Berikutan beberapa email yang kita terima bertanyakan “bagaimana blog boleh menjana pendapatan”, “bagaimana buat duit dengan blog”, terdetik untuk kita menulis di blog sekadar berkongsi ilmu kita yang sedikit ini. Secara ringkasnya, terdapat beberapa cara untuk kita mendapatkan wang dari blog. Antaranya :-
1. Buat duit dengan meletakkan iklan di blog.
Kaedah ini amat popular dilakukan kebanyakan blogger. Jumlah pengunjung yang tinggi menjadikan blog popular dan mudah di cari. Trafik yang banyak dan konsisten di blog merupakan kelebihan dengan menggunakannya untuk meletakkan iklan. Pelbagai saiz dan susun atur iklan boleh diletakkan seperti banner, skycraper, icon kecil mahupun iklan teks.
2. Buat duit dengan Google Adsense.
Kita boleh mendaftar akaun Google Adsense dengan mendaftar di sini. Setelah mendaftar, pihak google akan mengesahkan akaun google adsense dan setelah itu kita boleh masukkan iklan yang telah google sediakan. Kita cuma pilih saiz dan jenis iklan yang mahu kita letakkan di blog kita. Apabila pengunjung klik pada iklan tersebut, kita akan dapat wang mengikut harga iklan yang di klik oleh pelanggan.
3. Menjual blog berpotensi
Apabila blog kita sudah ada pengunjung dan pengikut blog yang ramai, kita boleh menjual blog dengan harga yang kita tetapkan. Jika kita merasakan blog kita itu berpotensi untuk dimajukan tetapi kita tidak dapat menguruskannya lagi, ini merupakan langkah yang baik. Kita boleh memindahkan kandungan blog serta domain yang kita daftarkan kepada pembeli setelah harga dipersetujui kedua-dua belah pihak. Memiliki blog .com sendiri juga memberi kita kelebihan apabila menjualnya kerana kita dapat menawarkan harga yang lebih tinggi.
4. Menyertai program affiliate
Program affiliate samada dari Malaysia atau luar negara memberi pulangan lumayan apabila ada pengunjung membelinya daripada link kita. Kod affiliate atau banner kita boleh letakkan di blog dan pengunjung yang membeli dari link kita, kita akan dapat komisen. Contoh program affiliate yang kita jalankan adalah Affiliate Video Buat Blog. Pendaftaran affiliate juga mudah dan kita boleh letakkan banner di blog dengan mudah.
5. Membuat review berbayar
Blog boleh menjadi tempat yang sesuai untuk membuat review kerana pengunjung internet mencari maklumat di internet. Katakan ada pengunjung yang ingin membeli kamera tetapi ingin mendapatkan gambaran atau pandangan pengguna yang telah menggunakannya. Mereka akan mencari maklumat di Google dengan menaip keyword seperti “camera review” atau “review kodak latest camera” dan macam-macam lagi keyword. Bagi kita, ini merupakan peluang buat duit dengan membuat review berbayar. Pihak pengiklan akan membayar bagi setiap review yang kita akan buat.
6. Menjual produk sendiri
Bagi blogger yang sudah pun mempunyai produk sendiri, lebih mudah untuk kita promosi di blog. Kita boleh masukkan gambar produk, membina borang pesanan, contact form, facebook dan sebagainya di dalam blog yang kita bina itu nanti. Pengunjung boleh membuat bayaran samada melalui perbankan internet ataupun deposit ke mesin ATM. Mereka boleh mengisi borang pesanan di web setelah bayaran di buat dan kita dapat semak pesanan samada di blog ataupun melalui email.
7. Buat duit dengan servis
Kita dapat menawarkan servis yang tawarkan di blog. Servis merupakan cara yang mudah untuk kita buat duit dengan kos yang amat minimum. Pelbagai servis kita boleh buat bergantung kepada kepakaran kita. Perkhidmatan servis yang baik juga menambahkan pelanggan kita dan juga mungkin menambah “repeated customer” yang berpuas hati dengan servis kita. sumber: http://panduan.teknikblog.com/
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Tutorial BLOG
dengan judul ini 7 Cara Buat Duit dengan Blog Sendiri. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/03/ini-7-cara-buat-duit-dengan-blog.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "ini 7 Cara Buat Duit dengan Blog Sendiri"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.