Imam Syafie Tak Layak Diikut ?

 
Tertarik dengan satu risalah yang saya terima daripada seorang rakan. Risalah tersebut menceritakan sebuah kisah berkenaan pertemuan seorang pemuda yang mengaku bahawa dia adalah pengikut ajaran Salaf dengan seorangTuan Guru di sebuah pondok di Indonesia.


kisah sebagai berikut:

Suatu hari, datang seorang pemuda ke sebuah Pondok di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Tuan guru tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Tuan guru di ruang tamu rumah Tuan guru itu.

Tuan guru : Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda : Terima kasih Tuan guru. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Tuan guru : Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda : Begini Tuan guru, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Tuan guru. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Tuan guru di kebanyakan Pondok di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama? Seringkali saya mendengar mereka akan menyebut : “ Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Ato’illah Abu Hanifah, Kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah ? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “ Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah.
Tuan guru mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya. Sambil senyuman terukir di bibir Tuan guru, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Tuan guru : Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda : Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Tuan guru.

Tuan guru : Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu , wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda : Benar sekali Tuan guru.

Tuan guru lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Tuan guru : Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Tuan guru, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Tuan guru terus bertanya : Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda : Tuan guru, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Tuan guru : Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya. Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah. Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu. Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda : Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Tuan guru : Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Tuan guru : Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda : Sudah tentu Tuan guru.

Tuan guru : Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan. Maka persoalannya , pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda : Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Tuan guru : Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan? Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya. Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penaakulannya. Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Kamu tahu Abdullah, al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketikamana beliau sedang menaiki keldai , berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut. Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab : “ Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “ Wahai Imam , bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?” al-Imam al-Syafiee menjawab : “ Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah. Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah. Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.
Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “ Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”
Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya : “ Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik : “ Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”

Allah.. Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Pemuda : MasyaAllah, terima kasih Tuan guru atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Tuan guru : Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yang benar InsyaAllah.

Semoga mereka-mereka yang salaf / wahabi itu mendapat hidayah dengan kisah ini Amin…
Unknown FIQAH

Kembara Kemboja Musim Korban 2014


ASSLALAMUALAIKUM.

Untuk lebih meriah dan lebih afdhal ibadah Korban / Akikah Tuan / Puan Syarikat  Cambodia Muslim Holiday Travel telah menyediakan pakej melancong sambil berkorban di negera kemboja bersama saya Ustaz Yahya Cambodia, tarikh saya tetapkan seperti dibawah: dan Tuan / Puan dinasihatkan booking tiket awal awal untuk dapatkan harga murah. KENAPA PERLU KORBAN DI KEMBOJA ?

1- Group Pertama : Tarikh Bertolak 3 Okt - Balik 6 Okt 2014.
2- Group Kedua     : Tarikh Bertolak 4 Okt - Balik 7 Okt 2014.
3- Group Ketiga     : Tarikh Bertolak 6 Okt - Balik 9 Okt 2014.

Alhamdulillah tahun lepas saya telah dapat mengumpulkan sebanyak 70 orang rakyat malaysia dan 15 orang Brunei dan 5 orang dari Singapore datang melancong sambil berkorban di kemboja, dan tahun ini 2014 saya harap akan mengumpulkan sebanyak 200 orang. Dan Alhamdulillah Tahun lepas saya telah mengumpulkan sebanyak 140 ekor lembu dan 30 ekor kambing untuk disembelih di perkampungan yang sangat memerlukan. Sebahgian Dari Gambar Korban Tahun 2013

HARGA PAKEJ:
PAKEJ MELANCONG SAMBIL BERKORBAN 4H/3M RM800 SAJA
PAKEJ TERMASUK:
1.. Makan 3 Kali Sehari Selama Berada Disini.
2.. Hotel Bertaraf 3 Bintang. { 3 Malam }
3.. Transport Berhawa Dingin.
4.. Bayaran Tempat Melawat Yang Dikenakan Bayaran.
5.. Korban Lembu Sebahgian Harga { Rm270 }
6.. Upah Touris Guide Bahasa Melayu / English.
7.. Air Meniral Dua Botol Sehari.
KECUALI TIKET DAN PERBELANJAAN SECARA PERIBADI SAJA.

