Seekor lembu di Switzerland mula menjadi popular selepas kisahnya mendapat perhatian pihak media tempatan. Perkara ini adalah kerana lembu tersebut mempunyai enam kaki berbanding lembu normal yang lain.
Kejadian pelik yang berlaku terhadap makhluk di dunia ini bukan bermakna ia satu ciptaan yang gagal, tetapi kejadian itu mempunyai hikmah yang tersendiri. Kini terdapat seekor anak lembu betina berkaki enam menyangkal ramalan doktor haiwan bahawa ia tidak akan dapat hidup lama. Lilli yang kini berusia tujuh minggu menjadi selebriti di Switzerland selepas mediatempatan menyiarkan gambar ia bermain-main di padang.
Petani, Andreas Knutti dari Weissenburg yang terletak 30 kilometer ke selatan ibu kota Switzerland, Bern memberitahu, dia tidak sampai hati untuk menghapuskan anak lembu peliharaannya kerana ia bersemangat untuk hidup. Dia memberitahu akhbar tempatan,Blick bahawa kecacatan tulang belakang menyebabkan Lilly tidak dapat mengeluarkan susu seperti lembu susu lain.
Namun, kata Knutti, jika anak lembu itu kekal sihat, ia akan dibenarkan menyertai lembu-lembu lain di padang ragut pergunungan Alpine pada musim panas ini.
P-- Sungguh unik apabila kita melihatnya. Sepasang kaki lembu melekat di anggota badan lembu tersebut. Walaubagaimanapun, keunikan yang ada pada haiwan tersebut tidak menganggu proses kehidupannya. Apa yang penting, lembu tersebut hidup dalam keadaan sihat. Melayukini.net
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA /
Perkara PELIK
dengan judul Gambar Lembu Berkaki 6.. Menarik. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/07/gambar-lembu-berkaki-6-menarik.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Gambar Lembu Berkaki 6.. Menarik"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.