Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah ‘Abdullah bin Abdul Asad anak
tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan
Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di
setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله (sebutkan
nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan
hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah
engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.
Huraian Hadith:
-
Rasulullah mengajar umatnya supaya membaca “بسم الله”ketika hendak makan, makan dengan tangan kanan dan mendahului mengambil makanan yang dekat.
-
Islam menitikberatkan peradaban dalam semua aspek dikalangan umat Islam termasuk adab makan dan sebagainya.
-
Kita berkewajipan mendidik anak-anak dengan adab-adab dan akhlak
Islam dengan memberi tunjuk ajar dan teguran apabila mereka melakukan
kesilapan.
-
Para pendidik hendaklah memberi tunjuk ajar kepada golongan muda dan
kanak-kanak apabila ada kesempatan yang sesuai kerana pada keadaan
begitu tunjuk ajar adalah lebih berkesan.
-
Hadis ini juga menunjukkan kepatuhan para sahabat kepada tunjuk ajar Nabi SAW sehingga kanak-kanak dikalangan mereka.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori KELEBIHAN /
Nasihat
dengan judul Ajari Anak-anak Dengan Akhlak Islam. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2013/12/ajari-anak-anak-dengan-akhlak-islam.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Ajari Anak-anak Dengan Akhlak Islam"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.