Untuk info lebih lanjut: sila ke facebook page saya ini Ustaz Yahya Cambodia boleh pm saya disana dan saya akan balas secepat mungkin. atau Hubungi saya di Call / Sms / Whatsaap: +855 17 889 234 / +855 78 5050 48

 [ ITENARY PERJALANAN KITA  ]

HARI 1 : KUALA LUMPUR – PHNOM PENH ( L/D)
PAGI: setibanya di lapangan terbang phnom penh, peserta akan disambut oleh wakil kami dan akan dibawa ke hotel untuk check in. selepas itu melawat monumen kemerdekaan wat phnom, dan national museum.
PETANG: dan meneruskan lawatan ke killing field, toul sleng genocide museum. royal place. makan malam di restaurant terkenal di phnom penh dan berehat di hotel.

HARI 2 : PHNOM PENH – MUSLIM VILLAGE (B/L/D)
PAGI & PETANG: Serapan pagi di restourant dekat hotel dan bertolak ke daerah kampong melayu champa pada pukul 6.30 pagi untuk melawat kampung islam (muslim village), dan kita sembelih ibadah korban kita disini. { mungkin kita makan bersama orang kampong disana } balik phnom penh makan malam dan rehat.

HARI 3 : PHNOM PENH – SHOPPING (B/L/D)
PAGI : meneruskan lawatan untuk bershopping di pasar yang popular di bandar phnom penh seperti central market. balik hotel untuk rehat sekejap.
PETANG: selepas itu meneruskan shopping kita di russian market . selepas itu menaiki bot sepanjang sungai mekong untuk melihat matahari terbenam dan makan malam di diatas bot itu. berehat di hotel.

HARI 4 : PHNOM PENH – KUALA LUMPUR (B )
PAGI: tiada aktiviti sehingga chek out hotel. selepas itu, berangkat ke lapangan terbang antarabangsa phnom penh untuk pulang ke kuala lumpur. acara selesai.
PERHATIAN…. hari yang kita sembelih korban hari kedua. atau hari ketiga. bergantung pada tarikh yang kita sampai.

Kenapa perlu pilih kami ?
Walaupun sangat ramai mereka yang buat kerja ni. Ada yang dari kemboja sendiri seperti saya. Dan ada juga dari Malaysia sendiri. Walau bagaimanapun saya boleh jaminkan bahawa korban Tuan / Puan akan sampai ke Distinasi yang memerlukan.

Info Lebih Lanjut Sila Ke CAMBODIA MUSLIM HOLIDAY TRAVEL
Unknown KORBAN AKIKAH

Ajari Anak-anak Dengan Akhlak Islam

Daripada Abu Hafs ‘Amru bin Abi Salamah  ‘Abdullah bin Abdul Asad anak tiri Rasulullah SAW katanya “Aku seorang kanak-kanak didalam peliharaan Rasulullah SAW dan pada waktu makan tanganku menjemput di sana sini di setiap sudut pinggan maka Rasulullah bersabda, “Wahai anak, bacalah بسم الله  (sebutkan nama Allah ketika hendak makan) dan makanlah dengan tangan kananmu dan hendaklah ambil makanan yang hampir dengan kamu. Selepas itu sentiasalah engkau ikut cara makan (yang ditunjuk oleh Rasulullah)”.

Huraian Hadith: 
  1. Rasulullah mengajar umatnya supaya membaca بسم اللهketika hendak makan, makan dengan tangan kanan dan mendahului mengambil makanan yang dekat.
  2. Islam menitikberatkan peradaban dalam semua aspek dikalangan umat Islam termasuk adab makan dan sebagainya.
  3. Kita berkewajipan mendidik anak-anak dengan adab-adab dan akhlak Islam dengan memberi tunjuk ajar dan teguran apabila mereka melakukan kesilapan.
  4. Para pendidik hendaklah memberi tunjuk ajar kepada golongan muda dan kanak-kanak apabila ada kesempatan yang sesuai kerana pada keadaan begitu tunjuk ajar adalah lebih berkesan.
  5. Hadis ini juga menunjukkan kepatuhan para sahabat kepada tunjuk ajar Nabi SAW sehingga kanak-kanak dikalangan mereka.
Unknown KELEBIHAN, Nasihat

