Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Kepentingan Akhlak Dalam Islam


Dalam Islam kita diajar supaya sentiasa menjadi orang yang berakhlak mulia. Jika kita mempunyai akhlak yang baik nescaya imej peribadi kita akan dipandang tinggi dan secara tidak langsung kita memuliakan Islam.

Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali : “Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya”.

Maka dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya.
Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan
Neraca akhlak yang sebati di dalam diri manusia akan mempengaruhi pertimbangannya dalam menilai sesuatu perbuatan. Oleh itu, kesahihan dalam pertimbangan ini bergantung kepada sejauh mana kesahihan neraca yang dipegangnya.

Akhlak mencerminkan keimanan
Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang sempurna akan memprodukkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang semata-mata bergantung kepada keelokan akarnya. Sabda Rasulullah S.A.W :
“Di kalangan mu’minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya”.
Akhlak sebagai simbol tamadun manusia.

Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. Akhlak adalah sebagai mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa akhlak nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Faktor membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya. Contohnya tamadun barat yang berasaskan oleh ideologi kapitalis dan lain-lain, jatuh satu persatu kerana mengkesampingkan nilai-nilai akhlak.

Akhlak adalah mangkin perubahan
Aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah diambil berat serta diberi pemfokusan yang utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada masyarakat. Ini adalah kerana sebagai mangkin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai “tongkat perubahan”. Ini kerana krisis yang dihadapi oleh dunia adalah merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis ekonomi dan politik.
Begitulah pentingnya akhlak dalam membantu proses perubahan walaupun di saat-saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha perubahan. Seolah-olah akhlaklah yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan ini. Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah, di antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai akhlak di kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.


P--- Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa akhlaklah merupakan sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia. Ini kerana seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan atau anggota tetapi ianya dilihat dari segi perlakuan akhlaknya. Melayukini.net

Gambar Ayam bogel tanpa bulu...Menarik



Seorang ahli genetik Israel, Avigdor Cahaner, menghasilkan genetik ayam tak berbulu pertama di dunia di fakulti genetik Rehovot Agronomy Institute dekat Tel Aviv, Israel.

Ayam dengan kulit telanjang diciptakan dengan perkawinan silang antara Ayam Broiler dengan spesies ayam yang memiliki leher tak berbulu.

Idea di belakang pembangunan ayam telanjang ini bertujuan menghasilkan spesies ayam yang lebih berkesan, iaitu ayam yang boleh bertahan hidup di negara-negara beriklim panas, dengan kata lain ayam yang akan menjimatkan kos penyelenggaraan ayam proses.

Dan tentu saja, ayam ini tidak memerlukan pencabutan bulu sebelum diolah, sehingga mengurangkan kos pengeluaran di kilang pemprosesan.

Namun banyak yang menentang inovasi genetik ayam tak berbulu ini dan mengatakan bahawa perubahan tidak mendapat manfaat haiwan, dan pada kenyataannya kemungkinan untuk membuat hidup ayam-ayam tanpa bulu ini lebih buruk.

Profesor Avigdor Cahaner, membela ayam generasi bogel ini dengan mengatakan,
“Ini bukan ayam rekayasa genetik, itu berasal dari keturunan alam yang karakteristiknya telah dikenal selama 50 tahun, saya hanya membantunya untuk cepat tumbuh. Ayam broiler ini ayam normal, kecuali untuk fakta ia tidak memiliki bulu.”

Para saintis juga berharap generasi baru akan tumbuh lebih cepat kerana tidak perlu menggunakan tenaga untuk menuumbuhkan bulu di tubuhnya, sehingga ayam akan memfokuskan makanan yang diserapnya untuk dijadikan daging sehingga ayam boleh lebih gemuk.

Berita tentang ayam berbulu pertama kali muncul pada tahun 2002, dan sejak itu tidak ada lagi perkara baru yang didengar. Kurangnya keluar di media tentang ayam khusus menunjukkan bahawa penciptaan Mr Cahaner itu tidak pernah berkembang biak secara komersial.

Inovasi genetik ayam tanpa bulu ini sebenarnya telah dilakukan sejak 2002, dan kurangnya berita perkembangan baru tentang ayam tanpa bulu ini menunjukkan genetik ayam tanpa bulu ini tidak boleh dikembangkan untuk pasaran komersial.

