Rakyat US Yang Memeluk Islam Mencecah Hampir 7 juta


peluk, masuk, amerika, orang, rakyat, hadap, bangsa, ideologi, beza, isa parada, mualaf hispanic, houston, beza, komuniti latin, contoh, kembang, masjid, islamic, gereja, keluarga, paderi, kitab, tolak budaya, taubat, latino, arab, parada, sumber, video, audio, sepanyol, lancar, web, keras, rendah, kerja, imam, tugas, negatif, jalan, banyak, daerah, tinggi, paling, terbesar

Menghadapi bermacam-macam orang dari bangsa dan ideologi yang berbeza, Isa Parada, seorang mualaf Hispanic asal Houston, sedang cuba untuk menghubungkan perbezaan antara komuniti Latin dan komuniti Muslim Amerika, cuba untuk menjadi contoh bagi komuniti Islam Latin yang semakin berkembang.

"Masyarakat Islam dan komuniti Hispanik tidak tahu banyak tentang mereka antara satu sama lain," kata Isa Parada, yang bekerja di beberapa masjid melalui Islamic Society of Greater Houston, kepada Houston Chronicles.

Di New York dan Houston, Parada pernah menjadi aktivis gereja kerana keluarganya yang merupakan paroki Katolik (pengurus dalam suatu wilayah), membaca kitab bersama keluarganya. Masuk Islam pada tahun 1996, dan mendapat tentangan dari keluarganya yang menuduhnya menolak budaya mereka.

"Ketika saya bertaubat, orang Hispanik banyak berfikir saya menolak budaya Latino saya," katanya.

"Mereka fikir saya harus 'menjadi orang Arab untuk menjadi Islam yang baik."

Parada mendapati bahawa masyarakat Islam tidak tahu bagaimana menghadapi masyarakat Hispanik dan kurang mempunyai sumber daya para mualaf yang mampu berbahasa Sepanyol. Bekerja sama dengan Mujahid Fletcher, seorang mualaf Hispanik dari Houston, mereka kini menghasilkan video, fail audio dan kisah-kisah berbahasa Sepanyol untuk mendidik komuniti Hispanik tentang Islam. Mereka melancarkan situ yang disebutIslaminspanish.org.

Parada percaya bahawa Islam adalah jawapan segala persoalan keagamaan yang dulu dia miliki ketika masih menjadi remaja Katolik.

Selain perbezaan budaya, Parada menyatakan bahawa menjadi seorang muslim sesuai pada isu-isu penting pada komuniti Latin, seperti imigresen dan kekerasan.

"Anda tidak akan melihat ramai Muslim memandang rendah terhadap orang luar," kata Parada.

"Mereka tahu bagaimana rasanya disisihkan, dipandang rendah dan diperlakukan sebagai warga kelas dua."

Bekerja sebagai seorang imam di Houston, ia tertumpu pada pendidikan pemuda yang ia berharap untuk menjauhi kehidupan 'jalanan' dan jauh dari pengaruh negatif.

Untuk alasan ini dan lain-lain, Parada mengatakan komuniti Muslim Latin akan terus berkembang.

"Ketika saya pertama kali memeluk agama Islam, hanya ada kira-kira 20 orang Islam Hispanik di Houston, tapi di bulan lain semakin berkembang, di salah sebuah masjid dengan lebih daripada 100 orang Latin yang hadir," kata Parada.

Meskipun tidak ada angka yang tepat, Amerika Syarikat dipercayai menjadi rumah bagi hampir tujuh juta orang Islam. Menurut Pew Research Center, 6 peratus Islam Amerika adalah Hispanik. Selebihnya, satu daripada 10 mualaf Amerika adalah Hispanik, dan angka itu terus meningkat. The American Muslim Council menempatkan jumlah Islam Latino di AS sekitar 200,000 pada tahun 2006.

Komuniti terbesar Islam Latino ada di daerah dengan angka tertinggi Latin, seperti New York City, Chicago, Los Angeles dan Miami. California adalah negara bahagian dengan jumlah muslim Latin yang paling besar. link ustazcambodia
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori ARTIKEL PANAS / BERITA / KISAH INSAF / tahukah anda dengan judul Rakyat US Yang Memeluk Islam Mencecah Hampir 7 juta. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/07/rakyat-us-yang-memeluk-islam-mencecah.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Hafiz Muslim -

Belum ada komentar untuk "Rakyat US Yang Memeluk Islam Mencecah Hampir 7 juta"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.