KECANTIKAN, harta benda, nasab dan kedudukan tinggi semasa di dunia yang menjadikan seseorang itu takbur atau berbangga dengan harapan dipuja serta dipuji orang lain akan menghalang pelakunya merasai kenikmatan hidup di akhirat yang kekal abadi.
Sebaliknya, jika kelebihan yang dikurniakan Allah SWT dimanfaatkan juga untuk orang lain serta menjadikannya insaf dengan kurniaan yang sementara dan menghambakan dirinya kepada pemilik yang asal, akan menjadikan ‘habuan’ berkenaan sebagai bonus yang ada kiraannya di sisi Allah SWT, sama ada dikurniakan sebagai ujian kepada dirinya atau orang lain.
Sesiapa saja yang jujur dengan petunjuk agama dan reda dengan panduan kehidupan sebagai seorang Muslim, pasti tidak sanggup bersikap takbur dan membesarkan diri hanya supaya dipandang tinggi orang lain. Akhlak yang mulia bukan dinilai dengan wang ringgit dan harta berbukit, tetapi sifat insan yang rendah hati dan berbudi bahasa apabila berurusan dengan Allah SWT dan manusia seluruhnya.
Tidak dinafikan, hari ini pangkat dan rupa menjadi taruhan walaupun bukan dalam segenap bidang, tetapi ilmu serta takwa jugalah yang berpanjangan dan kekal bertahan. Walau tidak dapat dinilai dengan mata kasar, penangan ilmu dan manfaatnya kepada orang lain amat tinggi nilainya, sehingga mampu mencelikkan hati yang buta dengan kejahilan dan kesesatan.
Justeru, takbur dengan habuan dunia yang sekelumit cuma berbanding ganjaran yang kekal di akhirat kelak bagaikan perbandingan antara air dan api, yang terlalu jauh bezanya.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Qasas ayat 83 yang bermaksud: “Negeri akhirat itu kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombong diri dan berbuat kerosakan di muka bumi dan (kesudahan yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa.”
Peringatan Allah SWT itu mengingatkan kita bahawa seolah-olah tiada kehidupan yang baik buat orang-orang yang sombong dan takbur di akhirat kelak, melainkan hamba-Nya yang bertakwa saja.
Orang yang sombong juga tidak disukai Allah SWT sehingga Allah berfirman dalam Surah Luqman, ayat 18 yang mafhumnya: “Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia kerana sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.”
Dengan menghayati sunnah Rasulullah SAW juga kita akan cepat menyedari bahawa Baginda sangat menitikberatkan hubungan baik sesama insan, hormat menghormati serta tidak sombong, walaupun berdepan dengan musuh.
Bahkan sifat pemaaf Baginda Rasulullah sepatutnya menjadi perangsang kepada kita untuk membina silaturahim dengan sesiapa saja walaupun dengan orang yang menzalimi kita sekiranya ia kembali kepada Allah SWT dan rasul-Nya.
Apa yang ditonjolkan Rasulullah kepada sahabat dan umat Islam seluruhnya melalui sirah dan kisah sahabat yang disampaikan kepada kita sehingga kini adalah demi menjaga umat baginda supaya tidak menghuni neraka.
Diriwayatkan dari Harithah bin Wahab ra ia berkata: “Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Mahukan aku khabarkan kepadamu sikap penghuni neraka: orang yang berperangai kasar, membusungkan dada saat berjalan lantaran sombong.” (Muttafaq ‘alaih)
Orang yang takbur itu bukan saja menolak kebenaran, tetapi juga meremehkan orang lain untuk meninggikan dirinya dan inilah yang dikatakan membusungkan dada saat berjalan lantaran sombong. Di dalam sebuah hadis sahih riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Tidak masuk syurga orang yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari kesombongan”. Maka seorang lelaki bertanya: “Sesungguhnya seseorang menyukai pakaiannya yang bagus dan sandalnya yang elok.” Nabi menjawab: “Sesungguhnya Allah SWT Maha Indah dan menyukai keindahan, sombong itu menolak kebenaran dan meremehkan manusia.”
Sebagaimana orang yang sombong menghina orang lain di dunia begitulah juga di akhirat kelak apabila mereka turut mendapat kehinaan Allah seperti yang dijanjikan Allah SWT. Allah tidak akan memandang mereka, berbicara dengan mereka atau menyucikan mereka dan inilah kehinaan yang sebenar-benar hina.
Orang yang takbur dengan habuan dunia lupa bahawa sombong adalah pakaian Allah SWT, iaitu hak uluhiyah-Nya yang tidak boleh dirampas oleh sesiapa.
Bukan mudah mencabut akar umbi kesombongan yang sudah berselirat dalam diri. Kerana itulah orang yang bersifat tawaduk cuba untuk menghambakan diri serendah-rendahnya kepada Ilahi untuk menjauhi sikap takbur dan riak.
Hubungan baik sesama manusia juga bertitik tolak daripada hubungan yang baik dengan Allah SWT, justeru orang yang tinggi sifat kehambaannya akan berendah hati apabila bermuamalah sesama makhluk.
Sesiapa yang membuka lembaran sirah Rasulullah pasti akan mengetahui keperibadian Baginda yang agung yang menjadi teladan kepada seluruh umat manusia apabila berurusan dengan Tuhan dan manusia.
Usahkan sombong dengan yang Maha Pencipta, Rasulullah juga tidak sombong dengan isteri-isteri, sahabat-sahabat, pemimpin pada masa baginda bergelar ketua negara, rakyat jelata, hatta fakir miskin pun Baginda hormati.
Inilah akhlak yang Baginda pertahankan sesuai dengan pesanan Allah SWT yang dirakamkan dalam wahyu Ilahi kepada Baginda. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku agar kalian berendah hati, hingga tidak ada orang yang merasa lebih tinggi dari yang lain dan tidak ada orang yang berbuat zalim kepada yang lainnya.”

Anda baru saja membaca artikel yang berkategori Nasihat
dengan judul Golongan takbur lupa nikmat di akhirat. Anda bisa bookmark halaman ini dengan URL http://cmdia.blogspot.com/2012/06/golongan-takbur-lupa-nikmat-di-akhirat.html. Terima kasih!
Ditulis oleh:
Unknown -
Belum ada komentar untuk "Golongan takbur lupa nikmat di akhirat"
Post a Comment
terima kasih kerana sudi memberi coment, harap datang ke blog ini lagi ya.