Pelik-Pelik !! Ikan Serigala Bermata 3


Seekor ikan yang mirip serigala dan bermata tiga telah dijumpai oleh nelayan di perairan Argentina. Ikan pelik itu dikatakan telah mutasi disebabkan radiasi nuklear.

Sekumpulan nelayan diCordoba, Argentina menemui seekor ikan bermata tiga berhampiran Loji Janakuasa Nuklear. Ikan pelik itu juga dikenali sebagai ikan serigala tiga mata kerana rupanya yang seakan-akan serigala. Di bawah merupakan gambar pelik ikan serigala yang mungkin bermutasi sehingga mendapat tiga mata.

Salah seorang nelayan, Julian Zmutt, berkata pada mulanya tiada siapa yang perasan mata ketiga ikan pelik tersebut kerana waktu itu gelap. “Kami telah lama menjadi nelayan disini dan kami amat terkejut dapat menangkap spesies ikan pelik yang jarang ditemuiini,” lapor Blaze.com.

“Pada masa itu agak gelap dan kami langsung tidak perasan mengenai ikan pelik tersebut. Tetapi kemudian kami melihatnya dengan lampu suluh dan nampak dengan jelas ikan itu mempunyai mata ketiga dan berwajah pelik.“

Menurut Infobae.com, laman berita berbahasa Sepanyol, tasik di mana ikan bermata tiga ditangkap adalah satu takungan di mana air panas dari loji nuklear dipam. Kini, kemunculan ikan pelik bermata tiga menakutkan penduduk tempatan kerana mereka belum pernah menemui spesis seperti itu. Lebih-lebih lagi mereka melihat sendiri keajaiban tersebut.

Mereka bimbang kemunculan ikan bermata tiga mungkin disebabkan oleh mutasi dari air di loji nuklear berhampiran. Selain itu, kemungkinan mutasi turut terkena pada manusia masih belum diketahui.http://www.islamitusuci.com/
Anda baru saja membaca artikel yang berkategori BERITA / ISU UMUM / Perkara PELIK dengan judul Pelik-Pelik !! Ikan Serigala Bermata 3. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/pelik-pelik-ikan-serigala-bermata-3.html. Terima kasih!
Ditulis oleh: Unknown -

Belum ada komentar untuk "Pelik-Pelik !! Ikan Serigala Bermata 3"

Post a Comment

terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.