Pasangan Hindu & Islam Berkahwin Di Satu Bumbung

NEW DELHI -  Untuk julung kalinya di India, pasangan daripada latar belakang agama dan kehidupan yang berbeza, mengadakan majlis perkahwinan di tempat yang sama di Jaipur, yang lebih dikenali sebagai Pink City.

“Samu Vivah Sammelan” atau majlis perkahwinan beramai-ramai itu, dianjurkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Help People Foundatireon.

“Saya berpendapat, kalaulah orang mengikut trend ini, tak akan ada diskriminasi kerana kasta atau keturunan,” kata pengerusi pertubuhan itu Afreen Ritu Rajwat dalam kenyataan di sini.

Kenyataan itu menyebut bahawa ramai selebriti Bollywood, termasuk Devshi Khanduri (heroin filem Chargesheet)dan penyanyi-pemuzik Anup Jalota, menghadiri majlis berkenaan serta meraikan pasangan pengantin baharu yang menyertainya. – Bernama
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA dengan judul Pasangan Hindu & Islam Berkahwin Di Satu Bumbung. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/pasangan-hindu-islam-berkahwin-di-satu.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Pasangan Hindu & Islam Berkahwin Di Satu Bumbung"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.