Showing posts with label Nasihat. Show all posts
Showing posts with label Nasihat. Show all posts

Ajari Anak-anak Dengan Akhlak Islam

Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah  ‘Abdullah bin Abdul Asad anak tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله  (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.

Huraian Hadith: 
  1. Rasulullah mengajar umatnya supaya membaca بسم اللهketika hendak makan, makan dengan tangan kanan dan mendahului mengambil makanan yang dekat.
  2. Islam menitikberatkan peradaban dalam semua aspek dikalangan umat Islam termasuk adab makan dan sebagainya.
  3. Kita berkewajipan mendidik anak-anak dengan adab-adab dan akhlak Islam dengan memberi tunjuk ajar dan teguran apabila mereka melakukan kesilapan.
  4. Para pendidik hendaklah memberi tunjuk ajar kepada golongan muda dan kanak-kanak apabila ada kesempatan yang sesuai kerana pada keadaan begitu tunjuk ajar adalah lebih berkesan.
  5. Hadis ini juga menunjukkan kepatuhan para sahabat kepada tunjuk ajar Nabi SAW sehingga kanak-kanak dikalangan mereka.
Unknown KELEBIHAN, Nasihat

Anak Kita Adalah Perisai Dari Api Neraka

Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.
 
Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
  2. Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
  3. Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
  4. Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan rasulnya.

Kedudukan Seorang Wanita Bernama Ibu


Ahmad Syauqi , seorang pujangga Arab , berkata melalui syair yang ditulisnya , '' Ibu adalah sekolah , apabila dia mempersiapkannya , dia menyiapkan masyarakat yang baik keturunannya . ''

Syair yang sangat singkat ini menunjukkan bahawa seorang ibu mempunyai kedudukan yang sangat mulia dan berpengaruh sangat besar . Ibu adalah pendidik paling utama bagi setiap anak . Selain itu , ibu adalah sosok yang paling dicintai oleh semua orang dan menjadi anutan mereka , serta peribadi yang didapati di hadapan setiap anak pada saat pertama kali matanya terbuka untuk melihat dunia .


Islam telah memberikan mesej melalui Al-Quran tentang kedudukan ibu bapa . Terlebih khusus lagi , adanya penekanan untuk senantiasa berbuat baik kepada ibu . Firman Allah , '' Bersyukurlah kepada - Ku dan kepada kedua ibu bapakmu , hanya kepada - Ku - lah kembalimu . '' ( QS Lukman : 14 ) . Hal ini menunjukkan bahawa keutamaan ibu bapa menduduki tempat kedua selepas keutamaan Allah .


Ayat di atas juga memberikan pengkhususan , agar setiap anak berbakti dan berbuat baik kepada ibunya .


Perintah berbuat baik dan berbakti kepada ibu juga disenaraikan dalam beberapa hadis sahih , di antaranya adalah riwayat dari Abu Hurairah RA , bahawasanya ada seorang anak laki - laki datang kepada Rasulullah SAW . Ia berkata , '' Wahai Rasulullah , siapakah yang paling berhak saya perlakukan dengan baik ? '' Nabi menjawab , '' Ibumu . '' Ia bertanya lagi , '' Kemudian siapa lagi ? '' Nabi menjawab , '' Ibumu . '' Kemudian ia bertanya lagi , '' Kemudian siapa lagi ? '' Nabi menjawab , '' Ibumu . '' ia masih bertanya lagi , '' Kemudian siapa lagi ? '' Nabi menjawab , '' Bapa kamu . '' ( HR Bukhari dan Muslim ) .


Perintah berbuat baik kepada ibu yang diulang hingga tiga kali berturut - turut dalam hadis di atas menunjukkan bahawa ibu mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam pandangan Islam dan mempunyai keutamaan yang sangat besar daripada yang lain . Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW , '' Wahai Rasulullah , siapakah yang lebih besar haknya atas wanita ? '' Nabi menjawab , '' Suaminya . '' Lantas Aisyah bertanya lagi , '' Siapakah yang lebih berhak atas seorang laki - laki ? '' Nabi menjawab , '' Ibunya ? '' ( HR Ahmad ) .


