Adakah Daki dikira najis ?


SAYA ingin mengetahui cara mandi wajib dengan lebih lanjut. Adakah daki di seluruh badan perlu dibersihkan dahulu sebelum memulakan mandi wajib?
MAN,
Pulau Pinang

DAKI adalah kotoran yang melekat pada anggota badan, pakaian dan lain-lain.
Bagaimanapun, ia masih suci kerana tidak terkena najis. Ia kotoran bukan berasal daripada najis dan masih dianggap suci walaupun nampak tidak bersih. Jika kita membersihkan dan menghilangkan daki dan segala kotoran, itu dikira sunat dalam menjaga kebersihan.

Begitu juga dalam mandi wajib dan wuduk. Terdapat tiga peringkat dalam mandi wajib iaitu (1) berniat (2) menghi�langkan najis di badan sama ada najis aini
(yang boleh dilihat) atau hukmi (tidak nampak zatnya tetapi kesan atau bekas saja) dan (3) menyampaikan air ke seluruh badan termasuk bulu dan celah lipatan kulit badan.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori FIQAH / INFO dengan judul Adakah Daki dikira najis ?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/08/adakah-daki-dikira-najis.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

1 Komentar untuk "Adakah Daki dikira najis ?"

  1. Apakah boleh mandi majib tanpa menggosok badan, tapi menggunaka sabun mandi saja?

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.