Kesihatan: Kesan Buruk Jika Gula Berlebihan

Pada bulan puasa sekarang, pasti akan tertarik dengan juadah berbuka puasa yang berwarna-warni. Makanan dan minuman manis juga sudah pasti menjadi lilihan untuk berbuka. Banyak kesan negatif yang boleh ditimbulkan oleh pengamilan gula berlebihan.

Gula memang diperlukan oleh tubuh. Namun pengambilan gula mestilah bersesuaian dengan jumlah yang diperlukan oleh tubuh.

Salah satu kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan mendapati rakyat malaysia mengambil 125 gram atau 26 sudu teh sehari sedangkan jumlah yang disarankan hanyalah 50 gram atau 10 sudu teh sehari. Pastinya kegagalan mengawal jumlah gula yang diambil mengundang risiko yang tidak diingini.  Justeru, kita patut lebih peka dengan jumlah gula yang kita ambil setiap hari.
Antara kesan gula kepada kesihatan ialah:
  1. Melemahkan sistem imunisasi
  2. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam pelajaran
  3. Menyebabkan kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur
  4. Mempercepat proses penuaan, kulit berkedut dan uban pada rambut
  5. Penumbang utama masalah kegemukan
  6. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari
  7. Meningkatkan risiko berlakunya kanser kolon iaitu usus besar
  8. Meningkatkan paras adrenalin dalam kalangan kanak-kanak yang menyebabkan mereka menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal
  9. Penyebab pembentukan batu karang hempedu
  10. Penyebab risiko darah beku dalam badan
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori INFO dengan judul Kesihatan: Kesan Buruk Jika Gula Berlebihan. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/08/kesihatan-kesan-buruk-jika-gula.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

1 Komentar untuk "Kesihatan: Kesan Buruk Jika Gula Berlebihan"

  1. memang benar gula mampu menambah kesan buruk pada kesihatan tubuh, baik hindarkan konsumi gula terlalu banyak.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.