Kesan Hubungan Kelamin Semasa Isteri Mengandung


Kesan Hubungan Kelamin Semasa Isteri Mengandung

SOALAN

SAYA mendirikan rumah tangga enam bulan lalu dan kini isteri saya disahkan hamil dua bulan. Soalan saya, bolehkah kami melakukan hubungan kelamin untuk hari seterusnya? Apakah kesan yang timbul nanti?, terutama jika saya melepaskan air mani ke dalam farajnya?

EZAM
Sungai Buloh

JAWAPAN

Tahniah kerana isteri anda berbadan dua dalam masa yang cepat. Anda perlu tahu yang kehamilan itu biasa dan wanita yang hamil tidak perlu buat apa-apa perkara khusus semata-mata untuk menjaga kehamilannya.

Anda boleh melakukannya mengikut keselesaan isteri. Jika berlaku pendarahan atau tompok coklat keluar daripada faraj, itu petanda gangguan kepada janin dan anda perlu berhenti melakukan hubungan kelamin untuk sementara waktu dan meneruskannya selepas doktor sahkan janin dalam kandungan itu selamat.

Anda perlu bawa isteri ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan. Sebenarnya ia jarang berlaku dan tidak semua suami tahu cara mengendalikannya.

Pernah terdengar suami tidak bertimbang rasa yang masih melakukan hubungan seks dengan isteri walaupun isteri ada tanda coklat atau darah keluar dari faraj selepas melakukan seks.

Ada juga isteri yang kesudahannya mengalami pendarahan yang banyak dan mengalami keguguran janin. Seperti yang saya nyatakan tadi, ini jarang berlaku.

Anda boleh melakukan hubungan seks sampai isteri sarat melahirkan bayi dan itu pun ikut keadaan kesihatannya dan juga keselesaannya!
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori INFO dengan judul Kesan Hubungan Kelamin Semasa Isteri Mengandung. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/08/kesan-hubungan-kelamin-semasa-isteri.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Kesan Hubungan Kelamin Semasa Isteri Mengandung"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.