Apabila berlakunya hari kiamat, semua
manusia dan makhluk yang lain mati akibat tiupan sangkakala oleh
malaikat Izrafil. Masa itu yang tinggal hanyalah Iblis sahaja. Ketika
itu, Iblis dikatakan mual dan pening kepala akibat bunyi sangkakala yang
menakutkan itu.
Munculnya Malaikat
Zabaniyah dihadapan Iblis dan mengatakan “Bahawasanya, semua makhluk di
muka bumi ini telah mati, oleh itu, Allah telah menunaikan janjiNya
untuk menarik nyawa kamu pada hari kiamat”. Rupa malaikat itu amat
menakutkan, wajah yang bengis dan memegang rantai besi yang panas dari
neraka dan dihujungnya seperti cangkuk besar yang boleh menghancurkan
badan jika sekali dihayun.
Iblis
pada ketika itu menangis dan berlari sekeliling dunia. Kemana sahaja
dia lari, dia akan ternampak malaikat itu, dia lari sehingga ke suatu
kawasan, dia terduduk keletihan. Dia memandang ke belakang dan ternampak
malaikat itu dan melarikan diri ke makam Nabi Adam. Sampai di Makam
Nabi Adam A.S. dia mencemuh dan marah “Di sebabkan engkau aku jadi
begini! Di sebabkan kau, aku dihina dikeji dan dibuang dari Syurga! Di
sebabkan kau, aku masuk neraka!”.
Tiba-tiba
malaikat itu muncul di belakang Iblis mengatakan, “Apa yang kau lakukan
semua ini bukan salah Adam, tetapi kesalahan engkau kerana tidak mahu
mematuhi perintah Allah yang maha Esa” Cangkuk itu dihayun dan tertusuk
di badan Iblis itu dan ditarik nyawanya dengan penuh kekerasan, Semasa
ditarik Iblis menjerit kesakitan yang diupamakan jika manusia terdengar
bunyi Iblis menjerit, Semua manusia boleh mati akibat jeritan yang amat
kuat.
Sampai
di neraka, Iblis memanggil ahli-ahli neraka dan mereka berkumpul
hadapan mereka dengan cemuhan, jeritan, sesalan dan lain-lain, keadaan
di neraka itu amat menakutkan dan penuh dengan rintihan dan tangisan.
Iblis mengatakan ”Sesungguhnya, Allah telah memberi kamu pilihan, Tetapi
engkau menyalahkan aku sebab aku yang memberi pengaruh kepada kamu
semua, Sedangkan ada Nabi-Nabi telah mengajar kamu, Bahawa Allah, Tuhan
yang satu, Tetapi engkau telah memilih jalan lain, kerana keputusan
ditangan engkau, aku hanya memberi pendapat aku sahaja. Sesungguhnya,
dalam situasi sekarang ini, Aku tidak boleh menolongmu, Engkau tidak
boleh menolongku, Jadi Semuanya salah diri anda sendiri, bukan aku, aku
hanya bercakap sahaja, tapi engkau yang mempunyai petunjuk depan mata
kamu, kamu mengingkari akibat janji-janji palsu aku.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori KISAH TELADAN /
Musuh Kita
dengan judul Iblis Ketakutan Ketika Hari Kiamat. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2013/12/iblis-ketakutan-ketika-hari-kiamat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Iblis Ketakutan Ketika Hari Kiamat"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.