Konflik Israel dan Palestin sering dimaksudkan dengan peperangan di antara Islam dan Yahudi. Namun percayakan anda semua kalau kami kata, terdapat ribuan pemuda islam yang berkhidmat dalam tentera Israel dan bersama-sama menentang musuh Yahudi iaitu Arab?
Sebenarnya, banyak warga Arab Badwi yang beragama islam, selain kristian Arab yang menjadi tentera bagi negara Israel. Malah, di Israel, terdapat tugu pahlawan yang khusus bagi tentera-tentera Israel dari kalangan Arab Badwi yang gugur melawan bangsa Arab.
Dikenali sebagai YAMAS, mereka adalah Skuad Khas Keselamatan Sempadan Israel. Kelebihan mereka adalah mereka ini dapat menyamar sebagai warga Palestin yang selalu memerangi Israel.
Namun, apa sebenarnya yang membuatkan mereka menjadi tentera kepada musuh Islam ini? Pertama sekali, perlu kami jelaskan bahawa orang Islam yang terlibat dalam tentera Israel ini adalah datangnya dari Arab Islam dan Kristian yang berwarganegara Israel.
Dan kewajipan pertama warga Israel adalah untuk membela tanah air mereka, tidak kira apa pun agama yang mereka anuti.
Jadi, ini menjelaskan bahawa kaum minoriti di Israel, yakni dalam meraih untuk mendapat persamaan hak dengan kaum majoriti Yahudi, mereka perlu melaksanakan semua kewajipan utama negara itu dan di antaranya, adalah dengan menjadi anggota tentera.
Walapun mereka sedar bahawa musuh Yahudi itu adalah Islam, mereka terpaksa berbuat demikian oleh kerana ingin mendapatkan dana untuk pelajaran mereka di universiti dan memudahkan mereka mendapatkan kerja di negara itu.
Ini semua adalah kerana Kerajaan Israel sememangnya membantu tentera-tenteranya yang ingin melanjutkan pelajaran dan juga banyak jawatan dalam perusahaan Yahudi itu sendiri mewajibkan pemohon yang ingin memohon kerja menujukkan surat bukti yang mereka pernah menjadi tentera menentang musuh.
Oleh kerana duit, mereka-mereka ini sanggup menggadaikan maruah dan bangsa sebagai orang Islam dan sanggup pula menentang orang Islam sendiri. Israel memang bijak dalam memainkan peranan ini. Berikut di bawah adalah paparan gambar mengenai orang muslim yang menjadi tentera Israel ini.
P.S. Apakah pendapat pembaca mengenai situasi ini?
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA
dengan judul Orang Islam Berkhidmat Dalam Tentera Israel. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/02/orang-islam-berkhidmat-dalam-tentera.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Orang Islam Berkhidmat Dalam Tentera Israel"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.