ATM Carrefour RM1.17 juta Dirompak...

ANGGOTA polis memeriksa dan mengambil barang bukti daripada empat buah mesin ATM yang dirompak di sebuah pasar raya besar Carrefour di Wangsa Maju.

KUALA LUMPUR – Sekumpulan penjenayah berjaya membawa lari wang tunai berjumlah RM1.17 juta selepas menyamun mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah pasar raya besar Carrefour di Wangsa Maju.

Dalam kejadian dipercayai berlaku pada pukul 3.06 pagi itu, kumpulan suspek dipercayai lebih daripada dua orang berjaya memecah empat daripada enam buah mesin ATM di tingkat satu premis tersebut.

Kejadian tersebut disedari oleh seorang pengawal keselamatan pasar raya tersebut pada pukul 7 pagi selepas ternampak kesan pecah pada empat buah mesin ATM terbabit.

Siasatan awal mendapati kumpulan suspek itu memasuki premis berkenaan dengan menebuk pintu kayu yang terletak di belakang pasar raya sebelum suspek naik ke tingkat satu tempat mesin ATM diletakkan.

Kumpulan suspek dikatakan menggunakan alat pemotong besi menggunakan gas Oxy-Acetylene untuk menebuk pintu mesin ATM dan mengambil wang tunai dalam keempat-empat buah mesin ATM tersebut.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA / ISU UMUM / JENAYAH dengan judul ATM Carrefour RM1.17 juta Dirompak.... Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/07/atm-carrefour-rm117-juta-dirompak.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "ATM Carrefour RM1.17 juta Dirompak..."

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.