BUKIT MERTAJAM – Hanya kerana tidak memberikan wang hasil jualan, seorang lelaki warga Myanmar sanggup membunuh isteri yang baru dua bulan dikahwini. Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang, 27 Mei lalu itu, mangsa yang dikenal sebagai Hema, 22, juga warga Myanmar dikatakan berselisih faham dengan suaminya, Monsun, 20, di rumah mereka di Kampung Main Road, Perai.
Perselisihan dipercayai berpunca apabila suami mangsa dikatakan menuduh isterinya menghantar wang hasil jualan gerai makan yang dibuka di hadapan rumah mereka kepada keluarga di kampung dan tidak memberikan wang itu kepadanya.
Akibat pertengkaran itu, si suami dikatakan menekup muka si isteri dengan bantal dan mencekik leher menyebabkan mangsa yang lemas meninggal dunia. Si suami yang panik melihat isterinya sudah tidak bernyawa bertindak membawa mayat mangsa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan memberikan alasan kepada pihak hospital bahawa isterinya cuba membunuh diri.
Bagaimanapun, hasil bedah siasat ke atas mayat mendapati terdapat unsur jenayah menyebabkan kematian mangsa. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, hasil maklumat daripada pihak hospital, pihaknya bertindak menahan suami mangsa. Menurutnya, keterangan yang diberikan suami mangsa pada mulanya tidak konsisten menyebabkan pihak polis meragui akan keterangan yang diberikan.
“Suspek bagaimanapun mengaku terlibat dengan kejadian selepas soal siasat dijalankan dan perselisihan keluarga dikatakan menjadi motif pergaduhan. “Difahamkan, pasangan ini baru sahaja berkahwin dua bulan lepas dan berniaga secara kecil-kecilan dengan membuka gerai makan di hadapan rumah. Dengan segala bukti yang ada, kita percaya berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh kurang dari 24 jam,” katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT). Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharudin Mustapha. Azman berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 5 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori JENAYAH
dengan judul Suami Hari Ini: Bunuh Isteri Sebab Tidak Beri Wang. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/suami-hari-ini-bunuh-isteri-sebab-tidak.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Suami Hari Ini: Bunuh Isteri Sebab Tidak Beri Wang"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.