Walaupun Buta tapi Masjid Tak Tinggal...



Berikut adalah kisah seorang sahabat Rasulullah yang Buta bernama Abdullah Ibnu Ummi Maktum
Abdullah bin Ummi Maktum, nama sebenarnya Abdullah bin Umar bin Syuraikh, seorang sahabat suku Quraisy yang termasuk peserta hijrah ke Madinah rombongan pertama. Beliau sampai di Madinah sebelum kedatangan Rasulullah saw. Abdullah mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Rasululah saw. Dia adalah sepupu Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid ra. Bapanya Qais bin Zaid, dan ibunya ‘Atikah binti Abdullah.

Ibunya bergelar ‘Umi Maktum’ kerana anaknya Abdullah lahir dalam keadaan buta.
Abdullah bin Ummi Maktum termasuk kelompok yang pertama-tama masuk Islam. Sebagai muslim kelompok pertama, dia turut menanggung segala macam suka duka kaum muslimin di Makah ketika itu. Dia turut menderita siksaan kaum Quraisy seperti diderita kawan kawannya seagama, berupa penganiayaan dan berbagai macam tindakan kekerasan lainnya.

Tetapi apakah karena tindakan-tindakan kekerasan itu Ibnu ummi Maktum menyerah? Tidak……! Dia tidak pernah mundur dan tidak lemah iman. Bahkan dia semakin teguh berpegang pada ajaran Islam dan Kitabullah. Dia semakin rajin mempelajari syariat Islam dan sering menhadiri majlis Rasulullah saw.
Maqam Sayidina Abdullah Ummi Maktum
Setiap waktu kosong selalu disinya, dan setiap kesempatan yang baik selalu digunakan untuk menambah ilmu Islam. Pada masa permulaan tersebut, Rasulullah sering mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy, mengharapkan semoga mereka masuk Islam. Pada suatu hari baginda berhadapan dengan ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, ‘Amr bin Hisyam (Abu Jahal), Umayyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mughirah (ayah Saiyidina Khalid bin Al Walid).

Rasulullah saw berunding dan bertukar fikiran dengan mereka tentang Islam. Baginda sangat ingin mereka menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat baginda. Sedang Rasulullah saw berdakwah dengan sungguh-sungguh, tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum datang meminta dibacakan kepadanya ayat-ayat Al Quran.
Kata Abdullah, “Ya, Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepadamu!”
Rasul saw yang mulia tidak mempedulikan permintaan Abdullah bahkan berpaling lalu meneruskan pembicaraannya dengan pemimpin Quraisy tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, Islam tambah kuat dan dakwah bertambah lancar.
Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah saw cuba hendak pulang, tetapi tiba tiba penglihatan beliau gelap dan kepala beliau terasa sakit seperti terkena pukulan. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya:
“Dia ( Muhammad ) bermuka masam dan berpaling, karena seorang buta datang kepadanya, Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran Allah itu suatu peringatan. Maka siapa yanag menghendaki tentulah ia memperhatikannya. (Ajaran ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (sentiasa) berbakti.” Surah ‘Abasa : 1 – 16.
Enam belas ayat itulah yang disampaikan Jibril Al-Amin ke dalam hati Rasulullah saw berhubung dengan peristiwa Abdullah bin Ummi Maktum, yang sentiasa dibaca sejak diturunkan sampai sekarang, dan akan terus dibaca sampai hari kiamat.Sejak hari itu Rasulullah tidak lupa memberikan tempat yang mulia bagi Abdullah apabila dia datang. Baginda mepersilakannya duduk ditempat duduk beliau. Bertanyakan keadaannya dan beliau penuhi keperluannya. Tidaklah heran kalau beliau memuliakan Abdullah sedemikian rupa, kerana teguran dari Allah itu sangat tegas.

