Peratus kes cerai, latar belakang tinggalkan solat

JOHOR BAHRU – Sebanyak 90% daripada bilangan kes cerai yang telah difailkan di negeri ini didapati penyumbang peratus tertinggi daripada latar belakang keluarga yang mengabaikan solat serta tidak mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.
Mohd Nooh Kadri (Kadi Besar Negeri) berkata, sebahagian besar daripada 3,021 kes cerai yang berlaku di Johor mendapati latar belakang pasangan suami isteri yang mengabaikan amalan solat masing-masing.
“Tiga punca utama lainnya berlakunya penceraian yang banyak berlaku di Johor termasuklah masalah ekonomi, jurang komunikasi serta ketidakpuasan hati dalam perhubungan suami isteri (bilik tidur).
“Namun apabila diselami dengan lebih mendalam lagi, setiap permasalahan yang timbul adalah bertilik-tolak dari amalan gaya hidup pasangan suami isteri yang telah mengabaikan solat mereka.
“Apabila ditanya dan dicatat, kira-kira 90% daripada pasangan yang merujuk kes cerai kepada Majlis Agama Islam Johor (Maij) mengaku tidak menjaga solat sedangkan Allah telah berjanji akan memberi jalan penyelesaian kepada umat yang bertakwa kepadaNYA,” kata Mohd Nooh.
Belaiu berkata lagi, pada tahun lalu jumlah pernikahan dan penceraian meningkat berbanding tahun sebelumnya namun jumlah pasangan yang merujuk kembali menurun hampir 50 peratus iaitu daripada 416 pada tahun 2010 kepada 279 tahun lalu.
“Pada tahun 2010, jumlah pasangan baru yang bernikah adalah sebanyak 14,584 dan telah meningkat kepada 17,061 pada tahun lalu.
“Manakala kes cerai juga turut meningkat daripada 2,793 pada tahun 2010 kepada 3,021 kes tahun lalu,” katanya ketika ditemui disini, semalam.
menurut Mohd Nooh, selain itu, sesebuah perkahwinan gagal diselamatkan turut berpunca daripada sikap ego yang terlalu sehingga menyebabkan mereka enggan menagakui seterusnya tidak ingin berubah dan memperbetulkan kesilapan masing-masing.
Dalam pada itu katanya, setiap pasangan perlu mendalami matlamat dan tujuan sebenar mendirikan perkahwinan serta sentiasa mengamalkan sikap sabar dan toleransi antara satu sama lain bagi mengelakkan keruntuhan rumah tangga berlaku.

“Matlamat utama pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan, rezeki dan kebahagiaan selain menambahkan lagi bilangan umat Islam.
“Selain itu, hikah besar perkahwinan juga mampu memperbaiki akhlak pasangan ke arah yang lebih baik dan menghalang manusia dari melakukan maksiat.
“Maka sebab itu penceraian dapat dielakkan jika kedua-dua pasangan memahami dan sedar mengenai matlamat sebenar perkahwinan mereka,” katanya sebelum mengakhiri sesi bual biacara.

Sumber
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori ARTIKEL PANAS / KELEBIHAN / Nasihat / tahukah anda dengan judul Peratus kes cerai, latar belakang tinggalkan solat. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/08/peratus-kes-cerai-latar-belakang.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Peratus kes cerai, latar belakang tinggalkan solat"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.