Ketahuilah bahwa wirid-wirid dan zikir-zikir yang warid dan ibadat-ibadat yang ddibuat pada waktu malam dan siang itu, adalah sunnat yang dituntut bagi orang yang tidak mempunyai kerja lain selain beribadat. Orang itu kiranya bukan kerjanya beribadat dia tiada mempunyai kerja lain dan menganggur manakala semua waktunya terbuang sia-sia saja.
Adapun orang alim yang boleh memberikan manfaat kepada orang ramai dengan ilmunya seperti memberikan fatwa agama atau mengajar atau mengarang buku-buku, maka susunan wirid-wiridnya adalah berlainan dengan susunan wirid seorang abid atau orang yang kerjanya beribadat sepanjang masa. Orang alim itu memerlukan banyak masa lain untuk bermutalaah buku-buku dan memerlukan masa juga untuk mengarang buk-buku yang berfaedah. Kerja-kerja semacam ini tentulah memakan masa yang banyak. Oleh itu kalau semua masanya habis dalam kerja-kerja serupa itu, maka yang demikian itu aadlah lebih utama sesudah dikerjakan semua sembahyang-sembahyang yang fardhu dan sunnat-sunnatnya. Perkara ini telah saya sebutkan di dalam Kitab Ilmu Pengetahuan, mengenai keutamaan pelajaran dan pengajaran kerana dengan ilmu sajalah seseorang itu dapat mengamalkan zikir kepada Allah dengan sunguh-sunguh. Cubalah perhatikan apa yang difirmankan oleh Allah atau yang disabdakan oleh Rasulullah niscaya kita akan mendapati berbagai faedah dan manfaat bagi manusia yang boleh membimbingnya ke jalan akhirat.
Betapa tidak terkadang-kadang satu masalah saja yang dipelajari oleh seseorang pelajar boleh memberi manfaat untuk beribadat seumur hidupnya. Andaikata tiada dipelajari, tentulah segala amalannya itu akan menjadi sia-sia dan tidak berguna.
Adapun orang awam dan para penuntut maka hadirnya mereka di dalam majlis-majlis ilmu pengetahuan dan muhadharah-muhadharah agama adalah lebih utama daripada kerja berwirid semata-mata. Begitu juga dengan pekerja-pekerja yang memerlukan sara hidup untuk anak isteri maka tidak wajarlah baginya untuk menghabiskan semua masa kerana beribadat dan berwirid saja. Bahkan wiridnya dalam waktu bekerja itu ialah menghadirkan diri untuk bekerja di pasar-pasar ataupun mencari sara hiddup yang wajib, tetapi dalam pada itu janganlah sampai ia melupakan tuhan dan melupakan zikir kepadaNya di waktu pekerjaan dan mencari sara hidup itu.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Zikir dan Doa
dengan judul Wirid untuk orang beribadat semata-mata. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/03/wirid-untuk-orang-beribadat-semata-mata.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Wirid untuk orang beribadat semata-mata"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.