Mesej Ilahiyah di atas sangat jelas sekali bahawa perintah berbuat baik kepada ibu merupakan sebahagian dari mesej umum yang disampaikan oleh Islam , iaitu , agar memperlakukan kaum wanita secara baik . Sosok seorang wanita yang telah menjadi ibu tak kalah pentingnya bila dibandingkan dengan sosok laki - laki yang telah menjadi ayah . Sebab , ibu juga turut bertanggung jawab atas semuanya yang menjadi tanggung jawab ayah , terutama terhadap pendidikan anak - anak yang diasuhnya . Walaupun berat pengaruh seorang ibu dalam mendidik anak , melebihi berat pengaruh seorang ayah .


Oleh kerana itu , Rasulullah SAW memerintahkan kepada para ibu untuk senantiasa memelihara dan mendidik anak - anaknya selama mereka belum memasuki jenjang pernikahan . Wallahu a'lam bissawab

Kepentingan Akhlak Dalam Islam


Dalam Islam kita diajar supaya sentiasa menjadi orang yang berakhlak mulia. Jika kita mempunyai akhlak yang baik nescaya imej peribadi kita akan dipandang tinggi dan secara tidak langsung kita memuliakan Islam.

Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali : “Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya”.

Maka dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya.
Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan
Neraca akhlak yang sebati di dalam diri manusia akan mempengaruhi pertimbangannya dalam menilai sesuatu perbuatan. Oleh itu, kesahihan dalam pertimbangan ini bergantung kepada sejauh mana kesahihan neraca yang dipegangnya.

Akhlak mencerminkan keimanan
Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang sempurna akan memprodukkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang semata-mata bergantung kepada keelokan akarnya. Sabda Rasulullah S.A.W :
“Di kalangan mu’minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya”.
Akhlak sebagai simbol tamadun manusia.

Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. Akhlak adalah sebagai mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa akhlak nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Faktor membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya. Contohnya tamadun barat yang berasaskan oleh ideologi kapitalis dan lain-lain, jatuh satu persatu kerana mengkesampingkan nilai-nilai akhlak.

Akhlak adalah mangkin perubahan
Aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah diambil berat serta diberi pemfokusan yang utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada masyarakat. Ini adalah kerana sebagai mangkin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai “tongkat perubahan”. Ini kerana krisis yang dihadapi oleh dunia adalah merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis ekonomi dan politik.
Begitulah pentingnya akhlak dalam membantu proses perubahan walaupun di saat-saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha perubahan. Seolah-olah akhlaklah yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan ini. Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah, di antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai akhlak di kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.


P--- Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa akhlaklah merupakan sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia. Ini kerana seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan atau anggota tetapi ianya dilihat dari segi perlakuan akhlaknya. Melayukini.net

Jawapan Hukum Sujud Tilawah...


Sekiranya kita sedang membaca al-Quran dan terjumpa dengan ayat sajadah, kita boleh melakukan sujud tilawah. Hukum sujud tilawah adalah sunat muaakad dan boleh dilakukan dalam solat mahupun di luar solat.
Jika ada perasan, dalam mushaf al-Quran Rasm Uthmani akan terdapat satu simbol sujud tilawah berbentuk seperti kubah. Simbol ini banyak terdapat dalam surah-surah Al-Quran antaranya dalam surah As-Sajadah. Sujud tilawah ini adalah sunat mu’akkad, tidak mengapa ditinggalkan. Jika seseorang membaca ayat sajdah, baik dalam mushaf atau dalam hati, di dalam solat atau di luar solat, hendaklah ia sujud.

Sujud tilawah tidaklah wajib dan tidak pula berdosa bila tertinggal, sebab terdapat keterangan bahwa ketika Umar bin Khattab berada di atas mimbar, ia membaca ayat sajdah dalam surat al-Nahl, lalu ia turun dan sujud.

Tetapi pada Jum’at yang lainnya ia tidak sujud walau membaca ayat sajdah. Lantas ia berkata : “Sesungguhnya Allah tidak mewajibkan kita agar bersujud kecuali jika mahu“. Hal ini disampaikan di hadapan para sahabat.

Juga diterangkan bahwa Zaid bin Tsabit membacakan ayat sajdah dalam surat al-Najm di hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam namun ia tidak sujud, tentu Zaid akan disuruh sujud oleh Nabi jika hal itu wajib.