Anak Kita Adalah Perisai Dari Api Neraka

Daripada Aisyah R.ha katanya, “Datang kerumahku seorang perempuan meminta (makanan), tidak ada sesuatu disisiku melainkan sebiji kurma lalu aku beri kepadanya”. Maka dia pun membahagi sebiji kurma tadi kepada dua orang anaknya dan dia sendiri tidak memakannya. Kemudian dia pun keluar (daripada rumah Aisyah). Setelah Nabi SAW datang kepada kami lalu aku pun memberitahunya (peristiwa tersebut), maka baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan anak-anak perempuan ini dengan sesuatu lalu dia melayan (memelihara) mereka dengan baik adalah mereka menjadi penghalang daripada api neraka”.
 
Huraian Hadith: 
  1. Orang Islam disuruh memenuhi hajat orang yang meminta sekali pun dengan pertolongan yang sedikit.
  2. Ibu bapa mestilah mengutamakan keperluan anak-anaknya seperti makan, minum, pakaian dan sebagainya.
  3. Ibu bapa yang mendidik dan mengasuh anaknya dengan sempurna dijamin bebas daripada api neraka.
  4. Hadis ini menunjukkan kelebihan menjaga dan mendidik anak-anak perempuan. Ia akan menjadi perisai daripada api neraka jika dilakukan seperti yang diperintah Allah dan rasulnya.

Kata kata Hikmah Dari Abu Bakar as Siddiq ra

" Patuhilah Aku selama Aku patuh kepada Allah swt dan Rasulullah saw , bila Aku tidak mematuhi Allah swt dan Rasulullah saw , maka jangan patuhi Aku lagi

" Tidak ada perbincangan yang baik , jika tidak diarahkan untuk memperoleh redha Allah swt 


" Tidak ada manfaat dari wang jika tidak dibelanjakan di jalan Allah . Tidak ada kebaikan dalam diri seseorang jika kebodohannya mengalahkan kesabarannya . Dan jika seseorang tertarik dengan pesona dunianya yang rendah , Allah swt tidak akan redha kepadanya selama dia masih menyimpan hal itu dalam hatinya 


" Kita mencari kedermawanan dalam Taqwa ( kesedaran akan Allah ) , kekayaan dalam Yaqin ( kepastian ) , dan kemuliaan dalam kerendahan hati . "" Berhati-hati terhadap kebanggaan , sebab kalian akan kembali ke tanah dan tubuhmu akan dimakan oleh cacing


" Ketika beliau dipuji oleh orang - orang , beliau akan berdo'a kepada Allah dan berkata , " Ya Allah , Engkau mengenalku lebih baik dari diriku sendiri , dan Aku lebih mengenal diriku daripada orang - orang yang memujiku . Jadikanlah Aku lebih baik daripada yang difikirkan oleh orang - orang ini mengenai diriku , maafkanlah dosa - dosaku yang tidak mereka ketahui , dan janganlah jadikan Aku bertanggung jawab atas apa yang mereka katakan . "" Jika kalian mengharapkan berkah Allah , berbuatlah baik terhadap hamba - hamba - Nya . 


" Suatu hari beliau memanggil ' Umar ra dan menasihati nya sampai ' Umar ra menangis . Abu Bakar ra berkata kepadanya , " Jika engkau memegang nasihatku , engkau akan selamat , dan nasihatku adalah " Harapkan kematian selalu dan hidup sesuai dengannya "" Mahasuci Allah yang tidak memberi hamba - hamba - Nya jalan untuk mendapat pengetahuan mengenai - Nya kecuali dengan jalan ketidak - berdayaan mereka dan tidak ada harapan untuk meraih pencapaian itu


" Tolonglah Aku , jika Aku benar dan koreksilah Aku jika Aku salah . Orang - orang yang lemah di antara kalian harus menjadi kuat bersamaku sampai atas Kehendak Allah swt , haknya telah disyahkan . Orang - orang yang kuat di antara kalian harus menjadi lemah bersamaku sampai , jika Allah swt menghendaki , Aku akan mengambil apa yang harus dibayarnya "
Unknown KELEBIHAN

Kedudukan Seorang Wanita Bernama Ibu


Ahmad Syauqi , seorang pujangga Arab , berkata melalui syair yang ditulisnya , '' Ibu adalah sekolah , apabila dia mempersiapkannya , dia menyiapkan masyarakat yang baik keturunannya . ''

Syair yang sangat singkat ini menunjukkan bahawa seorang ibu mempunyai kedudukan yang sangat mulia dan berpengaruh sangat besar . Ibu adalah pendidik paling utama bagi setiap anak . Selain itu , ibu adalah sosok yang paling dicintai oleh semua orang dan menjadi anutan mereka , serta peribadi yang didapati di hadapan setiap anak pada saat pertama kali matanya terbuka untuk melihat dunia .


