rasulullah saw ada bersabda bahawa "orang yang cerdik itu adalah mereka yang memikirkan tentang kematian, dan melakukan persediaan untuk menghadapinya. bahkan orang yang lemah adalah mereka yang hanya berangan-angan dan sering menurutkan hawa nafsu"....
mengapa mengingati mati dikatakan cerdik? kerana dia mengetahui hidup di dunia ini bukanlah destinasi terakhir... dia mengetahui halatuju hidup akan ke mana. sesungguhnya pengembaraan hidup ini adalah untuk menuju ke destinasi akhir, iaitu syurga... maka haruslah ada persediaan dan perancangan yang baik.... setiap dari kita jika ditanya adakah mahu mendapatkan syurga? ya, semua dengan cepat mengatakan dirinya mahu. tapi sejauh mana usaha yang kita lakukan untuk meraihnya? tepuk dada tanyalah iman.....
banyak manusia telah tertipu dengan mainan dunia.... banyak yang menyangka bahawa dirinya sudah bahagia dengan kejayaan akademik yang dimiliki, dengan keluarga, dengan orang yang dikasihi, dengan harta dan sebagainya.... semuanya adalah fana (sementara) belaka... kita pasti akan kehilangan semua itu, cuma masa yang akan menentukan samada dia meninggalkan kita atau kita yang terlebih dahulu meninggalkannya....
mengapa allah merahsiakannya daripada kita?... supaya kita bersedia, berusaha dan berlumba mempersiapkan diri dengan bekalan-bekalan yang akan kita bawa... kita sering melihat kematian yang berlaku disekeliling kita... tapi masih lagi tiada rasa apa-apa, tidak mahu membayangkan diri kita yang sedang melaluinya...
firman allah swt: “tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.. sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu.. barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung... kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”... (surah ali imran: 185)....
nanti saya bertaubat... orang yang masih tidak meyakini mati itu, akan mengatakan begitu... orang yang tidak memahami agamanya dengan baik, maka dia akan mempunyai kefahaman yang salah.... namun ada juga yang telah mengetahui dan menyedari dirinya harus berubah, tetapi tidak mampu melakukan perubahan kerana dia adalah orang yang lemah, hanya mampu berangan-angan dan menurut hawa nafsu... merasakan masa masih panjang padahal hatinya tidak pernah tenang... takut melihat kematian dan mahu terus memeluk dunia yang dimilikinya....
selagi pintu taubat masih terbuka luas, berlarilah menuju kepada-nya... berlari kepada pengampunan allah... siang dan malam dia sentiasa menanti hambanya datang untuk mem'bersih'kan dirinya... jika kita datang kepadanya dalam keadaan berjalan, maka dia seolah2 akan datang dalam keadaan berlari.... sesungguhnya kita tidak mengetahui masa, cara dan tempat mati yang kita akan hadapi...
“sesungguhnya allah, hanya pada sisi-nya sajalah pengetahuan tentang hari kiamat; dan dia-lah yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim.. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok.. dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati.. sesungguhnya allah maha mengetahui lagi maha mengenal.” (surah luqman: 34)
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori AQIDAH /
Nasihat /
tahukah anda
dengan judul Ingat Mati Itu Orang Yang Cerdik... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/07/ingat-mati-itu-orang-yang-cerdik.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Ingat Mati Itu Orang Yang Cerdik.."
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.