Dengan demikian, sujud tilawah adalah sunnat mu’akkad, iaitu jangan sampai ditinggalkan walau terjadi pada waktu yang dilarang, setelah Fajar umpamanya, atau ba’da Ashar, sebab sujud tilawah, termasuk sujud yang punya sebab, sama halnya dengan shalat tahiyyatul mesjid atau lainnya.

[Disalin dari buku Fatawa Syekh Muhammad Al-Shaleh Al-'Utsaimin, edisi Indonesia 257 Tanya Jawab, Fatwa-Fatwa Al-'Ustaimin, oelh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, terbitan Gema Risalah Pres, hal. 136-137,146-148 dan 158-159 alih bahasa Prof.Drs.KH Masdar Helmy]

P-- - Kebiasaannya imam masjid akan melakukan sujud tilawah/sajadah ketika waktu subuh di hari jumaat. Hal ini kerana mereka akan membacakan surah As-Sajadah pada waktu tersebut. Jika di luar solat pula, ketika membacanya, boleh terus bersujud menghadap kiblat.

Mengukur Keikhlasan dalam Berdakwah



Mendakwahi orang lain agar taat kepada Allah swt , dan memperjuangkan agama Allah swt . agar tegak di atas bumi adalah amalan yang sangat berat . Namun demikian , amalan ini hanya akan berat di sisi Allah swt . jika dilaksanakan dengan cara yang ikhlas .Seorang da'i hendaknya mengukur keikhlasannya dalam berdakwah . Hatinya harus selalu dalam pantauannya . Jangan sampai ada pergeseran orientasi dalam tugas - tugas dakwahnya . Perubahan orientasi dalam berdakwah juga boleh dilihat dan dirasai dalam sikap dan tingkah laku seorang pendakwah . Berikut beberapa soalan yang boleh digunakan seorang pendakwah dalam mengukur ( muhasabah ) apakah dirinya masih ikhlas kepada Allah swt . atau tidak .



             Apakah aku malu dengan amalanku yang jauh dari sempurna ?
             Apakah aku bimbang amalanku diketahui orang lain sehingga boleh membuatnya rosak ?
             Benarkah aku tidak mengharap pujian orang lain dan tidak peduli dengan celaan mereka ?
             Apakah aku tidak menceritakan amalan yang kuperbuat ?
             Sudahkah aku berusaha menutupi amalanku ?
             Benarkah aku tidak peduli dengan peranan saya dalam dakwahku ?
             Sudahkah aku puas dan kecewa kerana Allah , dan bukan demi diriku sendiri ?
             Apakah aku tetap ingin beramal tanpa menghiraukan halangan dan rintangan ?
             Apakah aku turut berbahagia dengan kejayaan temanku dalam berdakwah ?
             Sudahkah aku membantu temanku mencapai kejayaan ?
             Sudahkah aku berjerih - payah dalam melaksanakan tugasku ?
             Sudahkah aku benar - benar dalam dalam berkata dan berbuat ?
             Apakah aku tetap redha kepada Allah swt . saat bahagia dan duka ?
             Sudahkah aku mengakui kebaikan orang lain , dan berterima kasih kepadanya ?
             Sudahkah aku melakukan introspeksi diri , lalu tak pernah puas dengan keadaannya ?
             Sudahkah aku menyebarkan dakwah ini kepada orang lain tanpa memandang siapa dia ?
             Sudahkah aku menghormati ulama dan pendahulu dalam dakwah ini ?
             Sudahkah aku berani menyampaikan dakwahku kepada orang lain , lalu berpegang teguh pada manhajnya ?
             Apakah perilakuku sesuai dengan apa yang kudakwahkan ?
             Benarkah aku tidak mengambil manfaat peribadi dari tugasku berdakwah ?
             Benarkah aku tidak menghiraukan hadiah dan pemberian kerana tugasku di dakwah ?
             Apakah aku telah tawaduk dan tidak sombong diri kepada rakan dakwah yang lain ?
             Benarkah aku tidak mengikuti hawa nafsu dan berambisi mendapatkan kedudukan tertentu ?
             Benarkah aku tidak berbasa - basi yang mengakibatkan merugikan dakwah ?
             Apakah aku berlapang dada dalam menerima nasihat ?
             Benarkah aku tidak pamer , menonjolkan keistimewaanku agar dihormati ?
             Benarkah aku tidak mengada - ada alasan saat kurang sempurna dalam melaksanakan tugas ?
             Benarkah aku tidak keras kepala dengan pendapatku , dan mau mengalah ?
             Sudahkah aku lebih senang dengan amalan yang tidak banyak diketahui orang ?
             Benarkah aku beramal untuk memperjuangkan redha Allah SWT , sehingga panjangnya jalan tidak membuatku malas dan futur ?

