropa, yang diikuti oleh revolusi teknik dalam abad yang silam. Jarak perjalanan ratusan ribu mil yang dahulu dijalani berbulan-bulan lamanya untuk kepentingan transportasi, sekarang dapat ditempuh dalam beberapa hari saja.

Zainal Abidin Ahmad mengutip dari apa yang digambarkan oleh Emery Revers dalam “Anatomy of Peace” tentang dahsyatnya perubahan besar dalam dunia angkutan sebagai berikut :

“Sejak permulaan sejarah tertulis, selama ribuan tahun, perhubungan adalah mempergunakan hewan. Pada waktu revolusi Amerika dan Perancis, pengangkutan hampir tidak lebih cepat dari pengangkutan dizaman Pharao, pada zaman Budha dan lain sebagainya. Setelah melalui zaman ribuan tahun dengan tidak mengalami perubahan, perubahan itu berubah dalam satu abad yang singkat saja dari tenaga hewan atau binatang menjadi tenaga stroom dan listrik, automobil dengan alat pembakar sendiri, dan pesawat terbang jet dengan kecepatan ratusan mil dalam satu jam".

Sesudah ribuan tahun manusia hidup dalam kampung halaman yang primitif, dimana semua orang hampir tidak ada kecualinya, memeras tenaga sekuat tenaga untuk menghasilkan makanan, pakaian dan perumahan yang sederhana, hanya untuk memenuhi kebutuhan hidup semata-mata. Selama waktu kurang dari satu abad, penduduk dari hampir seluruh dunia Barat telah menjadi pemakai dari hasil produksi barang-barang dagangan. Perubahan yang diciptakan oleh industrialisasi, adalah demikian revolusioner, sehingga agak sulit membandingkan dalam sejarah kebudayaan yang maju sebelumnya. Didalam suatu hadits yang panjang lebar diceritakannya, telah diriwayatkan dari Anas Ibn Malik sebagai berikut :
أن رجلا من الأنصار أتى النبى صلى الله عليه وسلم يسأله فقال: أما فى بيتك شئ؟ قال بلى حلس نلبس بعضه ونبسط بعصه وقعب نشرب فيه من الماء قال: ائتنى بهما، فأخذهما رسول الله صلى الله عليه وسلم بيده وقال من يشترى هذين؟ قال رجل أنا اخذهما بدرهم قال من يزيد على درهم؟ مرتين او ثلاثا قال رجل أنا اخذهما بدرهمين بأعطاهما إياه وأخذ الدرهمين وأعطاهما الأنصارى وقال اشتر بأحدهما طعاما فانبذه ألى أهلك واشتر بالأخر قدوما فأتنىبه فشدفيه رسول الله صلى الله عليه وسلم عودا بيده ثم قال له اذهب فاحتطب وبع ولا أرينك خمسة عشر يوما فذهب الرجل يحتطب ويبيع، فجاء وقد اصاب عشرة دراهم، فاشترى ببعضها ثوبا وببعضها طعاما فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم هذا خيرلك من أن تجئ المسئلة نكتة فى وجهك يوم القيامة. ان المسئلة لاتصلح الا لثلاثة لذى فقر مدقع اولذى غرم مفظع اولذى دم موجع. (رواه ابو داود).
Seorang laki-laki Anshar datang menghadap Nabi SAW. Maka Nabi SAW bertanya: Apakah engkau tidak memiliki sesuatu di rumahmu?”. Laki-laki menjawab : Ada yang aku miliki, yaitu sebuah permadani, sebagian kami pakai dan sebagiannya kami gunakan untuk tempat duduk, dan aku juga memiliki sebuah bejana yang kami gunakan tempat minum. Nabi bersabda, Bawalah kedua barang itu ke sini. Laki-laki itu pun mengambil kedua barang itu dan membawanya ke hadapan Nabi. Lalu Nabi mengambilnya, seraya bersabda: Siapakah diantara kalian yang bersedia membeli kedua barang itu? Salah seorang sahabat menjawab: Akulah yang akan membeli keduanya satu dirham. Nabi bersabda lagi berulang-ulang sampai dua tiga kali: Siapakah yang berani membeli keduanya dengan dua dirham? seorang sahabat menjawab: Akulah yang akan membelinya dua dirham. Kemudian Nabi SAW menyerahkan kedua barang itu dengan dan mengambil pembayarannya dua dirham. Lalu Nabi memberi tuntunan: Belanjakanlah uang ini, satu dirham untuk membeli makanan kemudian bawalah kepada keluargamu, dan satu dirham lagi kamu gunakan untuk membeli kapak, kemudian bawalah ke sini. Kemudian Nabi SAW menggunakan kapak itu untuk membelah kayu dengan tangannya sendiri, lalu ia bersabda kepada laki-laki itu: Pergilah engkau mencari kayu dan juallah kayu itu. Dan sungguh saya tidak akan bertemu denganmu selama lima belas hari. Berangkatlah laki-laki Anshar itu mencari kayu dan menjualnya. Beberapa hari kemudian ia datang kepada Nabi SAW dan telah mendapat uang sebanyak sepuluh dirham. Ia gunakan sebagian uang itu untuk membeli pakaian dan sebagian lagi untuk membeli makanan. Kemudian Nabi SAW bersabda: Usaha semacam ini lebih baik bagimu daripada datang ke sana-sini meminta-minta, yang akan menjadikan noda hitam pada wajahmu di hari kiamat. Sesungguhnya kerja meminta-minta tidaklah diperbolehkan, kecuali pada tiga saat yang genting: pada saat kemiskinan (kelaparan) yang bersangatan, pada saat utang yang sangat memberatkan, atau pada pembayaran denda yang menyedihkan. (Hadits riwayat Abu Daud).

