London – Pada 1883 terdapat sebuah gambar yang pada mulanya didakwa merupakan bukti kemunculan UFO. Kini saintis mendedahkan fakta sebenar di mana gambar itu bukanlah kemunculan UFO. Saintis Universidad Nacional Autonoma de Mexico yakin, gambar tersebut sebenarnya adalah sebuah komet besar yang muncul untuk menghentam Bumi. Komet ini juga didakwa mempunyai berat seberat objek yang memusnahkan dinosaur.
Gambar yang dirakamkan oleh ahli astronomi Mexico, Jose Banilla pada 12 Ogos 1882 ini menunjukkan terdapat sesuatu yang melintas di hadapan matahari. Semasa diterbitkan kepada umum di majalah L’Astronomie 1886, gambar ini digelar sebagai gambar UFO pertama.
Namun hasil kajian terkini mendedahkan, objek itu adalah sebuah komet. “Ia merupakan komet yang berkecai yang mendekati Bumi,” ungkap ketua penyelidik Hector Javier Durand Manterola.
Menurut perhitungan kami, jarak objek itu 538-8.062km dan lebar objek antara 46-795m, katanya. Jisim komet ini mencapai lapan kali jisim komet Halley. Maksudnya komet ini mempunyai berat yang sama dengan objek yang memusnahkan dinosaur.SUMBER:fb
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori ISU UMUM /
Perkara PELIK
dengan judul Benarkah UFO Yang Menghancurkan Bumi Pada 1883..?. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/06/benarkah-ufo-yang-menghancurkan-bumi.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Benarkah UFO Yang Menghancurkan Bumi Pada 1883..?"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.