Tanda-tanda takut kepada Allah SWT kelihatan dalam tujuh perkara : |
1- Lidahnya tidak berdusta,
mengumpat, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap tetapi lidah
orang yang bertaqwa sentiasa berzikir kepada Allah SWT, membaca Al-Quran dan
muzakarah ilmiah.
2- Hatinya tiada permusuhan,kebodohan,
kedengkian pada sahabat kerana kedengkian akan menghapuskan segala pahala
kebaikan.
3- Pandangannya tidak suka
memandang makanan, minuman, pakaian atau lain-lain perkara haram dan tidak
terpikat pada dunia. Rasulullah SAW bersabda ” Sesiapa memenuhi matanya
daripada perkara Haram, maka Allah SWT akan memenuhinya dengan daripada api
pada hari Kiamat “.
4- Perutnya tidak dipenuhi dengan
hasil haram, Rasulullah SAW telah bersabda ” Setiap suapan daripada yang haram
masuk ke perut seseorang, maka segala Para Malaikat di langit dan di bumi
melaknatnya selama suapan itu berada dalam perutnya. Jika dia mati dalam
keadaan demikian, maka tempatnya di dalam Neraka “.
5- Kedua tangannya tidak diguna
untuk perkara haram malah kedua tangannya diguna untuk perkara keTaatan kepada
Allah SWT.
6- Pada kedua kakinya tidak
melangkah ke tempat maksiat , malah kedua kakinya hanya melangkah ke tempat
Ketaatan kepada Allah SWT.
7- Segala Ketaatan kepada Allah
SWT bukanlah bertujuan Riya’ atau berbersifat Munafiq tetapi segala Ketaatannya
adalah Ikhlas kepada Allah SWT semata-mata.
Lihatlah Ganjaran dan Janji Allah
SWT kepada mereka yang bertaqwa ( Takut kepada Allah SWT ).:
” Sesungguhnya orang yang
bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air ( Syurga ) “. Surah Al-Hijr : 45.
Kitab Penenang Jiwa Imam
Al-Ghazali . M/S : 3-5.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori AQIDAH /
KELEBIHAN /
tahukah anda
dengan judul Tanda Manusia Takut Kepada Allah. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2013/12/tanda-manusia-takut-kepada-allah.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Tanda Manusia Takut Kepada Allah"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.