Mekah kawasan bebas dari gempa bumi



Mekah menjadi bandar paling selamat dari gegaran gempa dalam seratus tahun akan datang. Teori itu dilontarkan Ali Al-Syukri, seorang saintis dari Universiti King Fahd, Dhahran, Arab Saudi. Ia menganggarkan gempa hebat tidak akan menggoncang Saudi hingga satu abad mendatang.

Ali mendedahkan, selama ini getaran dalam lapisan bumi di sekitar Saudi belum melebihi 4.5 Skala Richter. Seperti dilansir arabnews, Khamis (6/9), Ketua Jabatan Ilmu Astronomi ini mengatakan gempa 4.5 Richter terakhir kali menggoyang pada Ahad (2/9) minggu lalu. Gempa ini berpusat di Pulau Farasan, Laut Merah, dengan kedalaman 181 kilometer di bawah permukaan laut.
Dari gambar satelit menunjukkan plat tektonik Arab dan plat gempa Afrika telah bergerak saling menjauhi. Hal itu menyebabkan lapisan kerak bumi yang berasingan dan melebar ke arah selatan Laut Merah.

Gempa biasanya dirasakan warga di sebelah barat dan barat daya Laut Merah. Sedangkan lindu-lindu ringan jarang dirasakan masyarakat Saudi. Getaran itu, ujar Ali menjelaskan, boleh dirasakan kebanyakan kerana pengeboran minyak dan penghancuran gunung batu.

Ada 50 stesen pemantau gempa dan 150 pos lain yang berfungsi memantau gempa. "Keupayaan mengukur besaran getaran gempa bumi di Saudi memang boleh dilakukan hingga lima ribu kilometer," ungkap Syukri.

Ia memberi amaran agar pembangunan gedung-gedung pencakar langit sebaiknya menggunakan bahan berkualiti baik sehingga tahan terhadap gempa. Jika Saudi aman dari ancaman gempa, sekurang-kurangnya Kaabah di Masjidil Haram, Mekah akan tetap kukuh berdiri sehingga satu abad ke depan. sumber
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori KELEBIHAN / tahukah anda dengan judul Mekah kawasan bebas dari gempa bumi. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/09/mekah-kawasan-bebas-dari-gempa-bumi.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Mekah kawasan bebas dari gempa bumi"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.