Bagaimana cara bayar kifarat Puasa?

SEBELUM berkahwin dengan isteri, saya pernah berzina dengannya beberapa kali pada waktu siang bulan Ramadan.
Kini kami sudah bertaubat. Bagaimanakah kiraan kifarat ke atas saya jika saya tidak mampu berpuasa untuk tempoh yang lama itu?
HAMBA ALLAH,
Kuala Lumpur
 


PERSETUBUHAN pada siang hari pada bulan Ramadan termasuk dalam perkara merosak dan membatalkan puasa. Puasa yang terbatal wajib diganti dan dibayar kaffarah.

Kaffarah puasa ada tiga peringkat iaitu (1) memerdekakan hamba mukmin sama ada lelaki atau perempuan, sekiranya tidak mampu, (2) hendak�lah berpuasa dua bulan berturut-turut dan sekira�nya mampu, (3) hendaklah memberi makan kepada 60 fakir atau memberi mereka 60 cupak makanan asasi yang boleh dijadikan fitrah seperti beras atau gandum.

Sekiranya ketiga-tiga itu tidak mampu dilaksanakan, kaffarah masih perlu ditunaikan apabila dia berkuasa melakukan�nya tanpa pengecualian.

Dalam keadaan tertentu, hanya diwajibkan ganti tanpa kifarat apabila: (1) Orang yang bersetubuh memasukkan kemaluan dalam faraj belum sampai had yang ditentukan, (2) Yang disetubuhi (perempuan), (3) Bersetubuh dalam keadaan lupa dan (4) Berkeadaan jahil ketika itu mengenai terbatalnya puasa dengan kelakuan itu..Hmetro
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERDOSA / FIQAH / tahukah anda dengan judul Bagaimana cara bayar kifarat Puasa?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/08/bagaimana-cara-bayar-kifarat-puasa.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Bagaimana cara bayar kifarat Puasa?"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.