GEORGETOWN - Sekumpulan lima orang perompak bertopeng melarikan wang tunai dan barangan kemas berharga lebih RM200,000 dalam masa 15 minit dari sebuah rumah yang didiami lima sekeluarga di Batu Ferringhi di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, pada kejadian jam 4 pagi itu, lima lelaki dipercayai warga Indonesia memecah masuk rumah teres dua tingkat di Mount Pleasure, Changkat Ria ketika penghuninya nyenyak tidur.
"Perompak terbabit memecah masuk rumah itu dari pintu belakang dan salah seorang anggota keluarga dalam rumah itu yang terdengar bunyi bising kemudiannya turun melihat apa yang berlaku," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, perompak itu terus menahan anggota keluarga berkenaan dan mengikatnya sebelum mengejutkan empat lagi anggota keluarga lain yang sedang tidur dalam bilik masing-masing.
Beliau berkata, kesemua anggota keluarga itu dihimpunkan dalam ruang tamu dan diikat dan perompak terbabit melarikan wang tunai, barangan kemas berharga lebih RM200,000.
Kong Meng berkata, mangsa rompakan itu bagaimanapun dapat melepaskan diri dari ikatan kira-kira 20 minit kemudian dan menghubungi polis.
Polis masih belum dapat mengesan identiti suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes menghubungi balai polis berdekatan.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan merompak secara berkumpulan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. - Bernama
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori JENAYAH
dengan judul Sekumpulan Perompak larikan RM200,000 dalam 15 minit. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/sekumpulan-perompak-larikan-rm200000.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Sekumpulan Perompak larikan RM200,000 dalam 15 minit"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.