Buah Delima ada Banyak Khasiat

Buah Delima terkenal dengan nama 'superfruit' mengandungi antioksidan yang tinggi,terdiri dari asid ellagik yang baik untuk melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian menunjukan buah delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk. Kajian keatas tikus makmal juga membuktikan delima mampu merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat. Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima mampu menstabilkan aras PSA.

Pengambilan buah delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras kolesterol jahat dan meningkatkan aras kolesterol baik. Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.

Kajian juga menunjukan buah delima boleh mencegah penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer setelah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan.

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi. Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak daripada rosak selepas tercedera.

Penceritaan Buah Delima di dalam Al Quran

Di antara potongan ayat yang terdapat di dalam al quran seperti berikut:,
"Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima," [Surah al Rahman ayat 68].

Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Sudah tentu jawapannya buah delima mempunyai pelbagai khasiat. Sumber
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori INFO / tahukah anda dengan judul Buah Delima ada Banyak Khasiat. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/07/buah-delima-ada-banyak-khasiat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Hafiz Muslim -

Belum ada komentar untuk "Buah Delima ada Banyak Khasiat"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.