JOHOR BAHRU – Hasrat seorang gadis yang pertama kali mengikut dua kakaknya mencari pucuk paku bertukar tragedi apabila diserang sekumpulan tiga gajah di Pantai Burong, Mersing kira-kira jam 6.30 petang kelmarin.
Mangsa, Zubedah Ayong, 19, berkata, ketika mencari pucuk paku bersama kakaknya, Rasidah, 30, dan Roslina, 28, mereka terserempak dengan sekumpulan seekor gajah dewasa bersama dua anak.
Menurutnya, mulanya berlari ke arah sungai, tetapi berpatah balik ke arah mereka selepas terlihat ada orang di sungai sehingga menyebabkan mereka tiga beradik terkejut dan melarikan diri.
“Selepas melihat kakak lari saya juga ikut lari, tetapi nasib saya tidak baik tersepak tunggul kayu dan terjatuh sehingga menyebabkan tangan kiri saya sakit.
“Saya fikir dah tak ada harapan untuk hidup kerana melihat sekumpulan gajah berlari ke arah saya yang hanya mampu terduduk kerana tidak berdaya untuk bangun akibat tangan yang terlalu sakit.
“Umur saya masih panjang kerana gajah itu hanya melangkah badan saya\ sambil melibaskan belalainya mengenai pinggul saya di sebelah kanan,” katanya di
Hospital Sultan Ismail di sini, semalam.
Zubedah yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, kejadian pertama kali berlaku itu membuatnya fobia dan serik untuk keluar ke hutan lagi.
Menurutnya, kejadian gajah keluar masuk ke kawasan kampung memang biasa\ terjadi, malah dia sendiri kerap melihat sekumpulan gajah dari jarak jauh.
"Saya tidak pernah mengikut kakak keluar mencari sayur kerana lebih suka duduk di rumah, tetapi macam mana boleh pula hendak mengikut kakak keluar lebih kurang lima hingga 10 minit ke hutan berkenaan.
“Peristiwa itu benar-benar membuatkan saya takut dan serik untuk keluar ke hutan lagi dan rasanya lebih selamat tinggal di rumah sahaja selepas ini,” katanya.
Sementara itu, Roslina berkata, lokasi itu memang selalu menjadi tempatnya bersama Rasidah mencari pucuk paku, tetapi tidak pernah terjadi peristiwa seumpama itu.
Menurutnya, dia hanya mampu menjerit sebaik melihat sekumpulan gajah berkenaan berlari ke arah Zubedah yang telah tersungkur jatuh di belakangnya.
“Selepas melibas Zubedah dengan belalainya, sekumpulan gajah berkenaan meluru ke arah Rasidah, tetapi bernasib baik kerana kakak sempat menyorok.
“Kakak kemudian berlari mendapatkan pertolongan orang kampung dan saya meluru ke arah Rasidah yang separa sedar kerana mengalami kecederaan di tangan kiri dan kaki kanan,” katanya.
Dalam pada itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Muhd Toff Maaroff mengesahkan menerima laporan berkenaan berkata, mangsa yang patah bahu kiri dan pinggul kanan dipercayai akibat dilibas belalai gajah, manakala dua lagi terselamat.
"Beberapa orang kampung yang kebetulan berada di kawasan berkenaan bertindak menyelamatkan mangsa dengan membawa nkeluar dari situ.
"Mangsa sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Mersing dan kemudian dipindahkan ke HSI bagi rawatan lanjut," katanya
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA
dengan judul Tiga Ekor Gajah Serang Gadis. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/tiga-ekor-gajah-serang-gadis.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Tiga Ekor Gajah Serang Gadis"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.