Koleksi Gambar Masjid Tercantik Di Dunia



10. Masjid Baitul Mukarram di Dhaka City, Bangladesh.
Masjid Negara Bangladesh. Ditemui pada 1960-an dan terletak di tengah-tengah bandar Bangladesh. Mampu memuatkan 30, 000 jemaah dalam satu masa. Walaupun masjid ini adalah antara 10 masjid yang terbesar di dunia, keluasannya masih tidak mampu untuk menampung jemaah yang sangat ramai di negara itu. Di sebabkan itu, Bangladesh memutuskan untuk menambah lagi keluasan masjid ini.


09. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan.
Masjid Faisal di Islamabad ini adalah masjid yang terbesar di selatan timur dan selatan Asia dan masjid yang ke-4 terbesar di dunia. Masjid ini memegang rekod masjid terbesar dunia pada 1986-1993 sebelum rekod masjid terbesar diambil alih oleh Masjid Hassan II di Casablanca, Morocco dan selepas pembesaran Masjid Al-Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Al-Masjid Al-Nabawi (Masjid Nabi) di Madinah, Saudi Arabia pada tahun 1990-an.




08. Masjid Sultan, Singapura.
Masjid Sultan yang terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampong Glam Rochor daerah di Singapura ini masih dianggap salah satu masjid yang paling penting di Singapura. Masjid sultan pada dasarnya tidak berubah sejak ia dibina, hanya dengan penambahbaikan yang dibuat di dewan utama pada tahun 1960 dan lampiran ditambah pada tahun 1993. Ia ditetapkan sebagai monumen kebangsaan Singapura pada 14 Mac 1975.


07. Masjid Baiturrahman, Banda Acheh, Indonesia.
Masjid Baiturrahman adalah sebuah masjid yang terletak di pusat bandar Banda Aceh, Indonesia. Masjid ini merupakan masjid Kesultanan Aceh. Apabila Belanda menyerang kota Banda Aceh pada tahun 1873, masjid itu dibakar,dan Belanda membina semula sebuah masjid sebagai penggantinya. Masjid berkubah ini hanya dapat disiapkan pada 27 Disember, 1883. Masjid ini diperluaskan lagi dengan 3 kubah pada tahun 1935. Dan akhir sekali berkembang lagi kepada 5 kubah di 1959-1968. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang paling indah di Indonesia, mempunyai bentuk unik, ukiran yang menarik, halaman yang luas dan rasa nyaman sekiranya berada di dalam bilik masjid.


06. Masjid Taj'ul, Bhopal, India.
Masjid Taj'ul, adalah sebuah masjid yang terletak di Bhopal, India. Ia juga antara masjid terbesar di Asia. Masjid ini juga digunakan sebagai madrasah (sekolah Islam) pada waktu petang.



05. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Bandar Seri Begawan, Brunei.
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin merupakan masjid diraja untuk Kesultanan Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu kota Kesultanan Brunei. Masjid ini diklasifikasikan sebagai salah satu masjid yang paling hebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi tarikan utama kepada pelancong. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dianggap sebagai mercu tanda negara bagi penduduk Brunei.



04. Masjid Zahir di Kedah, Malaysia.
Masjid ini telah dibina pada tahun 1912 dan dibiayai oleh Tunku Mahmud, anak Shah Sultan Tajuddin Mukarram. Masjid ini adalah makam pahlawan Kedah yang telah meninggal dunia semasa mempertahankan Kedah dari Siam pada tahun 1821. Seni bina dari masjid yang diilhamkan dari Masjid Azizi di bandar Langkat di utara Sumatera, Indonesia. Masjid ini diasaskan dengan lima kubah besar yang melambangkan lima prinsip utama Islam. 


03. Masjid Al Aqsa di Jerusalem, Israel/Palestine.
Masjid Al-Aqsa (bermaksud masjid paling jauh), juga dikenali sebagai Al-Aqsa, adalah makam Islam di Kota Lama Baitulmaqdis. Di masjid itu sendiri ada sebahagian daripada al-Haram ash-Sharif  (bersama dengan Dome of the Rock), sebuah laman yang juga dikenali Kuil Gunung sebagai tapak suci dalam agama Yahudi, kerana ia dipercayai menjadi Kaabah di Jerusalem pernah didirikan. Masjid ini dianggap sebagai tapak ketiga paling suci dalam Islam. Umat ​​Islam percaya bahawa Nabi Muhammad telah diangkat dari Masjidilharam di Mekah ke Masjid Al-Aqsa semasa perjalanan malam. Masjid ini dijadikan kiblat umat Islam selama tujuh bulan.



