Bahaya Sifat Menyombong Diri

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: 
Tidak akan masuk syurga seseorang yang ada di dalam hatinya perasaan sombong walaupun sebesar zarah. Seseorang lelaki berkata, Sesungguhnya seseorang itu suka pakaian dan kasutnya cantik. 

Baginda s.a.w. bersabda Lagi..
Sesungguhnya Allah itu Maha Indah dan Allah suka kepada keindahan. 
Riwayat Muslim 

Huraian Hadith:
  • Sifat sombong dan takbur adalah ditegah oleh Islam. Oleh itu umat Islam hendaklah menjauhinya demi menjaga kesejahteraan hidup. 
  • Kita harus melakukan apa sahaja yang disukai demi keselesahan dirinya sendiri mahupun keluarga tetapi janganlah sampai melanggar batas syariat dan janganlah berniat untuk menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah kepada orang lain kerana ia akan menimbulkan perasaan dengki dan benci orang lain yang mengakibatkan permusuhan. 
  • Islam tidak melarang umatnya daripada mengutamakan keindahan dalam sesuatu perkara kerana keindahan itu adalah kesempurnaan yang boleh membangkitkan ketenangan.  SUMBER
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERDOSA / Musuh Kita / SESAT / tahukah anda dengan judul Bahaya Sifat Menyombong Diri. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2013/12/bahaya-sifat-menyombong-diri.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Bahaya Sifat Menyombong Diri"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.