Islam telah memberikan mesej melalui Al-Quran tentang kedudukan ibu bapa . Terlebih khusus lagi , adanya penekanan untuk senantiasa berbuat baik kepada ibu . Firman Allah , '' Bersyukurlah kepada - Ku dan kepada kedua ibu bapakmu , hanya kepada - Ku - lah kembalimu . '' ( QS Lukman : 14 ) . Hal ini menunjukkan bahawa keutamaan ibu bapa menduduki tempat kedua selepas keutamaan Allah .


Ayat di atas juga memberikan pengkhususan , agar setiap anak berbakti dan berbuat baik kepada ibunya .


Perintah berbuat baik dan berbakti kepada ibu juga disenaraikan dalam beberapa hadis sahih , di antaranya adalah riwayat dari Abu Hurairah RA , bahawasanya ada seorang anak laki - laki datang kepada Rasulullah SAW . Ia berkata , '' Wahai Rasulullah , siapakah yang paling berhak saya perlakukan dengan baik ? '' Nabi menjawab , '' Ibumu . '' Ia bertanya lagi , '' Kemudian siapa lagi ? '' Nabi menjawab , '' Ibumu . '' Kemudian ia bertanya lagi , '' Kemudian siapa lagi ? '' Nabi menjawab , '' Ibumu . '' ia masih bertanya lagi , '' Kemudian siapa lagi ? '' Nabi menjawab , '' Bapa kamu . '' ( HR Bukhari dan Muslim ) .


Perintah berbuat baik kepada ibu yang diulang hingga tiga kali berturut - turut dalam hadis di atas menunjukkan bahawa ibu mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dalam pandangan Islam dan mempunyai keutamaan yang sangat besar daripada yang lain . Aisyah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW , '' Wahai Rasulullah , siapakah yang lebih besar haknya atas wanita ? '' Nabi menjawab , '' Suaminya . '' Lantas Aisyah bertanya lagi , '' Siapakah yang lebih berhak atas seorang laki - laki ? '' Nabi menjawab , '' Ibunya ? '' ( HR Ahmad ) .


Mesej Ilahiyah di atas sangat jelas sekali bahawa perintah berbuat baik kepada ibu merupakan sebahagian dari mesej umum yang disampaikan oleh Islam , iaitu , agar memperlakukan kaum wanita secara baik . Sosok seorang wanita yang telah menjadi ibu tak kalah pentingnya bila dibandingkan dengan sosok laki - laki yang telah menjadi ayah . Sebab , ibu juga turut bertanggung jawab atas semuanya yang menjadi tanggung jawab ayah , terutama terhadap pendidikan anak - anak yang diasuhnya . Walaupun berat pengaruh seorang ibu dalam mendidik anak , melebihi berat pengaruh seorang ayah .


Oleh kerana itu , Rasulullah SAW memerintahkan kepada para ibu untuk senantiasa memelihara dan mendidik anak - anaknya selama mereka belum memasuki jenjang pernikahan . Wallahu a'lam bissawab

Misteri Binaan Piramid Dijawab Dalam Al-Quran


Ramai para saintis sibuk mengkaji bagaimana pada zaman Firaun dahulu mereka berjaya membina piramid yang begitu besar sedangkan teknologi pada ketika itu sanga terbatas.
Sudah sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah piramid yang merupakan salah satu binaan ajaib di dunia ini dibina. Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembinaan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya. Apakah rahsia di sebalik pembinaan piramid ini?

Akhbar Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita saintifik yang mengesahkan bahawa Firaun telah menggunakan tanah liat untuk membina piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibezakan dengan batu asalnya.