02. Masjid Al Nabawi di Medina, Saudi Arabia.
Masjid Al-Nabawi merupakan masjid kedua paling suci dalam Islam dan merupakan masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjid Al-Haram di Mekah. Salah satu tempat yang paling penting masjid ini adalah Kubah Hijau (pusat masjid), di mana makam Nabi Muhammad terletak. Tidak diketahui bila kubah hijau itu telah dibina tetapi manuskrip awal kurun ke-12 menjelaskan tentang kubah. Pemimpin awal Islam yang juga merupakan sahabat Rasulullah, Abu Bakar As-Siddiq dan Umar al-Khattab juga telah dikebumikan di sekitar masjid ini.


01. Masjid Al Haram di Mekah, Saudi Arabia.
Masjid Al Haram merupakan masjid terbesar di dunia. Masjid yang terletak di kota Mekah, di sekitar Kaabah, di mana ia menjadi kiblat umat Islam. Masjid ini dianggap tempat paling suci di muka bumi. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terbesar. Struktur meliputi kawasan seluas 400.800 meter persegi (99.0 ekar), termasuk ruang solat terbuka dan tertutup dan boleh menampung sehingga 4 juta orang dalam tempoh Haji, salah satu ibadah terbesar tahunan Islam di dunia.

Ubat Perangsang Bawa Maut

SUNGAI PETANI: Tindakan sepasang kekasih melakukan eksperimen ketika berasmara dengan meminum sejenis ubat cecair dipercayai perangsang bersama minuman isotonik mengundang padah apabila pasangan wanitanya mati dipercayai akibat sesak nafas, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 11 malam di sebuah rumah tumpangan di Taman Mutiara, Jalan Bakar Sampah, di sini.
Wanita berusia 23 tahun bersama lelaki berusia 20 tahun terbabit menyewa rumah itu dipercayai untuk melakukan aktiviti tidak bermoral.

Sumber berkata, pasangan terbabit ditemui orang awam jam 12 tengah malam semalam dalam keadaan tidak bermaya di tepi jalan berhampiran sebuah tokong apabila lelaki terbabit dilihat memapah wanita itu.
Menurutnya, dia cuba meminta pertolongan untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana mulut wanita itu sudah berbuih.
Harian Metro

Google Malaysia Sekat Klip Filem Hina Nabi

Google Malaysia Sekat Klip Video Hina Islam
Google Malaysia menyekat akses laman YouTube klip video kontroversi ‘Innocence of Muslims’ sebagai respons kepada aduan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


Sesiapa yang cuba melayari video itu dari alamat penyedia Internet Malaysia (IP) akan menerima mesej yang berbunyi:’Kandungan video ini tidak didapati di negara anda kerana aduan undang-undang. Maaf mengenai perkara ini.’


Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof mengesahkan video tersebut telah disekat di Malaysia.


“Di mana kami telah melancarkan laman Youtube tempatan dan kami diberitahu bahawa sebuah video adalah haram di negara ini, kami akan menyekat akses kepada video tersebut selepas pemeriksaan teliti,” katanya pada Isnin.


Video tersebut turut disekat di beberapa negara termasuk Indonesia, India dan Mesir.
MCMC telah menfailkan aduan rasmi kepada Google pada Sabtu berhubung video tersebut.

Nama Pengarah Filem Yang Menghina Nabi Terbongkar

Teka-teki mengenai nama pengarah filem yang menghina Nabi Muhammad dan agama Islam kini telah pun terjawab. Pengarah berusia 65 tahun itu merupakan individu yang terkenal di Amerika Syarikat (AS) bagi kerja-kerja menghasilkan filem kos rendah dan filem-filem lucah ‘ringan’ pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Laporan New York Daily News, memetik portal gawker.com menyebut bahawa filem Innocence of Muslims, yang awalnya menggunakan nama Desert Warrior, menyenaraikan Alan Roberts sebagai pengarahnya.

Menurut IMDB, Roberts, yang tinggal di Santa Monica, California, pernah mengarahkan filem-filem berjudul The Happy Hooker Goes to Hollywood dan The Sexpert.

