Google Malaysia Sekat Klip Filem Hina Nabi

Google Malaysia Sekat Klip Video Hina Islam
Google Malaysia menyekat akses laman YouTube klip video kontroversi ‘Innocence of Muslims’ sebagai respons kepada aduan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).


Sesiapa yang cuba melayari video itu dari alamat penyedia Internet Malaysia (IP) akan menerima mesej yang berbunyi:’Kandungan video ini tidak didapati di negara anda kerana aduan undang-undang. Maaf mengenai perkara ini.’


Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam Google Malaysia, Zeffri Yusof mengesahkan video tersebut telah disekat di Malaysia.


“Di mana kami telah melancarkan laman Youtube tempatan dan kami diberitahu bahawa sebuah video adalah haram di negara ini, kami akan menyekat akses kepada video tersebut selepas pemeriksaan teliti,” katanya pada Isnin.


Video tersebut turut disekat di beberapa negara termasuk Indonesia, India dan Mesir.
MCMC telah menfailkan aduan rasmi kepada Google pada Sabtu berhubung video tersebut.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA / ISU UMUM / Musuh Kita dengan judul Google Malaysia Sekat Klip Filem Hina Nabi. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/09/google-malaysia-sekat-klip-filem-hina.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Google Malaysia Sekat Klip Filem Hina Nabi"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.