Terhadap hadits yang telah dipaparkan di atas, Yusuf Qardhawi, memberi komentar sebagai berikut : “Di dalam hadits yang amat jelas itu dapat diperoleh bahwa Nabi Muhammad SAW, sebagai kepala negara dan agama, tidaklah ia memberikan harta negara dari baitul mal kepada laki-laki dari Anshar yang datang meminta-minta kepadanya bagi orang yang badannya kuat untuk bekerja dan berusaha. Manusia tidak diperbolehkan demikian, kecuali bila segala jalan atau usaha sudah sempit baginya dalam hidupnya, segala usahanya sudah tertutup. Dalam hal ini pihak penguasa (Nabi Muhammad SAW), membantunya dengan memberi kesempatan untuk mencari usaha yang halal dan membuka pintu untuk bekerja di hadapannya”. Hadits tersebut melakukan beberapa langkah maju, langkah-langkah dimana agama Islam mendahului segala sistem-sistem (ekonomi) yang belum dikenal oleh kemanusiaan, kecuali sesudah berabad-abad yang panjang kemudiannya, sesudah munculnya agama Islam. Nabi Muhammad SAW telah membimbing tangan orang yang meminta-minta itu supaya mencoba menyelesaikan sendiri sejumlah persoalan kesulitan hidupnya dan menunjukkannya suatu jalan yang amat baik.

Diajarkannya kepada shahabat Anshor itu supaya menggunakan segala kemampuannya walaupun betapa kecilnya dan mempertaruhkan segala yang ia miliki yang ada pada dirinya, meskipun sesuatu yang dimiliki itu jumlahnya kecil sekali. Dengan demikian ia tidak melakukan meminta-minta, selama ia masih memiliki kemampuan untuk memanfaatkan sesuatu demi pekerjaan yang akan membantu meringankan kebutuhan hidupnya. Nabi Muhammad SAW mengajarkan bahwa segala pekerjaan untuk mencari nafkah atau rizki yang halal, adalah ‘amal yang mulia dan terhormat, meskipun dengan memotong kayu dan mencari kayu api untuk dijualnya, sekedar menghin-darkan kejatuhan air mukanya karena hidup meminta-minta (mengemis). Ditunjukkan kepadanya suatu pekerjaan yang sesuai untuknya, kesanggupan dan keadaan tempat, dan dibekalinya dengan alat untuk bekerja yang ditunjukkannya itu, sehingga orang itu tidak ditinggalkan dalam keadaan keheranan dan keragu-raguan. Nabi Muhammad SAW memberinya waktu selama 15 hari untuk menggunakan kesempatan yang cukup untuk memenuhi kebutuhan hidupnya yang akhirnya: apakah ia tetap dalam pekerjaannya, ataukah ia mencari usaha yang lainnya. Sesudah memberikan penjelasan yang “praktis” untuk menyelesaikan persoalannya, diberinya pula pelajaran yang “teoritis” didalam bahasa yang singkat tetapi berisi, untuk melarang dan mencegahnya dari hidup meminta-minta atau mengemis. Kemudian ia menegaskan batas-batas atau waktu-waktu yang diperbolehkan untuk meminta bantuan yaitu karena pembayaran denda yang menyedihkan, utang yang melilit pinggang atau kemiskinan yang bersangatan.

Zainal Abidin Ahmad mengemukakan bahwa agama ialah mu’amalah, yang mengatur perhubungan manusia di dalam segala kebutuhannya, baik yang bersifat perorangan, berbangsa, beragama, maupun sebagai manusia internasional. Manusia tidak terlepas dari pergaulan dan dari mu’amalah, karena itu agama Islam, adalah membawa suatu tuntunan dan sistem mu’amalah yang mengatur dengan rapi akan pergaulan di dalam segala kebutuhan mereka. Maka jelaslah, bahwa titik berat dari ajaran Islam diletakkan di dalam soal mu’amalah. Disamping ajarannya yang pokok tentang ‘keimanan’ dan ‘ibadat’ kepada Tuhan, maka ajarannya tentang mu’amalah untuk mengatur hubungan sesama manusia, termasuk masalah yang sangat penting. Ukuran iman seorang muslim bukanlah cukup dengan ibadatnya saja, tetapi juga masalah mu’amalah, masalah sosial dan ekonomi dijadikan pula oleh Nabi Muhammad SAW sebagai ukuran yang sangat tepat bagi iman dan tidaknya seorang muslim
Unknown EKONOMI