Menambat Hati Isteri: Ini cara-caranya..


Bagaimana mengekalkan perhubungan bahagia? Apakah petuanya bagi suami untuk menambat hati isteri?
  •     Sentiasa berdoa agar disayangi.
  •     Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
  •     Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
  •     Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri .Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
  •     Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
  •     Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
  •     Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
  •     Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
  •     Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
  •     Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
  •     Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
  •     Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
  •     Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
  •     Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
  •     Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
  •     Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
  •     Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
  •     Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
  •     Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
  •     Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu "AKU CINTA PADAMU ".
  •     Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  •     Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
  •     Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
  •     Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
  •     Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
  •     Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
  •     Sentiasa lakukan ibadah bersama.
  •     Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
  •     Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
  •     Urut belakang isteri sekali sekala.
  •     Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
  •     Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
  •     Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
  •     Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
  •     Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
  •     Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
  •     Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
  •     Lebihkan isteri daripada anak-anak.
  •     Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
  •     Seeloknya masuk tidur serentak.
  •     Belai isteri sebelum pergi kerja.
  •     Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
  •     Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
  •     Lakukan riadah bersama isteri.
  •     Pergi berkelah sekali sekala.
  •     Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori KELEBIHAN / Nasihat / tahukah anda dengan judul Menambat Hati Isteri: Ini cara-caranya... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/menambat-hati-isteri-ini-cara-caranya.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Menambat Hati Isteri: Ini cara-caranya.."

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.