Muhasabah ini hendaknya selalu dilakukan , kerana hati sememangnya cepat berubah . Di pagi hari mungkin seseorang masih mukmin , di sore harinya telah berubah menjadi kafir . Seperti disabdakan Rasulullah saw .


Sumber

Semua Orang Mesti Berjaga-jaga dari Syaitan..

semua manusia, termasuk rasul, nabi, ilmuan dan cendekiawan didatangi iblis, dirayu dan mahu disesatkan seboleh-bolehnya... nabi adam a.s. dapat dirayu oleh iblis hingga membuatkannya terkeluar dari syurga... iblis juga memujuk rayu putera nabi adam, qabil sehingga beliau membunuh saudaranya habil...

hati zulaikha juga dimasuki iblis hingga merayu nabi yusuf a.s.... qarun yang kaya-raya juga tewas dengan pujuk rayu iblis hingga membuatkan beliau berasa sombong, tidak mahu mentaati perintah allah sehingga beliau dan kekayaannya ditelan bumi... sehingga hari ini apabila terjumpa harta benda di perut bumi, manusia menggelarkannya harta karun sempena nama qarun... sesungguhnya qarun adalah manusia yang dikutuk dan dihina oleh allah seperti yang diceritakan dalam al quran... oleh itu kita tidak sepatutnya menggunakan nama qarun seperti mengadakan aktiviti mencari harta karun yang dihina oleh allah...

tujuan iblis ialah supaya manusia mengikuti jejaknya, tidak mentaati allah dan melanggar segala perintah-nya sehingga sama-sama memasuki neraka. “dan sesungguhnya neraka jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang menurutmu.” (al-hijr:43)... kelicikan iblis dapat mengaburi manusia jika imannya pudar, luntur dan tidak dibajai dengan mengingati allah... tetapi mereka yang terpedaya dengan iblis semestinya menyesal kemudian hari walaupun pada peringkat awal dibuai keseronokan...

dalam menghadapi orang beribadat misalnya, iblis bertenggek di hati orang terbabit... menyebabkan orang terbabit berasa was-was terhadap ibadat yang dilakukan, malah sama ada sedar atau tidak, setiap pergerakan rukun dipandang remeh sehingga kadangkala tidak begitu sempurna.... bagi suami yang rajin beribadat juga iblis tidak lupa membisikkan tipu dayanya, supaya hanya beribadat tanpa melakukan pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga, anak dan isteri... begitu juga si isteri, dibisikkan supaya sentiasa berasa tidak cukup dengan pemberian suami.... si miskin ditanamkan iblis rasa kebencian dan iri hati kepada orang berharta sehingga berasa tidak yakin dengan keadilan allah.... mereka yang hartawan juga dipengaruhi, kononnya semua harta terbabit adalah diri sendiri yang punya, jadi tidak perlu diagihkan kepada fakir miskin..... pendek kata semua manusia tidak terlepas daripada godaan, pujuk rayu dan pengaruh iblis...

cuma bezanya ialah sesetengah mereka yang kuat iman dapat melepasi godaan itu, manakala yang lemah iman terjerumus ke dalam perangkapnya...

