GAMBAR rakaman video menunjukkan lokasi letupan bom yang menyebabkan Massoud maut di Teheran baru-baru ini
Sudah berkurangan dan gugurnya seorang lagi pakar fizik Islam Iran, Profesor Massoud Ali-Mohammadi. Amerika sebenarnya tidak pernah kenal erti putus asa. Pelbagai cara samada secara halus mahupun kasar akan digunakan bagi merealisasikan impian dan tujuan kotor mereka. Jikalau dilihat modus operandi yang dibuat, memang terbukti ejen asing terlibat sama dalam konspirasi pembunuhan ke atas pakar nuklear Iran, Profesor Massoud Ali-Mohammadi.
TEHERAN – Pakar nuklear Iran, Profesor Massoud Ali-Mohammadi maut dalam satu serangan bom yang diletupkan dengan menggunakan alat kawalan jauh, lapor media rasmi negara Islam berkenaan. Stesen penyiaran IRIB mendakwa pembunuhan Massoud iaitu saintis fizik neutron Universiti Teheran didalangi ejen-ejen Amerika Syarikat (AS) dan Israel. “Bom yang dipasang oleh ejen-ejen perisikan Zionis dan AS menyebabkan dua buah kereta dan sebuah motosikal rosak teruk manakala dua tingkap kediaman di sekitarnya turut pecah,” menurut laporan IRIB.
Massoud, 50, terbunuh dalam satu serangan bom motosikal pada pagi semalam berhampiran kediamannya di utara Teheran. Stesen televisyen berbahasa Inggeris Press TV menunjukkan imej rakaman kaca tingkap yang pecah dan serpihan lain manakala jenazah mangsa yang berada di dalam sebuah beg mayat diusung keluar dari tempat kejadian. Tiada tangkapan dibuat berhubung pembunuhan Massoud setakat ini.
Pengeboman tersebut berlaku selepas kehilangan seorang saintis Pertubuhan Tenaga Atom Iran, Shahram Amiri pada Jun lepas semasa mengerjakan haji di Mekah. Barat sebelum ini menuduh Iran memajukan program nuklear Iran bagi menghasilkan bom tetapi Teheran menyatakan pembangunan nuklear Iran bertujuan untuk menghasilkan tenaga elektrik. – Reuter
P/S : Teringat dahulu, semasa serangan ke atas Iraq. Bijak pandai Iraq telah dibunuh terlebih dahulu, bagi memudahkan konspirasi Amerika menyusup masuk dan seterus menakluk Iraq.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA
dengan judul Pembunuhan Pakar Nuklear Iran. Konspirasi siapa?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/02/pembunuhan-pakar-nuklear-iran.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Pembunuhan Pakar Nuklear Iran. Konspirasi siapa?"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.