PAKISTAN, seorang bayi malang yang baru dilahirkan, terpaksa berjuang untuk hidup apabila ia dilahirkan dengan keadaan yang ganjil iaitu memiliki enam kaki.
Bayi tersebut dipercayai memiliki seorang lagi kembar siam yang dikatakan gagal membesar dengan sempurna dilihat meninggalkan kaki yang terlekat pada anggota badannya.
Para doktor sedang menilai tahap kesihatan bayi tersebut, yang kini sudah dipindahkan ke Karachi untuk rawatan susulan. Mereka sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan bantuan asing bagi menjalankan pembedahan rumit membuang kaki-kaki tambahan pada bayi malang tersebut.
Ayah bayi tersebut merayu sumbangan orang ramai untuk membiayai rawatan anaknya. Ibunya pula yang juga merupakan sepupu kepada suaminya kini beransur-ansur sembuh dari kesan pembedahan melahirkan bayi berkenaan di rumah keluarganya di Sukkur, sekitar 280 km dari Karachi.
"Pembedahan bayi seperti ini bukanlah suatu tugas yang mudah kerana ia memerlukan penilaian yang betul terlebih dahulu" jelas Dr Jamal Rezza, daripada Institut Kesihatan Kanak-kanak Karachi.
"Kita perlu menilai sama ada bayi ini memiliki kaki milik kembarnya atau bukan. Kita juga perlu menilai berapa banyak organ-organ yang telah berkembang kerana ia kelak akan memberi kesan dan mengurangkan peluangnya untuk hidup."
Keganjilan pada kelahiran bayi ini dikatakan hanya berlaku kurang 1 kejadian daripada sejuta bayi yang dilahirkan.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori ARTIKEL PANAS
dengan judul Ujian ! Bayi dilahirkan dengan enam kaki. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/ujian-bayi-dilahirkan-dengan-enam-kaki.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Ujian ! Bayi dilahirkan dengan enam kaki"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.