Lelaki menangis? ehm … mungkin sesuatu yang jarang terlihat ada seorang lelaki menangis. Menangis akan membuat lelaki itu kelihatan lemah di hadapan wanita. Ehm .. tapi ada kalanya juga lelaki menangis, seperti ketika ia ditinggalkan oleh orang yang paling disayanginya. Jadi huru-hara …, kira-kira hal apa-apa yang boleh membuat lelaki menangis.
Ini dia senarai 10 perkara yang membuat lelaki menangis seperti dikutip.
1. Kematian Orang yang Dicintai
Siapa yang tidak sedih kehilangan orang yang dicintai? Hal yang sangat normal ketika melihat lelaki menangis saat kehilangan orang dicintainya, baik kekasih, keluarga mahupun teman. Malah terbilang jarang, lelaki yang tidak menangis jika ada orang terdekatnya yang meninggal.
2. Kematian Haiwan Peliharaan
Tak hanya manusia, kehilangan haiwan kesayangan juga boleh membuat lelaki menitiskan air mata. Hubungan antara haiwan kesayangan dan tuannya boleh sangat dekat, jika dia sudah merawatnya sejak kecil atau banyak menghabiskan masa bersama.
3. Melihat orang yang disayanginya Sengsara
Lelaki tak tahan jika melihat orang-orang yang disayanginya mengalami kesengsaraan. Lelaki boleh menangis ketika adiknya ternyata mengambil dadah, atau melihat kekasihnya terbaring di bilik ICU kerana sakit. Kegagalan menyelamatkan orang-orang tercinta dari situasi buruk, membuatnya kecewa pada diri sendiri dan akhirnya timbul kesedihan yang mendalam.
4.Mengecewakan Keluarga atau Orang Terdekat
Arnold Schwarzenegger dikhabarkan sempat menangis saat akan diceraikan isterinya kerana ketahuan berkhalwat Ya, membuat kekasih atau orang dekatnya kecewa merupakan satu perkara yang boleh buat lelaki menangis. Dibandingkan membuat orang marah, perasaan bersalah akan lebih besar melingkupi dirinya jika orang tersayang jadi kecewa kerana perbuatannya.
5.Dicampakkan
Ditinggalkan kekasih kerana lelaki lain, akan membuat harga dirinya turun drastik. Dia merasa egonya telah terluka sangat dalam. Pada peringkat kekecewaan dan sakit hati yang sudah parah, lelaki biasanya tidak akan dapat menahan air matanya lebih lama lagi.
6. Pasukan Sukan kegemarannya Kalah
Sebahagian besar lelaki merupakan peminat berat jenis dan pasukan sukan tertentu. Misalnya bola sepak, badminton, basket atau football. Kecintaan yang fanatik akan pasukan pilihan kadang boleh membuat seseorang bertindak di luar nalar. Termasuk menangis kecewa kerana pasukan jagoannya kalah.
7. Membuat Orang Tuanya Bangga
Baik lelaki mahupun wanita, pasti berkeinginan membuat orang tuanya bangga. Tapi bagi lelaki, ada perasaan emosional tersendiri yang lebih kuat apabila melihat rona bahagia di mata orang tuanya. Hal ini kerana secara sosial, kanak-kanak lelaki memang biasanya lebih dituntut untuk menjadi kebanggaan keluarga.
8. Ketika lamarannya diterima
Tidak ada jawapan yang lebih diinginkan lelaki selain kata: “ya, aku bersedia” ketika dia melamar kekasihnya. Air mata lelaki tidak hanya keluar pada saat sedih saja, tetapi juga saat dia merasakan kebahagiaan yang luar biasa. Salah satunya, boleh menikahi wanita yang dicintainya.
9. Saat Menikah
Walaupun lebih ramai wanita yang menangis saat mengucap janji suci di depan penghulu atau pendeta, lelaki juga boleh menitiskan air mata di salah satu momen paling penting dalam hidupnya ini. Ada ketegangan dan rasa emosional tersendiri ketika seseorang akan melangkah ke dunia baru dalam hidupnya.
10. Kelahiran Anak Pertama
Banyak lelaki yang merasa tersekat apabila melihat kelahiran anak pertamanya. Perasaan bahagia biasanya akan semakin kuat ketika ia menyaksikan prosesi dari awal sampai bayinya lahir.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori INFO /
tahukah anda
dengan judul 10 Perkara Boleh Buat Lelaki Menangis. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/08/10-perkara-boleh-buat-lelaki-menangis.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "10 Perkara Boleh Buat Lelaki Menangis"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.