Al-Quran Telah pun Mempunyai Jawapan

Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah mendedahkan perkara ini 1400 tahun sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan sebuah ayat Al Quran yang berikut:

“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia dari orang-orang pendusta.”
(Al-Qasas: 38)

Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia dalam menguruskan tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari kodifikasi nombor di batu yang mereka tinggalkan.

Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri dari batu semula jadi dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan tanah liat.

Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid. Kerana tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu semula jadi.

Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan wap air garam dan ini akan menghasilkan wap air sehingga terbentuknya campuran tanah liat. Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diadun mengikut saiz yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah disediakan di dinding piramid.

Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli geologi belum mampu untuk membezakan antara batu alam dengan batu buatan manusia.

Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun mencari jawapan dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan kajian, sekarang barulah saya yakin bahawa piramid yang terletak di Mesir diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”

Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun. Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.

Kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam tamadun yang berbeza baik Rom ataupun Firaun.

Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahawa bangunan bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui dalam tamadun canggih zaman dahulu, juga dibina dari tanah liat. Al-Quran adalah kitab pertama yang mendedahkan rahsia bangunan piramid, bukan para Ilmuwan Amerika, mahupun Perancis.

Kita tahu bahawa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu, dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui tentang rahsia piramid. Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.

Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahawa Firaun membina monumen yang kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.

Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya, dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa. Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.

P-=- Jelas ayat dari al-Quran sendiri telah menunjukkan bagaimana piramid itu dibina dengan menggunakan bahan dari tanah liat. Memang kita sendiri berasa pelik bagaimana zaman dahulu boleh mengangkat batu sehingga beratus-beratus kilogram sedangkan teknologi pada ketika itu jauh beza dengan zaman sekarang.

Kepentingan Akhlak Dalam Islam


Dalam Islam kita diajar supaya sentiasa menjadi orang yang berakhlak mulia. Jika kita mempunyai akhlak yang baik nescaya imej peribadi kita akan dipandang tinggi dan secara tidak langsung kita memuliakan Islam.

Akhlak memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan tingkah laku dan kehidupan seseorang. Setiap tingkah laku yang lahir daripada manusia sebenarnya adalah cernaan daripada apa yang tersemat di dalam dirinya. Sebagaimana menurut Al-Ghazali : “Setiap yang ada di dalam hati akan menzahirkan kesannya pada anggota badan sehinggalah setiap pergerakkannya adalah berlandaskan kepadanya”.

Maka dengan ini sehinggalah apabila akhlak menjadi sebati di dalam diri ia akan melahirkan tindakan spontan, bergantung kepada nilai akhlak yang ada padanya.
Neraca akhlak mempengaruhi pertimbangan
Neraca akhlak yang sebati di dalam diri manusia akan mempengaruhi pertimbangannya dalam menilai sesuatu perbuatan. Oleh itu, kesahihan dalam pertimbangan ini bergantung kepada sejauh mana kesahihan neraca yang dipegangnya.

Akhlak mencerminkan keimanan
Akhlak adalah cermin keimanan seseorang. Dengan erti kata lain, iman yang sempurna akan memprodukkan akhlak yang mulia atau dengan perumpamaan yang mudah, ibarat pohon yang semata-mata bergantung kepada keelokan akarnya. Sabda Rasulullah S.A.W :
“Di kalangan mu’minin yang paling sempurna imannya ialah yang terbaik akhlaknya”.
Akhlak sebagai simbol tamadun manusia.

Tamadun sesuatu umat adalah terletak kepada sejauh mana penghayatannya dan kemurnian sumber peradabannya. Akhlak adalah sebagai mercu tanda, berjaya atau tidaknya sesuatu umat dalam melakukan proses kemajuan dan pembangunan. Tanpa akhlak nescaya manusia akan berada di lembah kehinaan biarpun kejayaan material yang dicapai sangat menakjubkan. Faktor membelakangkan akhlak jugalah yang menyebabkan sesuatu umat tersebut tidak mencapai ketamadunan yang sebenarnya. Contohnya tamadun barat yang berasaskan oleh ideologi kapitalis dan lain-lain, jatuh satu persatu kerana mengkesampingkan nilai-nilai akhlak.

