Soalan
SAYA baru berkahwin pada Oktober tahun lalu. Saya mengalami kesakitan dalam perut sejak dua bulan lalu iaitu sakit apabila mengadakan hubungan seks dengan suami.
Perut saya juga buncit seperti orang hamil dua bulan serta mengeras. Saya pergi ke klinik swasta sebelum ini dan doktor menyatakan peranakan saya bengkak, tapi tidak dinyatakan punca ia bengkak. Saya diberi ubat, namun tiada sebarang kesan hingga kini dan saya masih sakit.
Selepas itu saya mengunjungi klinik kerajaan dan doktor hanya menyatakan air kencing kotor dan saya diberikan ubat. Selepars makan ubat, saya masih berasa sakit dalam perut semasa mengadakan hubungan dengan suami.
Kadang-kadang apabila saya meniarap di atas lantai, saya dapat rasakan ada satu ketulan di dalam perut. Adakah kesakitan yang saya alami ini satu kebiasaan?
SUE,
Kota Bharu, Kelantan.
Jawapan
ISTILAH peranakan (rahim) bengkak adalah istilah yang lemah. Doktor lazimnya akan memberitahu anda punca saiz rahim membengkak, sama ada ada ketulan dikesan dan di bahagian mana ketulan itu berada di dalam rahim.
Kemungkinan jangkitan pundi kencing, penyakit ketulan dari rahim,
ketulan dalam ovari, bengkak usus, kedudukan buah pinggang di luar kawasan sepatutnya (ektopik renal) dan seumpamanya adalah antara kemungkinan jika benar anda mempunyai ketulan di dalam abdomen atau perut.
Pemeriksaan fizikal, pemeriksaan dalaman dan palitan faraj, ujian air kencing, imbasan ultrabunyi abdomen dan imbasan ultrabunyi pelvis dapat membantu doktor mengesan masalah anda.

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA /
ISU UMUM /
tahukah anda
dengan judul Sakit Perut Selepas Bersama Suami ?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/06/sakit-perut-selepas-bersama-suami.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Sakit Perut Selepas Bersama Suami ?"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.