Al-Quran Semakin Berjauh Dari Kita...


Al-Quran ialah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui Malaikat Jibrail. Tanya diri kita, sejauh manakah hubungan kita dengan al-Quran. Jom, ketahui apakah kepentingan al-Quran terhadap kehidupan kita. 

Ketika mana sibuk mengemas bilik setor, pandangan saya tertumpu kepada buku Muqaddam berwarna ungu dalam keadaan bersawang. Masih jelas nama saya ditulis dalam tulisan jawi. Muqaddam la dianggap sebagai muqaddimah  dalam  mengenal huruf Al-Quran suatu ketika dahulu. Namun kini ia tidak lagi digunapakai kerana sepanjang saya mengajar beberapa tempat, anak-anak kecil dilihat menggunakan pendekatan Buku Iqra’ sebagai proses permulaan.
Dan ketika proses berlaku, bermacam cabaran dan halangan ditempuhi. Firman Allah SWT yang bermaksud :

    “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.”

    (Al Balad 90:4)

Tambahan pula, saya pernah berkongsi dengan anda pengalaman saya bersama dengan Al-Quran, bermacam pengalaman termasuklah di rotan oleh guru, di halau dan pelbagai lagi. Dan pengalaman itulah membuatkan saya bersifat lebih matang dalam berfikir antara positif mahupun negatif.

REALITI KEHIDUPAN KINI

Kita sering dikaitkan dengan persoalan sejauh manakah Al-Quran bersama kita?

Setiap hari? Setiap minggu? Setiap Bulan? Setiap Tahun? Atau Seumur Hidup Sekali?

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

    “ Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”

    (Riwayat al-Bukhari)

“ Semalam baca al-Quran tak?” Ustaz bertanya kepada saya.

“ Tak baca. Ada kerja sibuk sikit”

“ Kerja-kerja! Dunia syeikh! al-Quran tak boleh tinggal walau sehari. Anta menghina al-Quran!”

Subhanallah, pandangan saya tertunduk, hanya lirikan mata sekejap memandang sekejap berpaling. Hati saya tersentak. Salah satu peristiwa yang benar-benar mengingatkan saya betapa pentingnya membaca al-Quran apatah lagi menghayati isi kandungannya.

Sebagai manusia apa yang boleh selain istiqamah dalam segala hal. Berat rasanya.

ADA APA DENGAN AL-QURAN?

“Itulah zaman sekarang, bayaran untuk guru al-Quran ciput je! Berbeza dengan guru akademik!” Luah seorang guru.

Ketika itu saya baru sahaja lepas mengajar di Sekolah Agama Putrajaya, duduk menyelit melihat perbincangan dalam soal menentukan gaji untuk guru Al-Quran. Saya masih ingat lagi, saya pernah di tawarkan mengajar al-Quran di sebuah kawasan Elit. Cuma mengajar dua orang sahaja dengan bayaran RM 120 dua jam.

Apa yang saya kesalkan, kenyataan beliau seolah-olah memperlekehkan al-Quran. Dengan nada sombong bercakap saya boleh dibuang pada bila-bila masa sahaja. Dengan tanpa berfikir panjang saya terus menolak tawaran tersebut. Kadang-kadang masyarakat seolah-olah menganggap belajar mengaji al-Quran sekadar ‘suka-suka’ atau dalam erti kata lain sekadar melepaskan batuk di tangga.

Itu tidak masuk lagi keluhan ibu bapa yang mahukan anaknya cepat khatam al-Quran.

“Saya harap Ustaz Ikhtiar dapat percepatkan sedikit bacaan anak saya”

“Tetapi akak, saya tak akan berganjak selagi mereka tidak lancar betul-betul”

“Cepatkan lah”

Inilah mereka yang mahukan. Mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Salah siapa sebenarnya?

Inilah masanya si Ayah bertindak! Sabda Rasulullah s.a.w:

    “Sesiapa yang mangajarkan anaknya Al-Quran dengan melihat, maka diampunkan baginya dosanya yang lalu dan yang akan datang dan sesiapa yang mengajarnya dengan hafalan maka setiap anaknya itu membaca satu ayat, Allah menaikkan ayahnya satu darjat hingga akhir ayat yang diamalkannya.”

    (Hadis riwayat At Tabrani).

Saya pernah berkongsi dengan mereka bahasawanya saya juga seperti mereka. Kita semua adalah serupa. Saya pandai membaca al-Quran pun  bukanlah ketika sekolah rendah, tetapi sekolah menengah! Buktinya? Mushaf al-Quran penuh dengan contengan tentang hukum tajwid di dalam al-quran hasil tangan ustaz saya sendiri. Tanda lebam kemerahan di badan yang pernah diukirkan oleh ustaz menjadi sumber inspirasi buat saya!

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

    “Wahai Abu Dzar! Jika kamu pergi ke suatu pagi untuk belajar satu ayat dari kitab Allah adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seratus rakaat dan jika kamu belajar satu bab daripada ilmu yang mana kamu dapat beramal dengannya ataupun tidak adalah lebih baik bagi kamu daripada mengerjakan sembahyang sunat seribu rakaat”

    ( Riwayat Ibnu Majjah)

“Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.”

P- - Zaman sekarang ini, kalau ibubapa nak menghantar anak belajar al-Quran pun sampai berkira tentang pembayaran yuran. Kalau caj yuran RM30 sebulan pun, dikira mahal. Tetapi jika kelas piano, kelas menari RM100 ke atas pun tutup sebelah mata sahaja. Fikirkan di mana kita meletakkan darjat al-Quran di hati kita semua.Melayukini.net


Anda baru saja membaca artikel yang berkategori ALQURAN / AQIDAH / KELEBIHAN / KISAH TELADAN / tahukah anda dengan judul Al-Quran Semakin Berjauh Dari Kita.... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/07/al-quran-semakin-berjauh-dari-kita.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Al-Quran Semakin Berjauh Dari Kita..."

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.