Akhlak adalah mangkin perubahan
Aspek keluhuran akhlak dan kerohanian perlulah diambil berat serta diberi pemfokusan yang utama dalam melakukan setiap agenda perubahan kepada masyarakat. Ini adalah kerana sebagai mangkin perubahan, sebagaimana yang telah diulas oleh Imam As Syahid Hassan Al-Banna sebagai “tongkat perubahan”. Ini kerana krisis yang dihadapi oleh dunia adalah merupakan krisis kejiwaan dan kerohanian sebelum ianya menjadi krisis ekonomi dan politik.
Begitulah pentingnya akhlak dalam membantu proses perubahan walaupun di saat-saat kritikal seperti dalam medan peperangan. Sejarah Islam telah membuktikan bahawa keruntuhan akhlak dan moral akan menggagalkan usaha perubahan. Seolah-olah akhlaklah yang menjadi sebagai persiapan dan persediaan dalam menempuh situasi genting perubahan ini. Kita melihat apa yang telah berlaku di Turki ketika kejatuhan Khalifah Uthmaniah, di antara faktor kelembapannya dan kejatuhannya adalah disebabkan keruntuhan nilai akhlak di kalangan pemerintah dan tentera-tenteranya.


P--- Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa akhlaklah merupakan sumber kekuatan yang dapat mengangkat darjat manusia ke tahap yang mulia. Ini kerana seseorang insan itu bukan dilihat berdasarkan tubuh badan atau anggota tetapi ianya dilihat dari segi perlakuan akhlaknya. Melayukini.net

Jawapan Hukum Sujud Tilawah...


Sekiranya kita sedang membaca al-Quran dan terjumpa dengan ayat sajadah, kita boleh melakukan sujud tilawah. Hukum sujud tilawah adalah sunat muaakad dan boleh dilakukan dalam solat mahupun di luar solat.
Jika ada perasan, dalam mushaf al-Quran Rasm Uthmani akan terdapat satu simbol sujud tilawah berbentuk seperti kubah. Simbol ini banyak terdapat dalam surah-surah Al-Quran antaranya dalam surah As-Sajadah. Sujud tilawah ini adalah sunat mu’akkad, tidak mengapa ditinggalkan. Jika seseorang membaca ayat sajdah, baik dalam mushaf atau dalam hati, di dalam solat atau di luar solat, hendaklah ia sujud.

Sujud tilawah tidaklah wajib dan tidak pula berdosa bila tertinggal, sebab terdapat keterangan bahwa ketika Umar bin Khattab berada di atas mimbar, ia membaca ayat sajdah dalam surat al-Nahl, lalu ia turun dan sujud.

Tetapi pada Jum’at yang lainnya ia tidak sujud walau membaca ayat sajdah. Lantas ia berkata : “Sesungguhnya Allah tidak mewajibkan kita agar bersujud kecuali jika mahu“. Hal ini disampaikan di hadapan para sahabat.

Juga diterangkan bahwa Zaid bin Tsabit membacakan ayat sajdah dalam surat al-Najm di hadapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam namun ia tidak sujud, tentu Zaid akan disuruh sujud oleh Nabi jika hal itu wajib.

Dengan demikian, sujud tilawah adalah sunnat mu’akkad, iaitu jangan sampai ditinggalkan walau terjadi pada waktu yang dilarang, setelah Fajar umpamanya, atau ba’da Ashar, sebab sujud tilawah, termasuk sujud yang punya sebab, sama halnya dengan shalat tahiyyatul mesjid atau lainnya.

[Disalin dari buku Fatawa Syekh Muhammad Al-Shaleh Al-'Utsaimin, edisi Indonesia 257 Tanya Jawab, Fatwa-Fatwa Al-'Ustaimin, oelh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, terbitan Gema Risalah Pres, hal. 136-137,146-148 dan 158-159 alih bahasa Prof.Drs.KH Masdar Helmy]

P-- - Kebiasaannya imam masjid akan melakukan sujud tilawah/sajadah ketika waktu subuh di hari jumaat. Hal ini kerana mereka akan membacakan surah As-Sajadah pada waktu tersebut. Jika di luar solat pula, ketika membacanya, boleh terus bersujud menghadap kiblat.