Laporan itu juga menyebut bahawa Roberts dibawa oleh seorang penerbit bernama Sam Bacile, yang turut dikenali sebagai Nakoula Basseley Nakuola.

Nakoula kini ditahan pihak berkuasa untuk siasatan. Nakoula, yang menggunakan sekurang-kurangnya 10 nama, kini menjalani hukuman pemantauan selama lima atas kesalahan menipu bank pada 2009.

Gawker melaporkan pihaknya ada bercakap dengan barisan pelakon dan anggota krew serta kawan-kawannya yang mengesahkan Roberts, yang pernah mengarahkan Young Lady Chatterley, sebenarnya bertindak sebagai pengarah filem yang dinamakan semula sebagai Innocence of Muslims.

“Saya pasti dia Alan Roberts yang sama, saya masih ingat dia ada bercakap mengenai projek ini,” kata penerbit filem, David A Prior kepada Gawker.

Menurut laporan itu, Nakoula dipercayai individu utama menghasilkan filem yang menghina Nabi Muhammad. Filem itu ditayangkan di beberapa pawagam kecil di AS sejak tiga bulan lalu.

Treler 13 minit dimuat naik menerusi YouTube. Semalam, Malaysia mengumumkan bahawa akan meminta YouTube mengeluarkan treler filem itu dari pangkalan datanya.

Pelakon-pelakon filem mendakwa jalan cerita telah diubah selepas filem itu dihasilkan.

Bagaimanapun laporan Gawker tidak pasti bagaimana Roberts menyertai pasukan yang menghasilkan filem ini atau sama ada dia kenal “Bacile” sebelum penggambaran dijalankan di luar Los Angeles pada tahun lalu.

Laporan Gawker berkata, Roberts telah mematikan telefon sebaik sahaja protes tercetus sejak awal minggu lalu.

Los Angeles Times juga melaporkan bahawa Roberts kemungkinan menggunakan nama Robert Alan Brownell, lelaki berusia 65 tahun, dari Canyon Lake, Riverside County.”. Sumber

Penerbit filem hina Nabi Muhammad ditahan

LOS ANGELES - Seorang lelaki yang disyaki menghasilkan filem yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW, sehingga mencetuskan kemarahan dan protes mengorbankan hampir 10 orang setakat ini, ditahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), semalam.

Lelaki berkenaan, Nakoula Basseley Nakoula, pernah disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank pada 2010, dan diletakkan di bawah pemantauan selama lima tahun dan tidak boleh akses kepada Internet.

Nakoula, 55, dilaporkan telah menafikan terbabit dalam pembikinan filem tersebut, yang dinamakan Innocense of Muslims.

Protes ekoran tayangan filem itu merebak ke banyak negara Timur Tengah dan Mesir. Semalam, protes juga diadakan di Malaysia. Hari ini, protes merebak ke Australia.

Nakoula ditahan sejurus selepas tengah malam tadi.

Wakil media menunggu kemunculan lelaki itu selama 48 jam di hadapan rumahnya di selatan California.

Dia muncul dengan mengenakan skarf, kot dan cermin mata bagi mengelakkan wajahnya dirakam oleh media.

Berdasarkan rekod hartanah, rumah dia ditahan ada miliknya.

Jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Steve Whitmore mengesahkan bahawa Nakoula dibawa ke stesen sherif Cerritos untuk disoal siasat oleh pegawai-pegawai pemantauan persekutuan bagi menentukan sama ada dia telah melanggar syarat hukuman dipantau selama lima tahun yang dikenakan.

Whitmore menambah, Nakoula telah bersetuju untuk ditemu siasat oleh pihak berkuasa sebelum tiba di rumahnya.

Oleh itu katanya, keputusan dibuat Nakoula adalah secara sukarela.

"Lelaki itu memberi kerjasama," katanya lagi.

Nakoula ada memberitahu Associated Press bahawa dia bukan pengarah filem itu tetapi hanya pengurus logistik.

Pengarah filem itu dikatakan menggunakan nama Sam Bassiel.

Laporan terdahulu menunjukkan Nakoula menggunakan sekurang-kurangnya lapan nama yang lain.