Asas ilmu tauhid mempunyai empat perkara penting


Asas pembicaraan ilmu tauhid mempunyai empat perkara penting yang perlu dipelajari oleh semua umat Islam. Antara perkara tersebut ialah :

Uluhiyah

Uluhiyah adalah pengEsaan Allah dalam ketuhanan. Ketauhidan ini dibina atas dasar ikhlas kerana Allah semata-mata, bersama rasa cinta, takut, mengharap, tawakal, gemar dan hormat secara menyeluruh hanya kepada Allah. Uluhiyah itu mengesakan Allah dalam ketuhanan, kerana dasar aqidahnya dibangun atas keikhlasan bertuhan. Dan dalam mendapatkan keikhlasan itu perlu pula kepada cinta yang amat sangat kepada Rabbul Izzah Allah Maha Esa. Firman Allah :

“Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai arasy yang besar." (At-Taubah : 129)

Dalam erti kata yang lain, uluhiyah juga dinamakan sebagai tauhid ibadah, kerana ubudiyyah merupakan sifat bagi seorang hamba untuk menyembah Allah dengan seikhlas hati dan bergantung segalanya kepada Allah.

Syeikh Islam Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa ketahuilah, keperluan seorang hamba untuk menyembah Allah tanpa menyekutukanNya dengan sesuatu pun tidak memiliki bandingan yang dapat dikiaskan, tetapi dari sebahagian segi mirip dengan keperluan jasad kepada makanan dan minuman. Akan tetapi, diantara keduanya ini terdapat perbezaan mendasar. Kerana, hakikat seorang hamba adalah hati dan rohnya, ia tidak boleh baik, kecuali dengan Allah yang tiada Tuhan selainNya. Ia tidak boleh tenang di dunia, kecuali dengan mengingatNya.

Nubuwwat

Tauhid Nubuwwat adalah tauhid yang berkaitan dengan perutusan nabi-nabi dan rasul-rasul yang membawa ajaran Allah SWT untuk disampaikan kepada sekelian manusia. Mempercayai nabi dan rasul adalah salah satu daripada Rukun Imam yang wajib kita percayai. Andai kata seseorang itu tidak mempercayai tentang kewujudan para nabi dan juga para rasul, maka dia boleh menjadi kufur dan rosak akidahnya.

Sam’iyat

Maksud sam’iyat adalah perkara yang tidak dapat digambarkan dengan pancaindera manusia dan hanya dapat diketahui melalui al-quran dan al-hadis. Perkara sam’iyat juga boleh diberi maksud perkara yang berlaku di luar batas akal fikiran manusia yang wajib dipercayai sepenuhnya oleh umat Islam. Antara perkara-perkara sam’iyat ialah seperti :


    Hari Kiamat : Hari kebangkitan semula.

    Hari Akhirat : Hari kebangkitan selepas alam dunia.

    Alam Barzah : Alam kubur, siksaan kubur, nikmat kubur.

    Mahsyar : Tempat berkumpul manusia untuk menunggu perhitungan Allah.

    Mizan : Alat timbangan amalan baik dan buruk manusia.

    Buku Amalan : Setiap manusia akan direkodkan segala amalan baik dan buruk di dalam buku amalannya.

    Sirat : Titi yang merentangi neraka, akan dilalui oleh semua manusia.

    Neraka : Tempat seksaan bagi orang yang melanggar perintah Allah.

    Syurga : Tempat ganjaran bagi orang yang mentaati perintah Allah.

    Dosa : Ganjaran buruk bagi orang yang tidak melaksanakan suruhan Allah.

    Pahala : Ganjaran yang baik bagi orang yang melakukan perkara-perkara yang disuruh oleh Allah.

Mumkinat

Mumkinat atau mumkin bermaksud perkara-perkara harus yang boleh jadi ada dan boleh jadi tiada seperti perkara-perkara yang ada di alam ini. Mumkin Pada Akal ialah kita dapat menentukan atau menghukum sesuatu benda atau sesuatu zat itu boleh berkeadaan tertentu atau boleh pula berkeadaan tidak begitu. Contohnya “Langit mendung dan gelap, kemungkinan ia akan hujan nanti”. Maksud di sini langit tersebut boleh jadi hujan dan boleh jadi tidak hujan. link
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori AQIDAH dengan judul Asas ilmu tauhid mempunyai empat perkara penting. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL https://cmdia.blogspot.com/2012/05/asas-ilmu-tauhid-mempunyai-empat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Asas ilmu tauhid mempunyai empat perkara penting"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.