ikuti salah satu kisahnya berikut ini... ketika terjadi banjir besar, allah swt memerintahkan pada nabi nuh a.s. untuk naik ke kapal yang telah dibuatnya, beserta para pengikut setia dan hewan-hewan yang berpasangan... tiba-tiba ia melihat seorang lelaki tua yang tidak dikenal. “untuk apa kamu naik kapal ini?”, tanya nuh a.s.... aku berada disini untuk mempengaruhi para pengikutmu agar hati mereka bersamaku, sementara tubuhnya bersamamu... nuh berkata, “keluarlah kamu dari kapal ini, kamu adalah makhluk terlaknat!”... iblis pun berkata, “baiklah nuh, aku akan turun, tapi aku ingin berkata sesuatu padamu, wahai nuh... ada lima hal yang perlu kau ketahui, namun aku akan memberitahu kamu tiga saja, dan yang dua aku rahsiakan.” lalu allah mewahyukan pada nuh untuk meminta yang dua yang dirahsiakan tersebut. “apa yang dua itu hai iblis?” dua hal yang membinasakan manusia adalah keinginan yang berlebihan (nafsu berlebihan) dan hasad dengki.... karena keinginan yang berlebihan tersebutlah adam dan hawa diusir dari syurga, dan kerana kedengkianlah aku terusir pula dari syurga..".. (hr. abu daud)....

Unknown AQIDAH, Nasihat

Bersedakahlah Barang Yang Baik-baik...

bersedekah adalah amalan soleh, perintah allah dan rosul-nya... sedekah wajib maupun sunnah membersihkan harta dari harta yang sebenarnya bukan hak kita... bersedekah mengajar seorang hamba bahwa hidup didunia ini tidaklah sendirian... bersedekah juga dapat menumbuhkan rasa prihatin, hormat dan saling menyayangi....

dalam bersedekah, terdapat adab dan tata cara, agar apa yang kita berikan itu, berguna dan bermanfaat bagi orang lain, dan juga diterima oleh allah... diantara adab tersebut adalah bersedekah dengan barang yang baik... contohnya, jika kita hendak memberikan makanan kepada orang miskin yang kita temui, hendaklah kita memberikan sekurang-kurangnya makanan yang sama dengan makanan yang setiap hari kita makan.... bukan memberikan makanan sisa atau tidak kita kehendaki....

bersedekah adalah perbuatan mulia dan tidak patut dinodai dengan bentuk pemberian yang kurang layak.... allah sendiri pun tidak akan menerima jika sedekah itu adalah barang yang buruk atau barang yang kita pun tidak mau menggunakannya, atau jika makanan, kita pun tidak mau memakannya. karena sesungguhnya allah adalah elok dan menerima yang elok-elok.... ketika seseorang bersedekah dengan barang yang buruk, karena takut akan habis hartanya, maka sesungguhnya syaitan telah merasuk dalam niatnya. karena rasa takut akan kemiskinan hanyalah datang dari syaitan.... takut akan kekurangan, itulah bisikan syaitan kepada manusia. dan syaitan adalah musuh nyata bagi kita....

seorang muslim sejati akan bersedekah dengan barang-barang terbaik yang dimiliki... karena demikianlah, jiwa muslim adalah jiwa yang kaya, mental kaya raya yang sama sekali tidak terpengaruh dengan bisikan dan rasa takut dari setan yang terkutuk.... allah subhanahu wata'ala berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِنْ طَيِّباتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنا لَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَلا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنْفِقُونَ وَلَسْتُمْ بِآخِذِيهِ إِلاَّ أَنْ تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ # الشَّيْطانُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشاءِ وَاللَّهُ يَعِدُكُمْ مَغْفِرَةً مِنْهُ وَفَضْلاً وَاللَّهُ واسِعٌ عَلِيمٌ # يُؤْتِي الْحِكْمَةَ مَنْ يَشاءُ وَمَنْ يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْراً كَثِيراً وَما يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُولُوا الْأَلْبابِ

artinya : "hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan allah) sebahagian dari hasil usahamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu... dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk, lalu kamu menafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memejamkan mata terhadapnya... dan ketahuilah, bahwa allah maha kaya lagi maha terpuji...

syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (kikir); sedang allah menjadikan untukmu ampunan daripada-nya dan kurnia... dan allah maha luas (kurnia-nya) lagi maha mengetahui... allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang al quran dan as sunnah) kepada siapa yang dikehendaki-nya... dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak... dan hanya orang-orang yang berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman allah)." (surah al-baqoroh : 267-269)....