Cara membersih kemaluan dengan betul

Istinjak adalah membersihkan apa-apa yang telah keluar dari suatu jalan (di antara dua jalan: qubul atau dubur) dengan menggunakan air atau dengan batu atau yang sejenisnya (benda yang bersih dan suci). - Yayasan Al-Hanif

Dalam bahasa tempatan lebih popular dengan istilah "basuh kencing" atau "basuh berak". Jadi, bagaimana caranya membersihkan kemaluan dengan betul?

Lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem 2 atau 3 kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar. Selepas itu, urutlah kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air sebersihnya.

Wanita:
Apabila membasuh kemaluan, pastikan dicuci bahagian dalam dengan menjolok sedikit dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air sahaja, ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang berbibir-bibir itu.

Kenapa penting untuk membersihkan kemaluan kita dengan betul?
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal ibadah, bersedekah dan lain lain, tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruh orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Saidina Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba-tiba berkata-kata. Katanya "Apakah salahku kerana aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan?" Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Betul atau tidak cara kita selama ini? Kalau tak betul, jom sama-sama betulkan supaya diri kita bersih dan suci.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERDOSA / FIQAH / KISAH TELADAN / Nasihat / tahukah anda dengan judul Cara membersih kemaluan dengan betul. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/07/cara-membersih-kemaluan-dengan-betul.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Hafiz Muslim -

Belum ada komentar untuk "Cara membersih kemaluan dengan betul"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.