Sweden – Kerana cemburu, seorang professor terkemuka di Sweden telah memotong dan menelan bibir isterinya agar wanita itu tidak boleh lagi bercium selepas isterinya itu berulang kali meminta cerai.
Profesor berusia 52 tahun itu turut memaklumkan kepada polis bahawa dia bercadang untuk membunuh diri selepas melakukan serangan berkenaan pada bulan Mei lalu.
Dia juga mendakwa tindakannya itu dilakukan secara spontan.
“Saya tidak mahu membunuhnya. Saya hanya mahu dia menderita seumur hidup selepas apa yang dilakukannya,’’ demikian penjelasan yang diberikan oleh profesor itu kepada pihak berkuasa.
Menurut polis, profesor tersebut yang dipercayai berasal dari Iran dan bertugas sebagai penyelidik di Institut Karloinska, cemburu selepas isterinya yang berusia 32 tahun itu pulang daripada bercuti bersama teman lelaki baru di luar negara.
“Mula-mula saya mengambil pisau, namun ia tidak cukup tajam kemudiannya saya mengeluarkan pisau nipis yang digunakan dalam pembedahan,’’ jelasnya dalam keterangan kepada pihak polis.
Ketika kejadian, isterinya berada dalam keadaan sedar, sebelum dia memotong bibir isterinya dan menelan bibir tersebut.
Bibir menjadi pilihannya kerana dia berpandangan isterinya tidak akan bercium lagi, namun profesor itu mula bimbang doktor akan menyambung semula bibir isteri, lalu dia terus menelannya.
Jelasnya kepada polis, sebagai seorang yang pintar dalam bidang sains dan mempunyai IQ yang tinggi, dia mempunyai keupayaan untuk menyelesaikan sesuatu perkara dalam hanya beberapa saat.
Polis sebelum ini mahu mendakwanya dengan cubaan membunuh kerana perbuatan yang dilakukannya itu sangat kejam, namun kemudian pertuduhan ditukar kepada melakukan serangan sahaja.
Kesnya akan mula dibicarakan pada 3 Julai ini.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA /
ISU UMUM /
JENAYAH
dengan judul Akibat Terlalu Cemburu: Potong Dan Telan Bibir Isteri.... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/06/akibat-terlalu-cemburu-potong-dan-telan.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Akibat Terlalu Cemburu: Potong Dan Telan Bibir Isteri..."
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.